BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut pesawat rempuh trak bomba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3470005.webp

Bahagian hadapan AC8646 yang musnah akibat rempuhan tersebut.

NEW YORK - Sekurang-kurangnya dua terkorban selepas sebuah pesawat penumpang berlanggar dengan trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia di New York pada Ahad.

Rakaman disiarkan rangkaian media menunjukkan bahagian hadapan dan kokpit pesawat CRJ-900 Air Canada Express yang membawa 76 penumpang termasuk empat kru itu musnah teruk.

"Mangsa yang terbunuh ialah juruterbang dan pembantunya. Kira-kira 13 termasuk 11 penumpang turut dikejarkan ke hospital," lapor beberapa media di Amerika Syarikat (AS).

Siasatan awal mendapati AC8646 kendalian Jazz Aviation bersama rakan kongsi serantau Air Canada itu merempuh trak berkenaan di Landasan 4 semasa mendarat dari Montreal.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa penerbangan mengarahkan penutupan sementara bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) turut mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian. - AFP

 
Back
Top
Log in Register