BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Maut Lori Muatan Ayam Rempuh Treler Di Tanah Merah - Bomba

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tiga Maut Lori Muatan Ayam Rempuh Treler Di Tanah Merah - Bomba​

8533dfb600885e6010d94e7a0ba6d16a6a5ec12168f7c

Kredit: JBPM Kelantan

Tiga lelaki maut selepas lori lima tan yang membawa bekalan ayam dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah, awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori Norazeman Abdul Aziz, 42 serta dua kelindan Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 4.26 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Tanah Merah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.41 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa bekalan ayam melanggar sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

“Ketiga-tiga mangsa didapati tersepit di dalam lori. Anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi membabitkan 12 anggota bomba dengan dua jentera dari BBP Kemahang dan BBP Tanah Merah," katanya.

 
Back
Top
Log in Register