BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Tanah Merah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Tanah Merah​

48d29148d9212a20deaf12904a9cbcec6a016f87abc47

Garisan Polis - Jangan Lintas (Ilustrasi Sahaja)

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor menghala ke Kuala Tiga, Tanah Merah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan hari ini berkata kejadian menyebabkan Chow Yoke Kow, 65, tercampak keluar dari lori itu.

“Kejadian berlaku pada 2.30 petang dan kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke dalam gaung.

“Mayat dibawa keluar pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register