BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Kereta Jatuh Gaung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,875
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,875
Reaction score
290
Points
146
6cb17f3629c7df525ec49f362c3f50ad69ae1ea0c4b1a

Kredit: JBPM Selangor

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 80 meter, di jalan lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.46 malam sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 56 tahun mengalami kecederaan parah selepas dipercayai tercampak keluar daripada kereta jenis Perodua Kancil.

“Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat bagi membawa naik mangsa dari kawasan gaung. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 1.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register