BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keberkesanan Dasar Gaji Progresif Akan Dinilai Akhir Tahun Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Keberkesanan Dasar Gaji Progresif Akan Dinilai Akhir Tahun Ini​

1eea7bc4186efcd6137396a6ffe9ffe86ab2192d65244


Kerajaan akan melakukan penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan Dasar Gaji Progresif menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan bagi meneliti keberkesanannya dalam meningkatkan gaji pekerja, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata dasar berkenaan kini masih dalam tempoh pelaksanaan dan dijadualkan berakhir pada hujung 2027, dengan penilaian itu penting bagi menentukan hala tuju seterusnya.

“Sekarang ini, kami sedang dalam tempoh pelaksanaan. Pelaksanaan dasar itu tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pemberian insentif kenaikan gaji, sebaliknya perlu disertai peningkatan produktiviti, latihan dan pendedahan kepada pekerja.

“Penyertaan majikan juga perlu kekal secara sukarela bagi memastikan pelaksanaan dasar berkenaan dapat disesuaikan dengan keupayaan dan keperluan firma,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

Akmal Nasrullah berkata gaji benar atau gaji sebenar masih mencatatkan pertumbuhan walaupun mengambil kira kesan inflasi.

Beliau berkata berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam, gaji benar meningkat 3.3 peratus kepada RM2,104.

“Kalau kita tekan kenaikan gaji sekalipun tetapi kos sara hidup ini tidak diuruskan dengan baik, peningkatan itu tidak memberi kesan yang ketara ataupun yang lebih baik. Angka gaji perlu diteliti bersama kos sara hidup yang berbeza mengikut lokaliti dan keperluan isi rumah, termasuk sewa, makanan, pengangkutan serta pendidikan.

“Perkembangan gaji juga perlu dilihat daripada perspektif struktur pasaran buruh, termasuk isu pemampatan gaji yang tidak berpunca daripada satu faktor sahaja,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata jurang gaji antara pekerja tidak berkemahiran dengan pekerja separa mahir semakin mengecil daripada RM550 pada 2016 kepada RM396 pada 2024, menunjukkan gaji bagi kumpulan separa mahir tidak bergerak pada kadar yang sewajarnya.

 
Back
Top
Log in Register