BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebanyak 13,403 Pekerja Sertai Program Dasar Gaji Progresif Setakat Ogos - Perkeso

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
54ef102c50b4d65cc8417d83f46f0f5b65b764728f720


Sebanyak 13,403 pekerja direkodkan menyertai program Dasar Gaji Progresif (DGP) setakat 31 Ogos, sejak dilaksanakan pada Januari tahun ini.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan 1,167 majikan telah menyertai inisiatif itu sebagai antara usaha memperkukuh struktur pasaran buruh negara melalui gaji lebih adil, mampan dan berdaya saing.

“DGP turut memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dengan pekerja mendapat ganjaran lebih adil manakala majikan menerima sokongan kewangan bulanan daripada kerajaan.

“Ia juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam mewujudkan pasaran buruh lebih progresif, inklusif dan mampan melalui kerjasama erat antara kerajaan, Perkeso, majikan serta pekerja,” menurut kenyataan itu.

Perkeso menyeru lebih ramai majikan melaksanakan DGP bagi mengatasi isu kritikal pasaran buruh termasuk kadar kenaikan gaji yang perlahan berbanding produktiviti, ketidakpadanan kemahiran dengan bayaran gaji serta kebimbangan terhadap kos operasi.

Majikan menyertai DGP layak menerima insentif kewangan sehingga 2027 dan menikmati pelbagai manfaat seperti pengurangan kos operasi, pengekalan pekerja sedia ada, tarikan bakat baharu, peningkatan motivasi pekerja serta pengukuhan imej sebagai majikan progresif.

“Inisiatif Kerajaan MADANI yang digerakkan ini turut disertai suntikan insentif kewangan yang telah mencecah lebih RM35 juta sebagai tanda sokongan kepada majikan yang mengambil bahagian dalam DGP,” menurut kenyataan itu.

Perkeso memaklumkan dasar itu memberikan penyelesaian menyeluruh dengan menggalakkan kenaikan gaji seiring kemahiran dan produktiviti, insentif kewangan daripada kerajaan bagi meringankan beban kos operasi dan memberi fleksibiliti kerana penyertaan adalah sukarela.

Maklumat lanjut dan pendaftaran sebagai majikan progresif boleh dilakukan menerusi portal rasmi DGP www.gajiprogresif.gov.my.

 
Back
Top
Log in Register