BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Pelajar Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Temerloh

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dua Pelajar Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Temerloh​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Dua pelajar sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan penunggang motosikal Muhammad Nazim Dzafran Mohd, dan pembonceng Muhammad Hafizuddin Abdullah, yang masing-masing berumur 17 tahun itu pada 8.20 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran.

“Apabila sampai di lokasi kejadian motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah kanan, dan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, kedua-dua pelajar terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register