BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201





14301310626267053-420166.jpg

14301310626267053-420167.jpg


Dua individu terbaring atas jalan dipercayai ditetak

SHAH ALAM - Dua individu ditemui terbaring di atas jalan dipercayai akibat ditetak dalam kejadian di Seksyen 28 di sini pada Selasa.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan situasi tegang apabila beberapa individu dilihat berlari di lokasi berkenaan.

Dalam rakaman sama, terdapat individu lain dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa hantaran lain turut berkongsi gambar memaparkan dua individu dalam keadaan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua individu terbabit serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Dakwaan bahawa kejadian itu membabitkan kes tetak juga masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

14301634857748493-420224.jpg

14301634857748493-420225.jpg
 
Dua lelaki diserang, ditetak sekumpulan individu

SHAH ALAM: Dua lelaki diserang dan ditetak sekumpulan individu dalam kejadian di Seksyen 28, di sini, hari ini.

Kejadian itu tular menerusi satu rakaman dari kamera papan pemuka kenderaan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu, terdapat sekumpulan individu dilihat meluru keluar dari beberapa kenderaan sebelum menyerang seorang lelaki yang terbaring di atas jalan.

Sebuah lagi kereta dilihat membuat pusingan dan melanggar seorang individu sebelum beberapa individu lain menyerangnya.



Ketika ini, pihak media masih menunggu pengesahan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/08/1606749/dua-lelaki-diserang-ditetak-sekumpulan-individu
 
Kalau melayu buat, mesti dah kecoh sampai bergegar arasy
Ni sbb india vs india, senyap je lah
Justice Fir Rocky oh wait
 
Justice For Rocky II
 
Back
Top
Log in Register