BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drive Fit Rangkul Pengiktirafan Asia Records Bagi Prestasi Penyekatan Haba Tertinggi Di Asia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Drive Fit Rangkul Pengiktirafan Asia Records Bagi Prestasi Penyekatan Haba Tertinggi Di Asia​

5deb8cb730377ad3c2ed5b1d8c407d6f6a7f197a8236c

c38ef87f4b76acfc1f873f578da2800e6a7f19972cc01

bb8d581a2019960c975854a6d21994d76a7f19afb5d52

09477cbef0d873658cd2400f91b4d2966a7f19c652a86

Kredit: The Asia Records

Drive Fit Sdn Bhd diiktiraf oleh Asia Records atas penghasilan Filem Seramik dengan Prestasi Penyekatan Haba Tertinggi di Asia bagi produk Nano Zirconia Ceramic Max HD.

Syarikat itu menjelaskan pengiktirafan tersebut menyerlahkan penggunaan teknologi berasaskan zirkonia yang menetapkan penanda aras baharu bagi industri filem tingkap automotif di Asia.

“Teras kepada Nano Zirconia Ceramic Max HD adalah penggunaan nanozarah zirkonium dioksida (ZrO₂), yang direka untuk memberikan kekonduksian haba yang rendah serta penyebaran haba yang pantas.

“Formulasi termaju ini membantu mengurangkan pemindahan haba dari luar ke dalam kabin kenderaan, sekali gus mewujudkan persekitaran pemanduan yang lebih sejuk dan selesa,” menurut Drive Fit dalam kenyataan hari ini.

Drive Fit memaklumkan pelaburan berterusan pihaknya dalam penyelidikan, teknologi bahan, pembuatan berkejituan tinggi dan kawalan kualiti telah menyokong pembangunan penyelesaian perlindungan automotif oleh pihaknya.

Majlis penyampaian Asia Records diadakan di Puchong, Selangor pada 7 Ogos lepas dan syarikat turut melakukan demonstrasi secara langsung bagi mempamerkan keupayaan penyekatan haba teknologi seramik zirkonianya.

Pengarah Jualan Drive Fit, Simon Chin berkata pengiktirafan daripada Asia Records itu membuktikan komitmen pihaknya dalam memajukan teknologi seramik zirkonia dan menawarkan penyelesaian perlindungan automotif berprestasi tinggi.

“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Asia Records. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam memajukan teknologi seramik zirkonia dan memberikan prestasi penyekatan haba yang luar biasa.

“Pencapaian ini mendorong kami untuk terus membangunkan penyelesaian perlindungan automotif yang inovatif untuk pelanggan di seluruh Asia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register