combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Rangkaian kedai teh buah segar, Auntea Jenny menerima pengiktirafan daripada ASIA Records selepas minuman istimewanya Mango Pomelo Sago merekodkan jualan hampir 90 juta gelas pada tahun lepas merentasi empat negara.
Pengurus Besar Auntea Jenny Malaysia Ng Ching Wai berkata pengiktirafan berkenaan satu pencapaian membanggakan bagi syarikat tersebut, mencerminkan penerimaan pengguna yang semakin meningkat terhadap minuman itu di peringkat antarabangsa.
“Mango Pomelo Sago kami berjaya kerana menggabungkan kualiti buah sebenar dengan rasa yang tidak asing lagi di seluruh Asia. Ia lebih daripada sekadar minuman, ia menghubungkan budaya pencuci mulut bersama dengan keseronokan harian,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian plak dan pelancaran pensijilan halal jenama itu di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Iszam Padil, Pengarah ASIA Records Gillian Ooi serta One-Day Store Manager Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon Bella Astillah.
Ng berkata syarikat itu telah mengemukakan data jualannya kepada ASIA Records, yang kemudian menjalankan proses verifikasi sebelum mengesahkan pencapaian tersebut.
Beliau berkata angka jualan itu diterjemahkan kepada kira-kira 300,000 gelas Mango Pomelo Sago yang dijual setiap hari pada 2025, dengan jualan disumbangkan oleh cawangan di China, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Malaysia.
Ng berkata syarikat itu juga sedang pesat berkembang tahun ini dengan rancangan untuk melebarkan sayap ke enam lagi negara termasuk Thailand, Australia, Jerman, Indonesia dan United Kingdom.
Mengenai pensijilan halal, Ng menyifatkannya sebagai satu pencapaian penting dalam memperkukuh kepercayaan pengguna dan keterangkuman, khususnya apabila Malaysia berperanan sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.
“Pensijilan halal bukan sahaja berkaitan untuk menjangkau pengguna Muslim, tetapi juga mengekalkan standard tertinggi dari segi kebersihan, logistik, pengeluaran dan keselamatan,” katanya.
Auntea Jenny Terima Pengiktirafan Asia Records Jual 90 Juta Gelas Mango Pomelo Sago
Auntea Jenny, ASIA Records, Mango Pomelo Sago, jua