BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SATEERA , REDFORES Terima Pengiktirafan Rekod ASEAN, ASIA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c178ba3606cf66b449e69c9798feb74469a54cceec807

c1dc2e63e3e511f5cc0fe0c6c06a35ff69a54d05edeb2

7e68d5c308baf997f499c5b92a13526969a5510b490a4

f1d3c47cddc22cb68ff539da097e1b2b69a551747d7a0

Kredit: ASEAN Records

Syarikat bioteknologi Malaysia SATEERA Sdn Bhd dan jenama kebersihan wanita REDFORES hari ini menerima pengiktirafan Rekod ASEAN dan Rekod ASIA atas sumbangan merintis usaha dalam inovasi antijangkitan terpilih.

SATEERA diiktiraf sebagai formulasi antijangkitan semula jadi pertama dan paling banyak dipatenkan yang memelihara bakteria bermanfaat, selain memiliki 14 paten di 14 negara.

REDFORES pula diiktiraf sebagai jenama kebersihan wanita pertama dengan jumlah paten tertinggi bagi formulasi tindakan berganda - memelihara bakteria bermanfaat sambil memberikan perlindungan antimikrob, yang dipacu oleh teknologi berpaten SATEERA.

Majlis pengiktirafan itu diadakan bersempena dengan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Malaya (UM) dan SATEERA, yang mencerminkan kemajuan berterusan negara dalam menterjemahkan penyelidikan oleh universiti kepada aplikasi bioteknologi yang dikomersialkan.

Pertukaran MoA itu disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UM Profesor Dr Kaharudin Dimyati dan pengasas bersama SATEERA Datuk Calvin Khiu, yang disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Kerjasama ini dijangka membolehkan lebih banyak kajian pengesahan dijalankan serta memperkukuh aktiviti penyelidikan dalam ekosistem bioteknologi Malaysia, sekali gus memperkasa kedudukan negara sebagai pengeluar penyelesaian bioteknologi termaju.

Terdahulu, Chang dalam ucapannya berkata kerjasama itu memperlihatkan bagaimana universiti dan industri di Malaysia boleh bekerjasama untuk menterjemahkan penyelidikan kepada penyelesaian dunia sebenar.

“Inovasi tidak hanya perlu tertumpu di makmal sebaliknya diterjemahkan kepada aplikasi. Dengan memperjuangkan pendekatan berasaskan sains yang fokus kepada bioteknologi, kita dapat memperkukuh keupayaan negara sambil meningkatkan kesihatan serta kualiti hidup selaras dengan Malaysia MADANI dan Dasar Bioteknologi Negara,” katanya.

Teknologi SATEERA berteraskan teknologi antijangkitan pintar semula jadi yang direka untuk menghalang bakteria berbahaya tertentu sambil memelihara bakteria bermanfaat, dan pendekatan ini disusun berasaskan modulasi mikrob, berbeza daripada formulasi antimikrob spektrum konvensional yang bertindak secara rawak.

 
Back
Top
Log in Register