kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,712
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,712
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wong Hon Wai (lapan, kiri) bergambar dengan penerima-penerima ASEAN Rekod pada Perhimpunan Pencapaian Rekod ASEAN ke-9 dan Perhimpunan Pencapaian Rekod ASIA ke-3 di George Town, semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Asean Records dan Asia Records Gillian Ooi (kanan) dan Pengarah Eksekutif ASEAN Records dan Asia Recrods Eldrick Koh (kiri).
ASEAN Records dan ASIA Records menganjurkan 9th ASEAN Records Gather of Achievers serta 3rd ASIA Records Gather of Achievers, perhimpunan pertama platform itu di Pulau Pinang sejak ditubuhkan pada November 2024.
Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai dan dihadiri beberapa pemimpin negeri serta Ketua Bersama Pengadil ASEAN Records dan ASIA Records Eldrick Koh serta Pengarah ASEAN Records dan ASIA Records Gillian Ooi.
ASEAN Records dan ASIA Records dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada perhimpunan kecil pada November 2024, ASEAN Records telah berkembang menjadi platform pensijilan serantau yang berstruktur.
Ia juga telah menganjurkan sembilan acara Gather of Achievers sepanjang 17 bulan merangkumi Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Festival Durian dan pengaktifan awam pusat beli-belah di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Pencapaian penting berlaku pada 22 Okt 2025 apabila ASIA Records dilancarkan secara rasmi pada Malam Gala ASEAN Records pertama dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
“Sejak itu, ASIA Records telah menerima pemegang rekod dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Uzbekistan, Kemboja dan China dengan jumlah tontonan gabungan media sosial platform melebihi sembilan juta,” menurut kenyataan itu.
ASEAN Records dan ASIA Records telah mengiktiraf secara sistematik destinasi pelancongan serta makanan Malaysia yang paling signifikan melalui pensijilan rekod yang disahkan dan boleh diukur.
Ia memaklumkan, melalui kerangka kerja itu, platform tersebut mendokumentasikan, mengesahkan dan mempromosikan destinasi pelancongan dan makanan di seluruh rantau ini yang bukan sahaja menonjolkan populariti, tetapi juga kepentingan yang boleh diukur dan didokumentasikan.
Koh berkata pengiktirafan yang diberikan kepada lokasi pelancongan melangkaui gelaran kerana berfungsi sebagai platform yang disahkan dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk destinasi terlibat berkongsi kisah mereka kepada khalayak global.
ASEAN Records Dan Asia Records Anjur Gather Of Achievers Ke-9 Di Pulau Pinang
ASEAN Records dan ASIA Records, Pulau Pinang, pla