BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DOSM Sabah Capai Lebih 60 Peratus Banci Ekonomi 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

DOSM Sabah Capai Lebih 60 Peratus Banci Ekonomi 2026​

e8cf2a2d9176cc725729c908f22f5855686cbee3bdc83


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah telah membanci lebih 60 peratus daripada hampir 90,000 pertubuhan ekonomi yang disasarkan di negeri ini di bawah pelaksanaan Banci Ekonomi (BE) 2026.

DOSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencapaian itu mencerminkan komitmen tinggi pelbagai pihak dalam memberi kerjasama sepanjang pelaksanaan banci berkenaan serta menunjukkan kemajuan positif ke arah mencapai sasaran liputan pembancian yang ditetapkan.

Bagi meningkatkan kadar kejayaan BE2026, DOSM Sabah menganjurkan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 bersama-sama Badan Profesional dan Persatuan Perniagaan Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini baru-baru ini.

Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Dr Jonnybone J. Kurum merasmikan sesi itu yang dihadiri wakil badan profesional, persatuan perniagaan, agensi kerajaan dan pihak industri yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

BE2026 yang bertemakan “Data Nadi Ekonomi Rakyat” ialah banci ekonomi keenam dilaksanakan DOSM bagi mengumpul maklumat terperinci berkaitan prestasi dan struktur ekonomi negara untuk menyokong perancangan, pelaksanaan serta penilaian dasar pembangunan yang lebih berkesan dan inklusif.

Sementara itu, Jonnybone berkata pelaksanaan BE2026 amat penting dalam menyokong agenda pembangunan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“SMJ 2.0 memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat serta kemampanan alam sekitar.

“Kejayaan pelaksanaannya memerlukan data yang lengkap, tepat dan terkini bagi menyokong proses perancangan, pelaksanaan serta pemantauan dasar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah mencapai RM100 bilion menjelang 2030, sejajar dengan aspirasi untuk mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan.

 
Back
Top
Log in Register