combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Kira-kira 308,000 pertubuhan di seluruh Selangor bakal terlibat dalam Banci Ekonomi 2026 (BE2026), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam satu kenyataan hari ini, DOSM berkata daripada jumlah itu, 74.1 peratus adalah pertubuhan mikro diikuti kecil (24.6 peratus), besar (4.7 peratus) manakala sederhana (1.5 peratus).
“Dari segi pecahan mengikut sektor pula, perkhidmatan mengungguli peratusan tertinggi iaitu sebanyak 83.8 peratus (258,909), diikuti sektor pembinaan 8.6 peratus (26,512).
“Sektor pembuatan merupakan ketiga tertinggi dengan 6.6 peratus (20,343) diikuti pertanian 0.8 peratus (2,454) manakala perlombongan dan pengkuarian pula 0.2 peratus (643),” menurut kenyataan itu.
DOSM hari ini menganjurkan Program Pelaksanaan BE2026 Daerah Sabak Bernam di Laman Rasa di sini, yang dirasmikan oleh Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Dalam pada itu, Mohd Uzir ketika ditemui berkata struktur perniagaan di Sabak Bernam didominasi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana, khususnya pertubuhan mikro, dengan tumpuan aktiviti tertinggi di kawasan Sungai Besar dan Sekinchan yang menjadi pusat komersial setempat.
Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan rekod awal BE2026, daerah itu merekodkan 213 pertubuhan sektor informal termasuk penjaja, kedai runcit kecil dan perniagaan berasaskan komuniti, selain 90 pengusaha inap desa yang menyokong pengembangan agro-pelancongan tempatan.
Katanya, industri tumpuan di Sabak Bernam merangkumi pemprosesan makanan, khususnya industri kerepek dan produk makanan ringan yang banyak beroperasi di sekitar Sungai Besar, Parit Baru dan Sekinchan.
“Ekosistem perniagaan setempat turut disokong oleh rangkaian pasar utama dengan tujuh pasar awam yang menempatkan 635 outlet, menjadikan daerah ini antara pusat hasil tani, makanan laut dan produk agro yang aktif di negeri Selangor.
Banci Ekonomi 2026 Sasar 308,000 Pertubuhan Seluruh Selangor - DOSM
DOSM, Pertubuhan perniagaan, Banci Ekonomi 2026,