BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doktor dibelasah selepas kereta dipandu langgar lembu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,772
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,772
Reaction score
289
Points
146

Doktor dibelasah selepas kereta dipandu langgar lembu​

3613659.webp

Orang ramai cuba menterbalikkan kenderaan SUV milik doktor berkenaan. Foto kredit The Indian Express

LUCKNOW – Seorang doktor kerajaan dibelasah sekumpulan penduduk selepas kenderaannya terlanggar seekor lembu liar di Badaun, Uttar Pradesh, India pada Selasa, lapor The Indian Express.

Polis berkata, Dr Rahul Siddharth, 36, sedang memandu menuju ke pasar apabila kenderaannya terlanggar lembu yang berada di atas jalan.

Penduduk yang berang kemudian didakwa menyeret mangsa keluar sebelum memukulnya meskipun doktor berkenaan merayu supaya dimaafkan.

Rakaman kejadian turut menunjukkan orang ramai memecahkan cermin kenderaannya menggunakan batu dan kayu serta cuba menterbalikkan SUV tersebut.

Polis yang tiba kemudian menyelamatkan mangsa, manakala lembu terbabit dibawa untuk menerima rawatan sebelum mati.

Empat lelaki berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan, manakala kes disiasat termasuk atas kesalahan cubaan membunuh dan merusuh.

Pemeriksaan perubatan mendapati doktor berkenaan tidak mengalami kecederaan serius.- Agensi

 
Back
Top
Log in Register