BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Ladang Maut Langgar Lembu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,358
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,358
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad berkata dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi itu, mangsa Shah Rin Busu, 30, seorang lelaki Orang Asli disahkan meninggal dunia di lokasi akibat pelbagai kecederaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM SM Sport dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Kampung Air Denak.

“Apabila sampai di tempat kejadian terdapat seekor lembu berada di tengah jalan dan mangsa tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata semasa kejadian keadaan jalan dilaporkan lurus dengan dua lorong dua hala, permukaan kering serta cuaca baik.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register