Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebuhraya
BANGKAI lembu di lebuh raya selepas dilanggar oleh sebuah kereta di China, baru-baru ini. - THE COVER
BEIJING – Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya merempuh kawanan lembu yang berkeliaran di sebuah lebuh raya di wilayah Guangdong, China, lapor portal berita Must Share News.
Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) di Lebuhraya Nasional G234 di bandar Yangjiang, baru-baru ini.
Polis berkata, kereta sedan itu hilang kawalan selepas bertembung dengan kawanan lembu semasa hujan apabila jarak penglihatan terhad dan jalan licin.
Sebuah rakaman menunjukkan bahagian hadapan kereta sedan berwarna putih itu remuk akibat pelanggaran.
Beberapa saksi berkata, keenam-enam lembu itu mati, namun, pemandu kereta tidak cedera,.
Seorang pegawai polis trafik berkata, pemilik lembu-lembu itu telah dikenal pasti.
“Pemiliknya boleh dikenakan tindakan kerana perbuatan mengembala lembu berhampiran lebuh raya adalah dilarang,” kata pihak berkuasa. – AGENSI
Kereta langgar 6 lembu berkeliaran di lebuhraya
Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya merempuh kawanan lembu yang berkeliaran di sebuah lebuh raya di wilayah Guangdong, China
www.kosmo.com.my