22m ·
Pupus
Saya sebenarnya bukan peguam shariah. Saya peguam korporat. Kalau nak beli atau bina loji air, stesen penjana kuasa atau pembangunan skala besar misalnya, boleh panggil saya. Kalau nak beli atau senaraikan syarikat di bursa saham boleh panggil saya. Sebab itu amalan kerja saya. Bidang saya adalah untuk menasihati atau “negotiate” transaksi2 sebegini.
Manakala peguam shariah ialah seorang yang beramal di mahkamah shariah. Walaupun saya belajar perundangan Islam dan menasihati dalam transaksi kewangan Islam, saya tidak boleh “appear” di dalam mahkamah shariah kerana tidak mengamal dalam bidang ini. Ramai kawan2 yang saya kenal secara peribadi adalah pakar dalam bidang ini termasuk yang tersohor dan terkenal datuk Zainul Rijal, saudara Fakhrul, saudara azmi rais dll. Maaf kawan2 tak dapat senaraikan semua.
Cuma di universiti ada beberapa perkara yang membentuk pemikiran saya sehingga kini. Satu matapelajaran perlembagaan yang merupakan subjek kegemaran saya di universiti. Keduanya, usaha prof Ahmad Ibrahim mempertingkatkan dan memartabatkan mahkamah shariah.
Saya memang tabik hormat usaha arwah Prof Ahmad Ibrahim. Dia merombak sistem keadilan shariah. Pelbagai beliau lakukan termasuk “infuse”/memasukkan “procedural law” yang mantap. Oleh kerana beliau sungguh tersohor beliau berjaya sehingga dapat meminda perlembagaan pada tahun 1988 untuk meningkatkan mahkamah shariah. Jasa beliau ini amatlah besar. Saya mohon Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau dan menganugerahkan beliau Jannatul Firdaus.
Walaupun sudah banyak dilakukan dan diperbaiki, terus terang pada saya masih lagi boleh diperbaiki dari feedback yang saya dengar. Saya memang kagum usaha tan sri sheikh ghazali, sahabat saya Datuk Zainul Rijal dan rakan2 lain yang terus berusaha menambaik sistem mahkamah shariah. Saya hanya sekadar melihat dan kagum dengan usaha mereka.
Namun walaupun sistem mahkamah shariah kita tidak sempurna, ini tidak bermakna institusi ini patut direndah apa lagi diluputkan. Institusi mahkamah shariah ini adalah sebahagian penting dalam ekosistem kompromi perlembagaan kita. Usaha2 yang dilakukan melalui litigasi strategik untuk melemah dan menundukkan institusi ini melalui mahkamah sivil sebenarnya bahaya dan bakal mendatangkan ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat. Menarik hak kompromi tanpa persetujuan yang terkesan hanya akan mengundang ketidakstabilan dan ketidaktenteraman pada negara. Mana2 perubahan kompromi perlembagaan hendaklah melalui proses yang diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ia tidak lagi diikuti dan dihormati.
Pada hari ini, mahkamah shariah telah direndahkan sebagai tribunal biasa oleh mahkamah persekutuan. Sejarah mahkamah shariah langsung tidak diambil kira. Dari dahulu lagi mahkamah shariah mempunyai bidangkuasa jenayah. Ia boleh jatuhkan hukuman denda atau penjara. Dari dahulu lagi sebelum perlembagaan digubal, mahkamah shariah sudah ada kuasa kehakiman. Ia ada kuasa untuk laksanakan hukuman tanpa perlu badan kehakiman lain untuk melaksanakannya. Tidak perlu ke mahkamah sivil untuk perlaksanaan seperti tribunal lain. Badan penguatkuasaan lain wajib melaksanakannya. Dan bidangkuasa mahkamah shariah bukan “personal law” seperti agama atau budaya lain. Bidangkuasanya pada masa ini hanya apa yang diluluskan oleh dewan undangan. Ia mempunyai force of law/kesan undang2 melalui proses demokrasi. Dan walaupun perlaksaaan undang2 jenayah ini diskriminatif terpakai kepada muslim sahaja, perlembagaan telah memberi pengecualian dari kebebasan asasi kesamarataan. Peruntukan kewangan baginya walaupun diskriminatif dibenarkan dari dahulu lagi. Ini sebahagian asas kompromi perkembagaan yang british sendiri tidak berani menidakkannya. Tanpa mengambil kira ini, perlembagaan tidak mungkin boleh wujud. Raja2 dan negeri2 tidak akan bersetuju.
Kini cuba bayangkan institusi ini sudah direndahkan seperti tribunal biasa. Dan paling kritikal, ini telah ditetapkan oleh mahkamah persekutuan melalui BSD sebagai asas perlembagaan yang tidak boleh dipinda atau diubah. Maknanya kalau pun kita hendak bagi kuasa semakan kepada mahkamah shariah ke atas badan2 islam yang melibatkan muslim sahaja pun tidak dibenarkan walaupun 2/3 Parlimen dan sultan2 meluluskannya. Sejak bila ini asas perlembagaan? Kenapa mahkamah menidakkan kuasa rakyat dan Parlimen menentukan ini? Kenapa kehakiman sahaja menentukan ini dan rakyat tiada peranan pula?
Sudahlah kehakiman sivil merendahkan mahkamah shariah, kini satu per satu bidangkuasa jenayah shariah bakal jatuh menunggu dicabar. Semua bidangkuasa jenayah telah diputuskan mahkamah persekutuan pada 2021 sebagai bidangkuasa eksklusif persekutuan. Negeri dan secara tidak langsung raja2 kita tiada lagi hak menentukan ini walaupun beratus tahun mereka mempunyai bidangkuasa ini. Apa lagi yang tinggal akhirnya nanti bagi mahkamah shariah?
Sudah tiba kita hentikan institusi mahkamah shariah dari direndahkan dan dikecilkan tanpa penglibatan kita. Kita perlu bersuara dan tidak duduk diam. Kalau tidak satu institusi yang bersejarah akan luput dan pupus. Mari kawanku kita bantah BSD dahulu.