BTC USD 86,008.4 Gold USD 4,152.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

tn jaws, sebenarnya sebelum Tg Maimun jadi Ketua Hakim Negara, kesemua keputusan yg membabitkan hukum agama, related dengan agama islam dsb diperingkat mahkamah persekutuan adalah mengutamakan islam
dan takde nak mengangkat kuasa mahkamh sivil lebih daripada mahkamah syariah

YA Tg Azlan Shah, YA Tun Fairus, YA Abdul Hamid Omar dsb adalah yg menolak BSD ni
selama ni kalau Mahkamah Persekutuan buat keputusan, mereka mmg tak apply BSD ni

namun datangnya Tg Mainun ni, dia pplies BSD yg mana Gpal Sri Ram yg mempopularkan BSD ni
dan Tg Maimun ni ikut
sejak Tg maimun ni pegang jawatan Ketua Hakim Negara, dia lah yg buat keputusna based on BSD

Memandangkan BSD ganggu gugat kredibiliti pihak mahkamah syariah.. Maka kita x akan dpt impact positif DBS..

Aku boleh bincang setakat ni je..

Kita pun x pasti tg maimun seorang yg baik, atau dia cuma shadow puppet pihak sekian2..

---

Aku berpendapat badan kehakiman tertinggi kne utamakan keadilan dlm lunas2 agama islam..

Tp system kita ni bkn mcm tu..

System kita dh asingkan sivil dgn syariah..

Seterusnya badan kehakiman tertinggi dianggotai oleh wakil2 sivil.. Mereka semestinya akan ada conflict dgn syariah..

Hakim2 syariah tak akan move ke badan kehakiman tertinggi negara.. So kekal DBS negatif..

Ini apa yg aku fhm.. Maybe salah..
 

Aidil Khalid​

· 1j ·

Tune in besok malam, untuk kupasan mengenai Basic Structure Doctrine, dan mengapa ia berbahaya kepada kedaulatan undang-undang dan merosakkan disiplin pentafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Mampir Malaysia​

4j ·

FORUM ISU KENEGARAAN
1f4dc.png
Tajuk : SUMPAH RABBANI ATASI 'BASIC STUCTURE DOCTRINE' @ BSD
1f5d3.png
Tarikh : SELASA 27 SEPTEMBER 2022
23f0.png
Masa : 9.00 MALAM- 10.30 MALAM
1f3a5.png
Saluran Medium : Facebook MAMPIR dan JARINGAN

MENAMPILKAN PEMBICARA:
1) Prof Datuk Naser Disa
(Pensyarah & Pengamal Undang- Undang)

2) Ustaz Abdul Rahman Tajudin
( ISLAMI Sabah dan Felo Akademi Watan)

3) Aidil Khalid
(Peguam dan Aktivis)

PEMUDAHCARA:
Mohammed Fared Hassan (Akademi Watan)

ANJURAN :
1f91d.png
MAMPIR

DENGAN KERJASAMA :
1f91d.png
AKADEMI WATAN
1f91d.png
PERTUBUHAN KESEDARAN MELAYU DAN ISLAM ( KEMUDI)
1f91d.png
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL ISYRAQ NUSANTARA
1f91d.png
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DASAR JOHOR
1f91d.png
DLL


1664175576086.png
 

Lukman Sheriff​

4j ·

Alhamdulillah saya rasa wacana BSD sudah mula mendapat tarikan/ traction. Saya telah dipanggil untuk membuat temuramah beberapa kali oleh pelbagai pihak sejak seminggu dua ini. Saya lihat rakan2 Datuk Zainul, Saudara Yusfarizal, Badruzzaman, Aidil khalid dan Rahim Sinwan telah dijemput di beberapa forum untuk menerangkan isu ini. Malah forum UM pun telah menjemput saya dan Aidil. Oleh kerana forum UM akademik bertahap tinggi, kami sedang cuba membuat presentasi terbaik. Hujah2 akan lebih teknikal. Yang mana sesuai untuk diringkaskan ke FB saya akan tulis nanti.

Walaupun begitu pada saya ia masih jauh sebagai gerakan besar2an. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka yakin bantahan ini sudah mendapat perhatian kehakiman. Kalau ya Alhamdulillah kerana ini matlamat utama saya. Dan kalau kehakiman dapat mempertimbangkannya dan ada yang menolaknya itu sudah cukup pada saya. Apa yang saya buat untuk #bantahBSD sudah tercapai dan saya akan move on.

Tetapi saya tidak yakin lagi ia menggambarkan kepada kehakiman ada tentangan yang cukup luas. Ramai lagi tidak sedar bahawa hak demokrasi mereka telah ditarik balik. Mereka tidak sedar sebelum ini mereka ada hak melalui parlimen membetulkan apa sahaja yang patut. Asalkan dapat persetujuan 2/3 parlimen dan perkenan Sultan, ia menjadi undang2 tanah air kita yang perlu dihormati. Mereka tidak sedar pun bahawa BSD sudah menarik balik hak ini.

Ramai juga masih tak sedar Parlimen ada hak membetulkan keputusan mahkamah dan pernah sehingga pinda perlembagaan pada 1988 untuk membetulkan ini. Mereka tidak sedar bahawa kehakiman di bawah BSD ada kuasa penuh tentukan sesuatu perkara tanpa semak imbang (check and balance) dari badan Parlimen; tanpa akauntabiliti kepada rakyat. Mereka tak sedar bahawa pengasingan kuasa kita telah diubah dan digugat oleh BSD dan kehakiman telah menjadi supreme dalam menentukan hal ini.

Bagi muslim pula mereka tak sedar mahkamah sivil telah menetapkan mahkamah shariah sebagai tribunal sahaja dan ini adalah asas perlembagaan. Mereka tak sedar bahawa dengan BSD tiada lagi mereka boleh pertingkatkan mahkamah shariah setaraf mahkamah sivil buat selama2nya. Buatlah apa2 undang2 mahkamah sivil akan tetap menolak dan menidakkannya.

Sebab kalau rakyat tahu implikasi BSD ini, mereka sudah tentu sedar bahayanya doktrin ini kepada negara. Mereka akan sedar satu pertembungan besar bakal berlaku akibat kehakiman menidakkan hak rakyat ini. Dan jika mereka sedar sudah tentu mahu ini dibanteras awal sebelum terus menular. Doktrin ini baru diperkenalkan sekitar 2017/2018. Sebelum ini ditolak berpuluh2 tahun oleh hakim2 besar kita seperti Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Hamid.

Jom kita terus bergerak.

1664416171530.png
 

Lukman Sheriff​

22m ·

Pupus

Saya sebenarnya bukan peguam shariah. Saya peguam korporat. Kalau nak beli atau bina loji air, stesen penjana kuasa atau pembangunan skala besar misalnya, boleh panggil saya. Kalau nak beli atau senaraikan syarikat di bursa saham boleh panggil saya. Sebab itu amalan kerja saya. Bidang saya adalah untuk menasihati atau “negotiate” transaksi2 sebegini.

Manakala peguam shariah ialah seorang yang beramal di mahkamah shariah. Walaupun saya belajar perundangan Islam dan menasihati dalam transaksi kewangan Islam, saya tidak boleh “appear” di dalam mahkamah shariah kerana tidak mengamal dalam bidang ini. Ramai kawan2 yang saya kenal secara peribadi adalah pakar dalam bidang ini termasuk yang tersohor dan terkenal datuk Zainul Rijal, saudara Fakhrul, saudara azmi rais dll. Maaf kawan2 tak dapat senaraikan semua.

Cuma di universiti ada beberapa perkara yang membentuk pemikiran saya sehingga kini. Satu matapelajaran perlembagaan yang merupakan subjek kegemaran saya di universiti. Keduanya, usaha prof Ahmad Ibrahim mempertingkatkan dan memartabatkan mahkamah shariah.

Saya memang tabik hormat usaha arwah Prof Ahmad Ibrahim. Dia merombak sistem keadilan shariah. Pelbagai beliau lakukan termasuk “infuse”/memasukkan “procedural law” yang mantap. Oleh kerana beliau sungguh tersohor beliau berjaya sehingga dapat meminda perlembagaan pada tahun 1988 untuk meningkatkan mahkamah shariah. Jasa beliau ini amatlah besar. Saya mohon Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau dan menganugerahkan beliau Jannatul Firdaus.

Walaupun sudah banyak dilakukan dan diperbaiki, terus terang pada saya masih lagi boleh diperbaiki dari feedback yang saya dengar. Saya memang kagum usaha tan sri sheikh ghazali, sahabat saya Datuk Zainul Rijal dan rakan2 lain yang terus berusaha menambaik sistem mahkamah shariah. Saya hanya sekadar melihat dan kagum dengan usaha mereka.

Namun walaupun sistem mahkamah shariah kita tidak sempurna, ini tidak bermakna institusi ini patut direndah apa lagi diluputkan. Institusi mahkamah shariah ini adalah sebahagian penting dalam ekosistem kompromi perlembagaan kita. Usaha2 yang dilakukan melalui litigasi strategik untuk melemah dan menundukkan institusi ini melalui mahkamah sivil sebenarnya bahaya dan bakal mendatangkan ketidakpuasan hati dan kemarahan rakyat. Menarik hak kompromi tanpa persetujuan yang terkesan hanya akan mengundang ketidakstabilan dan ketidaktenteraman pada negara. Mana2 perubahan kompromi perlembagaan hendaklah melalui proses yang diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ia tidak lagi diikuti dan dihormati.

Pada hari ini, mahkamah shariah telah direndahkan sebagai tribunal biasa oleh mahkamah persekutuan. Sejarah mahkamah shariah langsung tidak diambil kira. Dari dahulu lagi mahkamah shariah mempunyai bidangkuasa jenayah. Ia boleh jatuhkan hukuman denda atau penjara. Dari dahulu lagi sebelum perlembagaan digubal, mahkamah shariah sudah ada kuasa kehakiman. Ia ada kuasa untuk laksanakan hukuman tanpa perlu badan kehakiman lain untuk melaksanakannya. Tidak perlu ke mahkamah sivil untuk perlaksanaan seperti tribunal lain. Badan penguatkuasaan lain wajib melaksanakannya. Dan bidangkuasa mahkamah shariah bukan “personal law” seperti agama atau budaya lain. Bidangkuasanya pada masa ini hanya apa yang diluluskan oleh dewan undangan. Ia mempunyai force of law/kesan undang2 melalui proses demokrasi. Dan walaupun perlaksaaan undang2 jenayah ini diskriminatif terpakai kepada muslim sahaja, perlembagaan telah memberi pengecualian dari kebebasan asasi kesamarataan. Peruntukan kewangan baginya walaupun diskriminatif dibenarkan dari dahulu lagi. Ini sebahagian asas kompromi perkembagaan yang british sendiri tidak berani menidakkannya. Tanpa mengambil kira ini, perlembagaan tidak mungkin boleh wujud. Raja2 dan negeri2 tidak akan bersetuju.

Kini cuba bayangkan institusi ini sudah direndahkan seperti tribunal biasa. Dan paling kritikal, ini telah ditetapkan oleh mahkamah persekutuan melalui BSD sebagai asas perlembagaan yang tidak boleh dipinda atau diubah. Maknanya kalau pun kita hendak bagi kuasa semakan kepada mahkamah shariah ke atas badan2 islam yang melibatkan muslim sahaja pun tidak dibenarkan walaupun 2/3 Parlimen dan sultan2 meluluskannya. Sejak bila ini asas perlembagaan? Kenapa mahkamah menidakkan kuasa rakyat dan Parlimen menentukan ini? Kenapa kehakiman sahaja menentukan ini dan rakyat tiada peranan pula?

Sudahlah kehakiman sivil merendahkan mahkamah shariah, kini satu per satu bidangkuasa jenayah shariah bakal jatuh menunggu dicabar. Semua bidangkuasa jenayah telah diputuskan mahkamah persekutuan pada 2021 sebagai bidangkuasa eksklusif persekutuan. Negeri dan secara tidak langsung raja2 kita tiada lagi hak menentukan ini walaupun beratus tahun mereka mempunyai bidangkuasa ini. Apa lagi yang tinggal akhirnya nanti bagi mahkamah shariah?

Sudah tiba kita hentikan institusi mahkamah shariah dari direndahkan dan dikecilkan tanpa penglibatan kita. Kita perlu bersuara dan tidak duduk diam. Kalau tidak satu institusi yang bersejarah akan luput dan pupus. Mari kawanku kita bantah BSD dahulu.

1664604440974.png
 

Lukman Sheriff​

11j ·

Kesuntukan masa.

Alhamdullilah semalam berbicara dengan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Kupasan baik oleh Datuk Zainul.

Sejak kebelakangan ini banyak jemputan bagi saya dan kawan2. Makin ramai yang mengerti masalah BSD dan ingin mengetahui lebih lanjut. Pada saya BSD ini masih tahap awal arusperdana walaupun sudah disiarkan di utusan, BH dan alhijrah. Banyak lagi perlu dilakukan. (Sementara itu saya nak rekodkan antara seminar2 yg berlangsung.)

Sebenarnya saya perlu ke fasa seterusnya. Ini memerlukan saya “step up a gear” cuma saya tertekan dengan masa. Sekarang ini back to back meeting sehingga 4 sehari dan mustahil saya nak berjumpa dengan ramai bagi fasa seterusnya. Ada tiga empat lagi engagement dalam masa terdekat yang sudah tersusun termasuk sekali dengan seminar di UM.

Sekarang ini desas desus pilihanraya terlalu kuat. Mungkin hari ini atau esok Parlimen dibubarkan. Mungkin minggu hadapan atau akan datang. Wallahualam. Asal cadangan saya supaya sebelum pilihanraya, isu ini sudah diarusperdana di dalam arena politik sekali. Dari kesedaran NGO kemudiannya ke politik. Barulah ada satu kesedaran dan suara mantap yang mana kehakiman perlu mengambil kira. Ini belum tercapai lagi. Walaupun saya melihat kesedaran mula berkembang di arena politik, ia memerlukan banyak lagi usaha. Saya sudah kesuntukan masa untuk mencapai objektif saya ini. Apabila election sudah tiba, sukar saya berjumpa dengan pemimpin pelbagai parti kerana kesibukan mereka.

Walauapapun saya akan berusaha dalam kemampuan dan pengaruh saya. Kalau saudara/ saudari apabila berjumpa dengan calon nanti dapat mengutarakan isu ini Alhamdulillah. Saya amat berterimakasih. Kita buat apa yang kita boleh.

1665050515515.png

1665050524654.png

1665050533265.png

1665050543083.png

1665050551456.png

1665050573911.png

1665050582796.png

1665050592099.png

1665050603489.png

1665050612378.png

1665050621273.png

1665050629880.png

1665050639765.png
 

Lukman Sheriff​

3j ·

“The question whether the impugned Act is “harsh and unjust” is a question of policy to be debated and decided by Parliament, and therefore not meet for judicial determination. To sustain it would cut very deeply into the very being of Parliament. Our courts ought not to enter this political thicket, even in such a worthwhile cause as the fundamental rights guaranteed by the Constitution….”

Wise words of Almarhum Sultan Azlan Shah. This is the separation of powers that we have held since inception until 2017/2018. We have crossed that line.
1665233962620.png
 

Lukman Sheriff​

3j ·

Perlembagaan kita adalah unik. Sudah wujud satu kompromi bersama yang sudah dicapai dan dipersetujui sekian lama. Kenapa kehakiman perlu “import” doktrin atau ideologi luar dan mengenepikan nilai budaya, sejarah dan permuafakatan dalam keputusan2 yang mengikat. Kalau kita hendak tukar kompromi sedia ada biarlah kita yang menukarnya melalui kompromi lain. Biarlah kita melalui satu proses tolak ansur.

Kenapa pula ditentukan oleh sekumpulan kecil yang tidak akauntable/ bertanggungjawab kepada rakyat. Hormatilah keluhuran perlembagaan kita menurut apa yang dipersetujui.


“Whatever may be said of other Constitutions, they are ultimately of little assistance to us because our Constitution now stands in its own right and it is in the end the wording of our Constitution itself that is to be interpreted and applied, and this wording “can never be overridden by the extraneous principles of other Constitutions”….Each country frames its constitution according to its genius and for the good of its own society.…” (Almarhum Sultan Azlan Shah)

Kita ada acuan kita. Kita hormati apa yang dipersetujui bersama kecualilah kita sendiri, dan bukan sekumpulan kecil, mengubahnya.

1665234900664.png
 
Back
Top
Log in Register