2j ·
Pengikisan bidangkuasa
Dalam tulisan saya yang lepas, saya telah menyatakan bagaimana (i) dalam satu tangan BSD menjadikan mahkamah selama2nya lebih rendah dari mahkamah sivil sayugia menyekat Parlimen mengubah keadaan ini, dan (ii) dalam satu tangan lagi mahkamah sivil telah membuat keputusan yang boleh menghapuskan satu persatu jenayah shariah.
Ramai umat Islam menginginkan penaikan taraf mahkamah shariah, tetapi mereka tak sedar akibat BSD dan kes2 mahkamah persekutuan beberapa tahun ini, yang dikejar tak akan dapat, yang dikendong pula berciciran. Mereka tak sedar kita sudah di penghujung jalan. Perlembagaan sudah perlu dipinda.
Posting saya ini adalah untuk menerangkan point nombor (ii) di atas yang mana mahkamah bukan sahaja terus melemahkan institusi mahkamah shariah tetapi menggugat kuasa negeri. Kes ini tidak menyentuh BSD.
Untuk posting ini saya akan menyentuh kes Iki Putra yg diputuskan tahun 2021. Kes ini kita kalah 9-0. Maknanya tiada “recourse”/jalan lagi bagi kita di mahkamah dan jalan keluar hanyalah dengan meminda perlembagaan.
Kes ini adalah “landmark” dan seperti BSD, mahkamah tidak mengikut keputusan2 sebelum ini. Walaupun kes ini melibatkan jenayah liwat implikasinya besar merangkumi semua jenayah shariah.
Di dalam kes ini mahkamah persekutuan telah sebulat suara (9-0) memutuskan seksyen 28 enakmen jenayah shariah Selangor (kesalahan liwat) adalah tidak sah atas alasan negeri tiada kuasa membuat apa2 undang2 berkenaan jenayah. Hanya mahkamah persekutuan yang ada. Implikasi ini sangat besar. Negeri2 tidak lagi punyai kuasa menggubal undang2 jenayah shariah. Satu persatu jenayah shariah boleh dan bakal jatuh apabila dicabar kelak. Seluruh sistem jenayah shariah bakal lumpuh.
Keputusan ini sebenarnya menghasilkan satu kelompongan undang2 yang sangat besar. Kalaulah kuasa menggubal jenayah shariah tiada pada negeri dan hanya pada persekutuan, perlembagaan pula menyatakan persekutuan tidak boleh buat undang2 diskriminatori yang terpakai kepada muslim sahaja kecuali di Wilayah persekutuan. Ini yang saya tak boleh terima dan berpandangan mahkamah khilaf.
Katalah negeri pahang tiada kuasa menggubal undang2 jenayah melarang umat Islam berjudi dan persekutuan tiada kuasa yang sama di Pahang, siapa yang ada kuasa melarang umat Islam? Bukankah ini jelas bercanggah dengan “asas” kompromi dan sejarah perlembagaan kita. Kenapa ini bukan “asas perlembagaan” pula bawah BSD?
Akibat ini seramai 200 peguam membantah keputusan ini termasuk saya dan rakan2. Semua memanggil untuk perlembagaan dipinda.
Sebab itu saya kata yang dikendong pun tercicir. Jelas pindaan perlembagaan perlu dibuat untuk membetulkan keadaan ini. Kita kini menghadapi dwi cabaran besar. Satu BSD dan dan satu lagi kes2 mahkamah begini yang memerlukan kita meminda perlembagaan. Kita tumpu menolak BSD dahulu.



