BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

5j ·

Judicially defined BSD.

Apa maksud ini? Maksudnya mahkamah yang menentukan BSD.

Apa masalahnya? Hakim2 tentukan asas perlembagaan dan selepas itu menidakkan hak untuk mengubahnya melalui parlimen. Inilah sebabnya dibantah. Tiada semak imbang. Mengubah pengasingan kuasa kita dengan menjadikan kehakiman supreme mengatasi Parlimen.
Tiada siapa dan forum yang boleh pertikaikan ketetapan ini lagi kecuali melalui badan kehakiman yg sudah memutuskan mempertahankan BSD.

Apa contoh ketara masalah ini? Mahkamah sudah membelakangkan pindaan perlembagaan 121 (1) yang digubal bersama 121 (1A) pada tahun 1988. Dalam ini mahkamah sudah memutuskan bahawa mahkamah sivil tinggi dari shariah dan ini asas perlembagaan. Maknanya selama2nya mahkamah shariah tidak boleh dipertingkatkan setaraf mahkamah sivil walaupun semua mahu dan agong bersetuju. Ini sebenarnya domain rakyat menentukannya sebelum ini (seperti pindaan perlembagaan 1988) tetapi BSD menidakkan kuasa ini.

Adakah ini bahaya? Ya. Akan berlaku pertembungan jika hak rakyat dinafikan. Keseimbangan dalam pengasingan kuasa dikacau memberi kuasa lebih tinggi dari badan lain tanpa semak imbang. Ia menidakkan hak demokrasi rakyat.

Adakah ini bermakna perlembagaan tidak ada struktur asas? Boleh ada. Tetapi biar parlimen tentukan. Kalau tak setuju dan tak suka, kita boleh luahkan perasaan dengan mereka dan akhirnya buang mereka. Tetapi hakim kita tiada avenue/ruang berbuat begitu. Hakim2 tidak accountable kepada kita.

Apa jadi jika Parlimen tidak buat undang2 struktur asas? Tiada masalah. Perlembagaan kita mempunyai peruntukan yang jelas. Sebelum BSD tiada masalah nak menginterpretasi undang2 mengikut cara2 tafsiran sedia ada. Kita boleh aje interpret mengikut “letters of the law.” BSD ini memungkinkan kehakiman mengatasi apa yang diperuntukkan dengan nyata dalam undang2.

#Tolak BSD. #Bantah BSD.

1663732800511.png
 
Lukman Sheriff bersama Aidil Khalid​

1j ·

Lions den

Saya dan Aidil khalid akan masuk ke kandang singa. Doakan kami saudaraku. Atas pengongsian saudara, UM mengetahui bantahan kami. Dekan yang saya kenali telah menelefon saya dan mahukan seminar ini inklusif dan memberi platform kepada saya sebagai discussant. Saya dan rakan2 berbincang dan merasakan lebih adil jika kami diberi platform sebagai speaker supaya dapat bentangkan pandangan yang lebih menyeluruh. Discussant hanya diberi 15 minit dan speaker lebih dari itu. Saya memohon kepada urusetia platform panelis tetapi urusetia tidak setuju. Setelah berbincang mereka setuju saya dan Aidil menjadi discussant. Saya akui pemohonan saya sukar kerana mereka sudahpun menetapkan terdahulu. Dan discussant ini pun saya nampak mereka telah beri exception. Hanya saya dan Aidil discussant. Topik ketiga tiada discussant. Untuk ini saya berterimakasih kepada UM. Saya harap pada masa hadapan seminar ilmiah di UM begini dapat memberi kami ruang sebagai speaker sama seperti pihak pro BSD.

Ramai mungkin tak sedar sebenarnya saya dan rakan2 menongkah arus besar. Ada di kalangan kita pun belum menerima dan menentangnya. Apatah lagi sebelah sana yang sudah padu, ramai dan bersatu. Apatah lagi satu badan kehakiman yang telah memutuskan keputusan pertahankan BSD. Speaker2 di forum ini kalau dilihat pun semua otai2. Professor sana sini dari pelbagai pelusuk dunia. Nama2 kebanyakan mereka gah di dalam media inggeris.

Ada pro dan kon apabila saya buat begini. Tetapi Aidil beri semangat pada saya. Dari sebelum 2016, beliau berani masuk gelanggang lawan. Walaupun beliau muda, beliau berani lawan lawyer yang jauh lebih senior darinya sorang2 di platform “lawan”. Audience walaupun di pihak sebelah sana, saya tengok baru tahu ada pandangan yang berlainan yang “valid”. Samada audience akhirnya setuju atau tidak terpulang. Tetapi kita dapat mengutarakan “valid concerns” yang mereka tidak pernah pertimbangkan. Sejak dari itu saya dan Aidil ada beberapa kali berucap bersama2 di platform lawan termasuk melawan Ambiga. Objektif saya bukan untuk menawan semua yg hadir mengikut kita, tetapi mengutarakan pandangan yang valid. Bahawa kita ada “valid concerns”. Mana tahu untuk kali ini ada hakim2 yang bersetuju dengan kami. Wallahualam.

Saya jelas dan sungguh percaya kita ada “more than valid concerns”. Pada saya mahkamah shariah akan terus jatuh dan “diperlekehkan/ belittled”. Pada satu tangan BSD telah meletakkan mahkamah shariah sebagai tribunal biasa dan ini adalah asas perlembagaan yang Parlimen tidak boleh ubah selama2nya. Dan pada satu tangan lagi kes2 shariah yang dicabar baru2 ini di mahkamah sivil kita kalah 9-0.

Bukan 5-4 tetapi 9-0. Melalui kes Iki Putra misalnya bidangkuasa jenayah shariah boleh dan bakal jatuh satu persatu apabila dicabar kelak. Perlembagaan sebenarnya perlu dipinda tuan Puan. Berkali2 saya tulis ini. Tetapi untuk buat ini pula BSD bakal menghalang kita.
Kita sepatutnya sudah bangkit menentang ini.

Jom kawan2 ku, kita mesti terus bangkit. Kalau tidak satu persatu akan jatuh.

#bantahBSD #tolakBSD

1663809283660.png

1663809292227.png

1663809306697.png
 
Speaker Parlimen zaman PH pun ada. Hebat jugak dia ni rupanya/
 
Lukman Sheriff​

·

Bagaimana BSD tersalahpakai

Kali pertama kes BSD ini timbul (Semenyih Jaya) saya mempunyai reservasi. Tetapi apabila Indra Ghandi keluar, jelas pada saya BSD ini boleh tersalahpakai, arbitrari (sewenang2nya) dan mendatangkan bahaya kepada negara.

Di dalam kes Indra Ghandi, mahkamah persekutuan memutuskan atas dasar BSD bahawa mahkamah sivil lebih tinggi dari mahkamah shariah. Mahkamah shariah adalah setaraf tribunal contohnya tribunal konsumer.

Bagaimana mahkamah persekutuan mencapai keputusan ini? Sebelum menyentuh kedudukan mahkamah shariah, mahkamah persekutuan antara lain menyatakan apakah prinsip Basic Structure dari kanada. Prinsip utama adalah “A constitution must be interpreted in light of its historical and philosophical context…” Yakni perlu melihat sejarah dan falsafah perlembagaan.

Dari prinsip asas tersebut, mahkamah kemudiannya melihat status mahkamah shariah. Mahkamah terus menyatakan “in as much as Civil Courts are ensconsed within the Constitutional framework, Syariah Courts are as yet non-existent, until such time when the State Legislature makes law to establish them”. Bermakna bukan seperti mahkamah sivil yang termaktub /dilindungi dalam kerangka perlembagaan, mahkamah shariah tidak wujud sehingga negeri menggubal kewujudannya.

Pada saya ini sahaja tidak tepat dalam konteks sejarah, falsafah dan pemakaiannya. Semua orang tahu mahkamah shariah ini wujud jauh sebelum merdeka lagi mungkin dari zaman melaka. Waktu british pun mereka akui Islamic law is the law of the land. (Ramah laton). Bagi perak yang mana peruntukan Enakmen negeri perak dicabar, mahkamah shariah memang wujud sebelum british datang ke malaysia dan mempunyai bidangkuasa yang luas. Apabila british datang, Undang99 perak digubal yg merangkumi kesalahan2 jenayah. Pada 1904, enakmen 198 Muhammad laws jelas mewujudkan kuasa jenayah shariah bagi mahkamah shariah dan pada 1939 bidangkuasa ini dipertingkatkan kepada penjara 5 tahun. Mahkamah terus berfungsi sehinggalah pada tahun 1965 di mana mahkamah telah disusun semula dan ditambah di bawah undang2 pentadbiran agama islam 1965.

Sedikit pun sejarah di atas tidak dipertimbangkan oleh mahkamah persekutuan dalam kes Indra Ghandi. Jelas pada 1957 mahkamah shariah sudah wujud lama. Ia bukan wujud 1965. Apabila kita merdeka, perlembagaaan terus mengiktirafnya melalui Artikel 162. Kenapa semua sejarah ini tidak diambil kira untuk menentukan struktur asas. Adalah tidak tepat untuk menggambarkan mahkamah shariah tidak wujud walhal sudah wujud jauh lebih lama dari 1957. Saya boleh setuju bidangkuasa mahkamah shariah kini hanya ditentukan oleh undang2 negeri2 tetapi isu kewujudan mahkamah shariah sepatutnya tidak menjadi asas pertimbangan. Mahkamah shariah ini diiktiraf oleh perlembagaan kita dan pada setiap masa sudahpun wujud sebelum 1957. Ia sudah termaktub di dalam kerangka perlembagaan kita.

Pada saya isu ini tidak betul2 dihujahkan dan diputuskan. Not properly ventilated. Meskipun begitu ia sudah mengikat kita. Dari perbalahan individu kes Indra Ghandi satu negara telah terikat dengan keputusan menyeluruh begini. Dan apabila mahkamah tentukan ini asas perlembagaan melalui BSD, ia menyekat kita dari menggubal undang2 untuk membetulkannya. Inilah permasalahan BSD.

1663987284563.png
 
Lukman Sheriff mengemaskini statusnya.​

4j ·

Kenapa pula kita ada masalah beri kuasa kehakiman kepada institusi mahkamah shariah?

Mahkamah shariah bukan tribunal biasa. Ia ada bidangkuasa jenayah. Kalau muslim berjudi ataupun mengajar ajaran sesat, ini satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara. Dan semua2 undang2 itu mestilah diluluskan oleh dewan undangan setiap negeri. Kalau tidak mahkamah shariah tidak boleh kuatkuasakannya. Dan bidangkuasa dan undang2 ini sudah ada beratus tahun sebelum perlembagaan wujud. Mana ada tribunal lain begini.

Untuk melaksanakan di atas, bukankah mahkamah shariah perlu kuasa kehakiman? Kenapa kuasa kehakiman patut eksklusif pada mahkamah sivil? Tiada masalah patutnya mahkamah shariah ada kuasa kehakiman. Sebab itu pindaan perlembagaan dibuat pada tahun 1988 ke atas Artikel 121. Kuasa kehakiman tidak sepenuhnya kepada mahkamah sivil. Mahkamah shariah ada kuasa kehakiman yang mahkamah sivil tidak boleh campurtangan.

Kita dah terbalik sekarang sehingga semua jenayah shariah bakal jatuh satu persatu. Apa lagi akan tinggal kalau ini berterusan.
 
Cek mek nak minta cuba list apa kebaikkan DBS secara ringkas.. Nak tgk juga.. Apa yg kita boleh capai dgn DBS.. ?

Cth kita boleh implement hukum islam dgn lebih mudah ?

Ada possibility ?

tn jaws, sori sori saya terlepas pandang soalan tuan

nanti saya jawab ye
 
Back
Top
Log in Register