BTC USD 86,273.8 Gold USD 4,152.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Zainul Rijal Abu Bakar​

1j ·

Pertahan Ciri Asas Perlembagaan

1. Mukaddimah
Ramai dari kalangan peguam dan bukan peguam telah bercakap mengenai doktrin struktur asas atau dalam bahasa Inggerisnya Basic Structure Doctrine (BSD). BSD adalah suatu konsep yang berasal dari India. Sebelum daripada ini para Hakim di Malaysia menolak penggunaan doktrin asing bagi mentafsir Perlembagaan Persekutuan namun sejak kebelakangan ini penolakan tersebut telah menjadi kabur.

BSD yang cuba diterima dan diperkenalkan oleh Mahkamah Persekutuan sekarang ini mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Pendirian bahawa Perlembagaan kita mempunyai “basic structure” (struktur asas) yang ditentukan oleh Mahkamah dan tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

(ii) Atas nama semak dan imbang, Mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop stuktur asas (basic structure) tersebut.

(iii) Mana-mana undang-undang ataupun pindaan perlembagaan digubal oleh Parlimen, yang bertentangan dengan struktur asas (basic structure) ditentukan Mahkamah adalah tidak berpelembagaan, dan menjadi tidak sah.

Rencana ini ditulis bukan disebabkan penghakiman mahkamah yang membabitkan mana-mana ahli politik baru-baru ini tetapi merupakan pemerhatian saya mengenai BSD yang digunapakai oleh mahkamah di dalam beberapa kes sejak sebelum 2018 lagi seperti kes Semenyih Jaya, Indira Ghandi dan lain-lain.

Ramai yang sudah bercakap mengenai BSD tetapi tidak ramai yang berbincang mengenai ciri asas (fundamental features) Perlembagaan Persekutuan.

2. Asal BSD
Sebagaimana yang dinukilkan di atas, BSD ditemukan oleh Hakim-Hakim di India berdasarkan penghakiman yang dibuat oleh mereka. Saya tidak berhasrat menyebut satu-persatu penghakiman tersebut kerana ia bersifat agak teknikal dari sudut perundangannya.

Penelitian Tun Hamid tentang doktrin ‘Basic Structure’ di India yang saya petik melalui penulisan beliau adalah seperti berikut:-
‘Saya masih ingat saya pernah membaca satu artikel dalam majalah Time tujuh atau lapan tahun lalu mengenai Parlimen India. Saya menyimpan artikel itu, tetapi kerana pindah rumah dan keadaan saya sekarang, saya tidak dapat mengesannya. Artikel itu mendedahkan beberapa fakta yang tidak dapat dibayangkan mengenai ahli-ahli Parlimen India. Saya akan menceritakan hanya satu sahaja.

Pada masa artikel itu ditulis, 17 orang ahli Parlimen India telah disabitkan kerana kesalahan membunuh. Oleh kerana rayuan mereka masih belum selesai dan hukuman mereka digantung sehingga pelupusan terakhir oleh Mahkamah Agung, mereka bebas untuk bertanding dan menjadi ahli parlimen. Oleh sebab masa yang diambil untuk kes-kes itu diselesaikan adalah lebih kurang 30 tahun, tempoh itu adalah cukup panjang bagi kerjaya politik mereka!

Itulah keadaan di India pada masa itu yang menyebabkan hakim-hakim itu memberi penghakiman sedemikian. Walau bagaimana pun, jika ianya benar sekalipun, saya mengatakan bahawa itu bukanlah satu justifikasi bagi hakim-hakim untuk mengambil alih bidang kuasa badan perundangan’

Oleh itu jelas BSD di India adalah pertembungan antara badan kehakiman dan ahli politik yang telah disabitkan atas pelbagai kesalahan di India.

Di Malaysia pengimportan BSD dalam kes Indira Ghandi yang mana antara lain Mahkamah Persekutuan memutuskan walaupun terdapat Perkara 121(1A) yang menyetakan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa kepada perintah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa kerana bidangkuasa kehakiman sedia ada mahkamah tinggi tidak boleh disekat walaupun dengan peruntukan perlembagaan.

3. Takrifan BSD
Apabila kita bercakap tentang BSD kita perlu faham tiga ciri BSD seperti yang telah saya sebut di awal tulisan ini. Bagi kemudahan saya ulangi di sini iaitu:-
i) Pendirian bahawa Perlembagaan kita mempunyai “basic structure” (struktur asas) yang ditentukan oleh Mahkamah dan tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

(ii) Atas nama semak dan imbang, Mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop stuktur asas (basic structure) tersebut.

(iii) Mana-mana undang-undang ataupun pindaan perlembagaan digubal oleh Parlimen, yang bertentangan dengan struktur asas (basic structure) ditentukan Mahkamah adalah tidak berpelembagaan, dan menjadi tidak sah.

Oleh hal yang demikian, apabila kita bercakap tentang BSD samada menyokong atau membantah tiga faktor di atas hendaklah menjadi pertimbangannya. Kita tidak seharusnya membawa pengertian lain tentang BSD mengikut acuan sendiri kerana ciri BSD yang maksudkan Mahkamah adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Penggunaan istilah yang sama bagi merujuk kepada perkara lain mungkin akan mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat dalam memahami serta menilai keboleh terimaan BSD di dalam perundangan Malaysia.

4. Analisa di Malaysia
Tiada dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukan yang menyatakan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang tidak boleh dipinda. Dengan alasan ini sahaja ciri pertama BSD dinafikan.

Jika kita lihat Perlembagaan Jerman, terdapat peruntukan yang jelas menyatakan beberapa perkara di dalam Perlembagaan Jerman yang tidak boleh dipinda sama-sekali berbeza dengan ketiadaan peruntukan yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia.

Namun menilai dari sudut objektif Perlembagaan, sejarah dan ‘grundnorm of the society’ terdapat ciri-ciri asas (fundamental features) Perlembagaan Persekutuan yang mana ia masih boleh dipinda tetapi disukarkan dengan prosedur antaranya memerlukan persetujuan dua pertiga ahli Parlimen dan pekenan Raja-Raja Melayu seperti :
Pada pandangan saya perkara-perkara tersebut adalah ciri asas (fundamental features) kepada Perlembagaan Persekutuan bukan BSD. Mahkamah tidak boleh mengatasi kehendak rakyat kerana pada masa ini demokrasi adalah alat yang digunakan untuk menilai kehendak rakyat. Malah timbul persoalan pula siapakah yang akan melaksanakan semak dan imbang terhadap keputusan mahkamah. Hal ini akan menjadikan mahkamah mengatasi badan-badan lain (judicial supremacy).

Malah di dalam Perlembagaan Persekutuan juga terdapat pelbagai asas yang meletakkan kepentingan hidup beragama yang menjadi paksi atau tiang seri kepada negara. Pasak ini diperkukuhkan umpamanya dengan kedudukan tinggi agama Islam di mana terdapat banyak peruntukan yang memberi keistimewaan kepada agama Islam termasuklah sumpah Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki takhta dengan menggunakan sumpah berlandas syariah menggunakan nama Allah memelihara agama Islam dan pemerintahan yang adil.

Dalam konteks mahkamah juga (samada sivil atau syariah) kebebasan mahkamah untuk membuat keputusan yang adil tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana badan lain termasuk eksekutif dan legislatif. Hal ini juga merupakan ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman juga adalah ciri asas yang dizahirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketiga-tiga badan ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri urusan badan lain.

Umpamanya pihak eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman begitu juga sebaliknya. BSD yang saya lihat akan menjadikan kehakiman lebih tinggi dari eksekutif dan legislatif. Malah ia menjadi lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan.

5. Perbezaan antara BSD dan Ciri Asas (Fundamental Features)
Perbezaan asas yang utama antara BSD dan ciri asas ialah BSD mempelopori anutan terdapat peruntukan Perlembagaan yang tidak boleh dipinda dan mahkamah yang berkuasa menentukannya. Manakala mengikut kaedah ciri asas (fundamental features) kesemua peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui tahap kesukaran yang berbeza prosedurnya.

Ciri asas atau fundamental features boleh diperolehi dari sejarah perlembagaan itu sendiri, objektif dan nilai yang ingin dibawa oleh Perlembagaan dan kehendak masyarakat ketika menggubal Perlembagaan. Oleh itu tidak sukar bagi kita mengenalpasti ciri asas Perlembagaan itu.

Pada pandangan saya kedudukan Islam, Melayu Raja adalah termasuk dalam ciri asas (fundamental feature) bukan BSD. Bukanlah saya mengajak untuk meminda peruntukan ini tetapi Perlembagaan tidak mengecualikannya dari pindaan.

Kebebasan Kehakiman, bidangkuasa asal mahkamah (inherent jurisdictions of the court, civil and shariah) juga adalah termasuk dalam fundamental features bukan BSD.

Tiada BSD di Malaysia kerana semua perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui tahap kesukaran yang berbeza
Nilai-nilai tradisional yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada ‘grundnorms’ masyarakat perlulah dihormati. Ia hanya boleh dipinda dalam tahap kesukaran yang tinggi. ‘Grundnorms’ masyarakat ini pula boleh berubah mengikut peredaran masa dan masyarakat.

Mungkin secara teori atau ideal, ada yang mahu perkara-perkara tertentu tidak boleh dipinda tetapi secara praktikal ia masih boleh dipinda melalui kaedah tertentu. BSD yang difahami oleh sebahagian dari kita pula sebenarnya berlainan dari apa yang telah ditentukan oleh mahkamah setakat ini. Mahkamahlah (dan bukan rakyat) yang menentukan apa yang terjumlah di dalam BSD itu.

Hanya Al Quran yang tidak boleh dipinda.

6. Kesimpulan
Berdasarkan kepada ketiadaan peruntukan yang jelas memberi kuasa kepada mahkamah dalam perkara BSD ini saya berpandangan BSD tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan perlu ditolak. Kuasa sesebuah mahkamah lazimnya hendaklah jelas dan tersurat, kuasa tidak boleh dimiliki secara tersirat. Oleh itu punca kuasa BSD ini kepada mahkamah tidaklah secara tersurat ataupun jelas diperuntukkan seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan Jerman umpamanya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri asas (fundamental features) yang perlu dipertahankan di dalam Perlembagaan seperti kedudukan istimewa agama Islam, orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain, kebebasan kehakiman dan lain-lain yang membentuk jatidiri negara. Walaupun ia boleh dipinda kesukaran memindanya dengan pelbagai syarat yang ketat akan menjadikan usaha memindanya tidak berhasil.

Apapun pandangan yang saya garap di atas ia merupakan pandangan peribadi saya sendiri. Saya akur badan yang paling berotoritatif mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan adalah Mahkamah Persekutuan sendiri. Pandangan ini melontar idea kenapa perlu ditolak BSD dalam sistem perundangan kita sahaja.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
14 September 2022
 

يوسفاريزال يوسف​

1j ·

KUASA SEDIA ADA DAN SEMAKAN KEHAKIMAN MAHKAMAH SIVIL

Ada peguam (yang menerima BSD) menyatakan bahawa beza antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah adalah seperti berikut:-
1f4a1.png
Mahkamah Sivil dibentuk melalui Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan, dan diberi bidangkuasa sedia ada dan semakan kehakiman dibawah Artikel 4(1), sementara Mahkamah Syariah dibentuk dibawah Enakmen negeri dan diberi kuasa dibawah Enakmen negeri. Sebab itu, Mahkamah Syariah adalah Tribunal Bawahan.

Tentulah tidak sama sesuatu yang diwujudkan oleh Perlembagaan sendiri, dan Enakmen Negeri sahaja, kata mereka.

Jawapan:-
1. Artikel 4(1) PP berbunyi:-
“1) This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void”

Ia menyatakan tentang keulungan Perlembagaan. Ia tidak langsung menyatakan tentang bidangkuasa sedia ada Mahkamah Sivil. Paling relevan pun adalah Artikel 4(4) yang mensyaratkan permohonan untuk membatalkan undang-undang (yang dikatakan bertentangan dengan PP) perlu dibuat di Mahkamah Persekutuan.

2. Bidang kuasa sedia ada termasuk semakan kehakiman Mahkamah Sivil adalah diperuntukkan melalui akta Parlimen, bukan Perlembagaan.

3. Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sedia ada (inherent jurisdiction)

4. Aturan 53 KKM 2012 menyatakan tentang prosedur yang perlu diikuti dalam prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi mengesahkan kuasa mahkamah untuk semakan kehakiman.

5. Seksyen 23 & 24 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Sivil untuk membicarakan kes-kes sivil.

6. Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberikan kuasa spesifik kepada Mahkamah Tinggi Sivil untuk memberikan writ prerogatif termasuk writ mandamus, quo waranto dan certiori (remedi biasa dalam semakan kehakiman)

7. Kesemua yang saya sebutkan diatas adalah Akta-Akta yang digubal Parlimen untuk memberikan kuasa/bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil. Kuasa Mahkamah Sivil bukan diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan ATAU apa-apa “basic structure doctrine”, tetapi diberikan oleh Akta Parlimen.

8. Mahkamah Syariah pula diberi kuasa menurut Enakmen negeri yang digubal DUN, dan bukan juga Perlembagaan. Maka tiada bezanya antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dari segi keperlembagaannya dan kedudukannya.

9. Pendapat ini bukan pendapat saya sahaja. Ia juga dipersetujui oleh Yang Arif Hakim Zabariah, dalam kes Iki Putra. Penghakiman Reservasi beliau menyebut:-
1f7e9.png
“(1) Sementara saya menyetujui keputusan-keputusan yang dicapai oleh Yang Arif Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar Malaya, saya akan, dengan hormatnya, menyatakan reservasi terhadap pemerhatian yang dibuat dalam perenggan 64 penghakiman Yang Arif Ketua Hakim Negera bahawa ‘the judgments of this court in Semenyih Jaya Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat & Another Case and Indira Ghandi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors And Other Appeals, in all cases, the civil superior courts retain supervisory jurisdiction which is inherent in their function under arts. 4(1) and 121(1) of the FC’.

(2) Kuasa mahkamah diperoleh dari per. 121(1) dan bukan per. 4(1) Perlembagaan (Rovin Joty & Ors v. Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors). Perkara 4(1) adalah peruntukan deklarasi terhadap keagungan Perlembagaan sebagai undang-undang persekutuan dan bahagian selebihnya per. 4 berkait dengan cara mencabar apa-apa undang-undang yang tidak konsisten dengan Perlembagaan atau ketidakkonsistenan perundangan relevan apabila menggubal undang-undang tertentu. Perkara 121(1), yang berkait dengan kuasa kehakiman mahkamah, dan yang termasuk bidang kuasa penyeliaan, sebaliknya, jelas memperuntukkan bahawa bidang kuasa dan kuasa mahkamah diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.

(3) Berkaitan dengan kuasa sedia ada mahkamah, itu tidak diperuntukkan bawah per. 4(1) Perlembagaan tetapi bawah A. 92 k. 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan statut-statut relevan khas lain yang diguna pakai dalam satu-satu kes, iaitu, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Bidang kuasa penyeliaan mahkamah, yang termasuk bidang kuasa rayuan dan semakan, diperuntukkan dalam per. 121(1), 121(1B) dan 121(2) Perlembagaan, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan undang-undang Persekutuan, dan bukan per. 4(1)”.
1f7e9.png


10. Oleh yang demikian, saya berpendapat (secara akademiknya) bahawa kuasa semakan kehakiman Mahkamah Sivil adalah kuasa yang diberikan melalui Akta Parlimen, dan bukan Perlembagaan Persekutuan atau “basic structure doctrine”.

11. Maka, tidak ada asas langsung untuk menyatakan bahawa “basic structure doctrine” ini menjadikan kuasa semakan kehakiman hanya terletak pada Mahkamah Sivil dan tidak boleh diberikan kepada Mahkamah Syariah.

12. Kalau Parlimen boleh menggubal Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberikan kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk semakan kehakiman, Parlimen/DUN juga boleh menggubal Akta/Enakmen untuk memberikan kuasa yang sama kepada Mahkamah Syariah.

Wallahu’alam
YUSFARIZAL YUSSOFF
 

Lukman Sheriff​

52m ·

Utk BSD, pelopor terbesar adalah Gopal Sri Ram. Dia yang memulakan dan memperkenalkannya sebagai hakim. Sebab itu saya nampak imprint sri Ram merata dalam BSD. Kita kena jelas apa pendirian Sri Ram tentang pindaan perlembagaan prof ahmad Pada tahun 1988 dalam pertingkatkan mahkamah shariah. Sri Ram nak kita kembali sebelum 1988. Ini lapuran lama dahulu cuma nak tunjuk tentangan sebaliknya.
Tolak BSD. Bantah BSD.

1663289195501.png
 
Senang je nak lipat Gopal Sri Ram atau hakim atau pendokong BSD ni......pinda je perkara 152.

Undang-undang ditulis dalam bahasa melayu.

Baru berbuih mulut dorang nak tafsir dalam bahasa melayu
Mau MP DAP sokong usul ni? Bertuah.
 

Lukman Sheriff​

Semalam jam 7:13 PG ·

Doktrin BSD sebenarnya sudah membelakangkan pindaan perlembagaan 1988.

Pada tahun 1988, ada dua pindaan penting yang dibuat kepada perlembagaan kita. Kedua2 berkait. Satu pindaan 121 (1) dan satu lagi pindaan 121 (1A). 121(1A) tidak boleh berkesan pada saya jika 121 (1) tidak dipinda.

Apa dia pindaan 121 (1) dan 121 (1A)?

Pindaan 121 (1) adalah pindaan yang mengatakan “kuasa kehakiman” adalah sepertimana yang ditetapkan oleh Parlimen. Berikutan itu, 121 (1A) dipinda menyatakan mahkamah sivil tiada hak untuk menyentuh bidangkuasa shariah.

Sebelum pindaan ini dibuat, mahkamah sivil beberapa kali membuat keputusan membelakangkan undang2 bertulis dengan mengikut undang2 luar negara. Mengikut Tun Mahathir ketika itu, kita mempunyai peradaban tersendiri dan dengan menggunakan undang2 luar, “mahkamah membuat interepretasi yang lari jauh daripada maksud dan semangat sesuatu undang2 itu digubal.” Mereka “tidak terikat dengan tujuan dan maksud undang2 yang digubal oleh Parlimen.” Semua keterangan dan penjelasan di Parlimen adalah sia2 belaka.

Tun kemudiannya menerangkan mahkamah sivil sering campurtangan keputusan mahkamah shariah. Ini menimbulkan tidak puas hati di kalangan umat Islam. Maka pindaan 121 (1A) diperkenalkan untuk menjamin kewibawaan mahkamah shariah.

Kini mahkamah sivil sudah memutuskan kuasa kehakiman adalah eksklusif pada mereka. Mereka memperkenalkan BSD dan undang2 dari India kanada dan pelbagai untuk menjustifikasikan kenapa pindaan kepada kuasa 121 ini tidak dibolehkan. Adalah jelas pindaan 121(1) sudah jatuh dan tidak dihormati oleh mahkamah kini. Atas dasar BSD ini, Mahkamah kemudiannya memutuskan sebagai struktur asas perlembagaan bahawa mahkamah sivil lagi tinggi dari mahkamah shariah dan ini bermakna tidak boleh diubah selepas ini. Sementara itu banyak kes2 shariah dicabar di mahkamah sivil. Dalam Ikiputra, mahkamah persekutuan sudahpun menetapkan negeri tiada lagi bidangkuasa membuat undang2 jenayah dan telah membuka ruang untuk satu per satu jenayah shariah dicabar dan jatuh.

Adalah jelas kini kewibawaan dan bidangkuasa mahkamah shariah sudah pun tergugat. Satu demi satu strategik litigation dibawa mencabar kedudukan ini. Keadaan kita kini pada saya adalah lebih teruk dari 1988. Ketika itu ia menimbulkan keadaan tidak puas hati di kalangan umat Islam. Tetapi kini cuba kita lihat sekeliling. Kita sibuk bertelingkah sesama sendiri dan tak tahu dan tak kisah pun kuasa ini sudahpun jatuh. Macam manalah kita sampai di sini?

Jom saudaraku. Kita perlu bergerak.


1663551667876.png

1663551677648.png



1663551686184.png




1663551695348.png


1663551705811.png

 
Back
Top
Log in Register