BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

3j ·

Alhamdulillah, utusan pun membuat coverage bantahan kita.

1662601825570.png
 

‎يوسفاريزال يوسف‎ bersama Lukman Sheriff​

1j ·

“DOCTRINE BASIC STRUCTURE” (DBS) BOLEH MENGGUGAT KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH
——————————
SIAR RAYA

Petisyen bantahan telah dimulakan. Mohon sokongan sahabat-sahabat untuk sama-sama turut serta dalam kerja amal ini dengan menandatangani petisyen di pautan berikut:-
https://chng.it/Z5hWSmfMsL
Pohon dibaca ulasan ringkas dibawah sebelum tandatangan. Kita perlu sama-sama faham
——————————-
ULASAN RINGKAS

Bidangkuasa Mahkamah Syariah diperkasa selaras pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988. Pindaan ini dibuat oleh Parlimen lantaran jerik perih Allahyarham Tan Sri Prof Emeritus Dr Ahmad bin Ibrahim untuk menyelesaikan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah yang sering dicampuri oleh Mahkamah Sivil.

Perkara 121(1A) menyebut:-
1f4a1.png
“(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1)(Mahkamah Tinggi) TIDAKLAH MEMPUNYAI BIDANGKUASA berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah”
1f4a1.png


Lama dahulu sebelum kolonial menjejak kaki, hukum Islam dan sistem kehakiman Islam diamalkan meluas di Tanah Melayu. “The Mohammedan law is not a foreign but local law, that it is the law of the land” (Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA))

Begitu bagaimana Mahkamah British sendiri mengiktiraf kedudukan sistem kehakiman Islam di Tanah Melayu. Namun, sistem kehakiman Islam itu terus-terusan dicabar.

Walaupun setelah Perkara 121(1A) dimasukkan, cabaran-cabaran ini tetap diteruskan. Namun, ia dilakukan secara sistematik dengan cara litigasi berstrategik (strategic litigation). Ia bermaksud cabaran dibuat berdikit-dikit, satu persatu bermula dari isu kecil sehingga ke isu besar.

Agar kita leka dan tidak perasan.
1f7e9.png
Cabaran Peringkat Pertama
Cabaran dimulakan diperingkat pertama dengan mencabar tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pihak berkuasa berkaitan isu agama.
31_20e3.png
Keputusan pengislaman dan pendaftaran mualaf seringkali dicabar di Mahkamah Sivil seperti kes Soon Singh (1992), Siti Hasnah Vengarama (2014) dan sebagainya.
32_20e3.png
Keputusan JPN tentang status Islam dalam kad pengenalan dicabar dalam kes Lina Joy (2007). Keputusan pendakwa syarie dicabar dalam kes Nik Raina (2015).
33_20e3.png
Keputusan Mahkamah Syariah tentang hak jagaan anak dicabar semula di Mahkamah Sivil dalam kes Subashini (2008).
34_20e3.png
Begitu juga keputusan Kementerian Dalam Negeri tentang penggunaan kalimah Allah dicabar dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop (2014) dan Jill Ireland (2015).

Semua ini adalah cabaran-cabaran tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu agama Islam melalui SEMAKAN KEHAKIMAN kebanyakannya.

1f7e9.png
Cabaran Peringkat Kedua
Langkah kedua yang lebih maju ialah cabaran terhadap Undang-Undang berkenaan hukum syarak pula. Di peringkat ini, undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri tentang Senarai Negeri yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dicabar di Mahkamah Sivil.

31_20e3.png
Dalam kes Sulaiman Takrib (Ayah Pin)(2009), Seksyen 10 Enakmen Terengganu tentang perlanggaran fatwa dicabar sebagai tidak sah kerana melanggar Perlembagaan.

32_20e3.png
Dalam kes Juzaili (2015), Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan tentang pemakaian silang (cross dress) dicabar sebagai tidak sah.
Walaupun cabaran-cabaran sebegini dibuat sekitar 1992 - 2015, kita melihat Mahkamah rata-ratanya masih memutuskan dengan jelas bahawa kesemua perkara-perkara ini masih berada dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121(1A)(kecuali kes Kalimah Allah). Mahkamah ketika tahun-tahun ini masih mempertahankan kedudukan Mahkamah Syariah.

1f7e9.png
Arah aliran (trend) terkini
31_20e3.png
Pada tahun 2018, dalam kes Indira Gandhi Mutho, cabaran dibuat terhadap Jabatan Agama Islam Perak dan Pendaftar Muallaf tentang pengislaman 3 kanak-kanak. Mahkamah Persekutuan melalui 5 orang Hakim memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa untuk menyemak tindakan pendaftaran keislaman 3 kanak-kanak tersebut, dan bukan Mahkamah Syariah.

32_20e3.png
Dalam kes Iki Putra (2021) pula, Seksyen 28 Enakmen Selangor tentang kesalahan liwat pula dicabar, dan Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen ini tidak sah kerana kesalahan liwat adalah jenayah yang berada dibawah kuasa Parlimen untuk digubal, bukan DUN. Bukan Mahkamah Syariah walaupun ia adalah kesalahan jenayah syariah.

33_20e3.png
Yang terbaru, dalam kes Sisters In Islam, Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dicabar di Mahkamah Persekutuan. Seksyen ini memberikan kuasa SEMAKAN KEHAKIMAN kepada Mahkamah Syariah untuk menyemak keputusan dan tindakan pihak berkuasa agama termasuk fatwa. Ia diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan dengan kekuatan 9 orang hakim, sebagai tidak sah kerana “kuasa Semakan Kehakiman” adalah kuasa Mahkamah Sivil semata-mata berdasarkan “doctrine basic structure” dan TIDAK BOLEH DIBERIKAN kepada mana-mana pihak termasuk Mahkamah Syariah.

Ia sekaligus seolah-olah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai rendahan daripada Mahkamah Sivil selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi (2018) yang menyebut:-
203c.png
1f4a1.png
“As has been illustrated, civil and Syariah courts are distinct in nature and status: the former established under the Federal Constitution and vested with inherent judicial powers; whereas the latter are creatures of State legislation under the State List, and akin to INFERIOR TRIBUNALS (Tribunal rendahan)”
1f4a1.png


(Terjemahan ditambah)

Saudara,
Peringkat seterusnya cabaran-cabaran ini boleh jadi pelbagai. Tidak mustahil, setelah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai tribunal rendahan, Artikel 121(1A) tersebut sendiri akan dicabar atas dasar “doctrine basic structure”.

1f7e9.png
Doctrine Basic Structure
“Doctrine Basic Structure” ini bermaksud, walau apapun undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN termasuk pindaan Perlembagaan, ia boleh dibatalkan oleh Mahkamah Sivil sekiranya ia bertentangan dengan “basic structure” Perlembagaan. Takrif “basic structure” ini pula terpulang kepada Mahkamah yang banyak memandang kepada contoh luar seperti India dan Canada.

Contoh yang saya berikan tadi tentang kuasa Semakan Kehakiman yang tidak boleh diberikan kepada Mahkamah Syariah adalah salah satu “basic structure” yang diisytihar Mahkamah. Ia tidak terhad disitu.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Ia tidak dipertikaikan. Ia mengandungi asas pembentukan negara seperti institusi raja-raja, kedudukan bumiputera dan Bahasa Melayu, kedudukan Islam, dan juga hak-hak asasi yang termaktub mengikut acuan kita.

Mengimport “doctrine basic structure” yang terlalu mencapah dan tidak terikat kepada perkataan tersurat Perlembagaan Persekutuan adalah sangat berbahaya. Sebab itu kita perlu membantah aplikasi “doctrine basic structure” cedokan luar ini yang tidak terkawal.
Ya, sekiranya Parlimen menggubal undang-undang yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja atau perkara asas lain yang termaktub, ia boleh dicabar. Tetapi bukan dengan cara yang berlaku sekarang.

Kerana ia bukan sahaja mengancam doktrin pengasingan kuasa dan seolah-olah menuju ke arah “judicial supremacy”, tetapi ia nampaknya semakin mengancam Perkara 121(1A) yang kita perjuangkan selama ini

Wallahu’alam
YUSFARIZAL YUSSOFF
#bantahdoktrinbasicstructure
——————-
Petisyen bantahan telah dimulakan. Mohon sokongan sahabat-sahabat untuk sama-sama turut serta dalam kerja amal ini dengan menandatangani petisyen di pautan berikut:-
https://chng.it/Z5hWSmfMsL

1662603470312.png
 
Gerakan Daulat tolak Doktrin Struktur Asas BSD

Untitled11.jpg


MELIHAT kepada keadaan semasa dan beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak berpihak kepada Islam serta menginsafi terdapatnya gerakan tersusun untuk menggunakan Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara;

Maka sesungguhnya Gerakan Daulat yang telah dilancarkan pada 6 September 2022 bersamaan 9 Safar 1444H berpendirian:

1. Terdapat ancaman jelas terhadap perundangan Islam di dalam negara.

2. Usaha perlu dilakukan segera untuk mendaulatkan kembali Islam berasaskan kedudukannya seperti termaktub di dalam perlembagaan.

Oleh yang demikian, Gerakan Daulat ingin menegaskan perkara berikut:

1. Menolak sebarang bentuk penggunaan Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara yang memberikan ruang kepada para hakim untuk menafsirkan undang-undang tanpa melihat kepada latarbelakang negara ini yang berasaskan kepada Islam sebagai agama Persekutuan.

2. Menegaskan bahawa asas negara ini yang bertunjangkan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu, adat istiadat Melayu serta penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi mestilah dipertahankan dan sebarang bentuk penghakiman tidaklah boleh dilihat bercanggah dengannya.

3. Menyeru seluruh rakyat Malaysia dan pihak berkepentingan seperti pembuat undang-undang dan badan kehakiman untuk bersama-sama menolak Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara.

4. Penganjuran konvensyen besar-besaran akan diadakan dalam tempoh terdekat untuk menolak Doktrin Struktur Asas yang dicedok daripada luar negara.

Sekian Terima kasih.

“Pertahan Kedaulatan Islam”

PROFESOR DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Pengerusi Gerakan Daulat
7 September 2022 bersamaan 10 Safar 1444H
 

Lukman Sheriff​

3j ·

Ramai tak faham. Kalau ikut BSD, kita dinafikan hak untuk menaiktaraf mahkamah shariah setaraf mahkamah sivil. Dahlah tu kalau ikut kes Iki Putra, kesalahan jenayah shariah bakal jatuh satu persatu. Konsep dualisma undang2 tergugat dan kita boleh duduk diam sahaja?

Tengok seminar ini. Mereka semangat perkukuhkan BSD. Semua tahu Tun Hamid menentang BSD setelah bertulis berkali2, tetapi Tun Hamid tidak pun dijemput. Saya tak nampak pun yang menentang BSD memberi pandangan kontra. Kebanyakan yg saya tahu adalah belah kiri. (TS Ariff, Clive Kessler, Malik imtiaz etc)

Dan setelah tamat seminar ni saya percaya naratif pro-BSD akan terus diarusperdana oleh media kiri dan seperti biasa ramai termasuk kita akan menerima bulat2 sebagai kebenaran. Sementara itu kedudukan mahkamah shariah kita dikikis sedikit demi sedikit. Selama2 disebabkan BSD mahkamah shariah sama taraf dengan tribunal konsumer. Jauh sungguh dari sejarah asal mahkamah shariah kita.

Dan apa kita buat? Kita pula masih berpecah2 dan berpuak2. Segala jenis perbezaan diungkitkan untuk beri alasan tak bersama dan yang lebih teruk bergaduh. Saya tak minta perbezaan itu dihilangkan. Nak sokong dan menjadi partisan ikut masing2 lah. Nak sokong atau benci mana2 orang saya tak kisah. Tak perlu ubah. Tetapi dalam bab BSD dan kepentingan shariah kita berkerjasamalah. Itu saya minta.

Jadi saya beri masa sehingga bulan oktober nak buat ini. Selepas oktober, saya lihat negara kita akan terus hanyut terutamanya jika media kiri mengarusperdanakannya. Dahlah tu kalau ada pilihanraya isu ini akan terus tenggelam dan selepas election saya tak nampak tingkap lain sepertimana yang berlaku sejak saya menulis sejak 2018.

Saya percaya akhirnya Artikel 121 (1A) yang dibuat Arwah prof ahmad akan jatuh. Kalau lihat bagaimana BSD digarap, pindaan 1988 berkenaan 121 sebenarnya sudah dicabar dan dibelakangkan. Satu per satu jatuh saya lihat dengan kes Iki Putra dan SIS yang mana kita kalah 9-0.

Sebab itu saya rasa kita perlu bergerak sekarang walaupun menentang arus. Setakat ini baru permulaan saya lihat Alhamdulillah perkembangannya. Saya akan lihat milestone pertama pertengahan bulan oktober. Kalau kita kuat kita boleh mengatur sesuatu sebelum pertengahan bulan oktober ini seiring dengan usaha mereka. Tetapi kalau ramai memilih untuk berdiam diri sehingga oktober, tiada apa yang saya boleh lakukan. Tetapi saya akan berusaha sedaya mana sehingga oktober. Jom saudaraku kita bersama membantah BSD.
Saya baru mulakan petisyen ini. https://chng.it/Z5hWSmfMsL Tandatangan tuan Puan untuk menyokong gerakan ini.

#bantahdoktrinbasicstructure
#tolakdoktrinbasicstructure

1662601552073.png

1662601562251.png

1662601571701.png

Terima kasih mek kongsikan link
Selesai tandatangan petisyen 👍
 

Lukman Sheriff​

15m ·

Alhamdulillah. Satu gabungan NGO2 telah ditubuhkan menolak doktrin basic structure. Ia diketuai okeh Prof Dr Roslan dari UM. Saya difahamkan media2 lain tidak menyiarkan berita ini. Tidak mengapa. Saya harap dengan gabungan ini ia dapat terus membawa isu ini ketengah masyarakat. Saya hanya boleh buat apa yang mampu dan menjangkaui itu, terpulang kepada saudara sekalian dan badan2 lain.

Kepada yang belum tandatangani ini sila klik Pautan
https://chng.it/7TqW2hFwz6

1662685576435.png
 

يوسفاريزال يوسف​

1j ·

MEMAHAMI DBS

1662685641042.png




Lukman Sheriff​

2j ·

Snapshot DBS

Apa dia DBS?

DBS ialah doktrin “basic structure”. Ini adalah doktrin ketetapan mahkamah yang menyatakan:
1. Perlembagaan ada struktur asas
2. Struktur asas hanya boleh ditentukan oleh hakim
3. Keputusan hakim ini tidak boleh disemak imbang oleh Parlimen

Jadi apa masalah dengan ini?

1. Hakim mengatasi 2/3 Parlimen dan bagi sesetengah perkara, Majlis Raja2.

2. Badan kehakiman mengambil kuasa Parlimen untuk membuat undang2. Sepatutnya Parlimen buat undang2 dan mahkamah menginterpretasi undang2. Pengasingan kuasa diganggu gugat.

3. Kuasa kehakiman terlalu luas. Hakim2 mempunyai budibicara mutlak untuk tentukan asas perlembagaan. Undang2 menjadi arbitrari. Keputusan DBS tidak boleh diubah atau dipinda oleh Parlimen.

4. DBS menafikan hak untuk pertingkatkan mahkamah shariah setaraf dengan mahkamah sivil. Mahkamah shariah akibat DBS adalah sama taraf dengan tribunal konsumer. Ini jauh dari kedudukan asal sejarahnya.

5. Institusi Islam terancam. DBS membesarkan ruang mahkamah sivil campurtangan keputusan mahkamah shariah dan urusan institusi Islam.

6. DBS memungkinkan konsep hak asasi liberal barat dijadikan asas perlembagaan.

Doktrin “Basic Structure” yang dicedok dari India ini sebenarnya telah ditolak oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia berpuluh2 tahun lamanya sehingga sekitar 2018 dan oleh hakim2 agung kita seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid.

Tandatangan di pautan
https://chng.it/7TqW2hFwz6

#bantahdoktrinbasicstructure
#tolakdoktrinbasicstructure
 

Lukman Sheriff​

10 September jam 6:23 PG ·

Alhamdullilah pertiwi memberi coverage yg lebih mendalam. Terima Kasih pertiwi. https://www.facebook.com/tvpertiwi/videos/5840643065968971


TV Pertiwi telah bersiaran langsung.​

9 September jam 4:09 PTG ·




BASIC STRUCTURE DOCTRINE ANCAM PERLEMBAGAAN NEGARA - BULETIN PERTIWI JAM 4 - JUMAAT 9 SEPTEMBER 2022
Terima kasih kerana menjadikan Buletin Pertiwi sebagai info berita pilihan rasmi anda. Berita yang sahih, padat dan berinformasi ini boleh ditonton setiap hari dengan melayari portal tvpertiwi.com.my
#KeluargaMalaysia
#BuletinPertiwi
#DenyutJantungUmmah


 

Lukman Sheriff​

18j ·

Tun Hamid: Hakim bukan Parlimen

Tun hamid mengatakan di atas di satu simposium di UIA. Beliau menulis orang yang paling gembira keputusan ini adalah Gopal Sri Ram.

Pada saya Sri Ram adalah arkitek doktrin yang mempengaruhi mahkamah kini dan saya melihat imprint/tapaknya dalam kes2 BSD.

Tun Hamid kemudiannya menerangkan kenapa beliau membantah BSD. Saya petik:

“Saya perlu menekankan bahawa saya membantah prinsip struktur asas yang dicipta oleh hakim-hakim India itu di bawa masuk ke negara ini semata-mata berdasarkan prinsip dan bukan kerana sebab-sebab lain. Kita menyanjung tingggi doktrin kebebasan badan kehakiman, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, demokrasi berparlimen dan keutamaan perlembagaan. Kini, hakim-hakim memberi kuasa kepada diri mereka sendiri untuk meminda atau menulis semula perlembagaan.

Saya berdiri dengan apa yang saya katakan dalam penghakiman saya: Hakim bukan parlimen. Jika doktrin pemisahan kuasa hendak bermakna, semua tiga cawangan kerajaan iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman mestilah menghormati bidang kuasa satu sama lain.”

Saya ulang apa Tun Hamid kata: “hakim-hakim memberi kuasa kepada diri mereka sendiri untuk meminda atau menulis semula perlembagaan.”

Ini merbahaya tuan2 dan puan2. Hakim2 tidak accountable/bertanggungjawab kepada rakyat. Sebab itu dalam pengasingan kuasa, Parlimen diberi kuasa menggubal dan meminda perlembagaan. Kalau kita tak suka keputusan Parlimen, kalau nak kita boleh jumpa, marah dan maki wakil rakyat kita kalau kita mahu. Bukan saya syorkan ini tetapi sampai begitu sekali hak kita. Dan kalau kita tak suka juga wakil rakyat kita, kita boleh tukar mereka. Ini kuasa demokrasi kita. Sebaliknya, hakim2 kita tidak boleh ditukar atau dihubungi pun. Tetapi keputusan mereka mengikat kita. Dan yang lebih teruk, akibat doktrin ini dilaksanakan, kuasa Parlimen mengubah keputusan BSD telah diluputkan oleh hakim2 atas alasan bercanggah dengan struktur asas. Kita sebagai rakyat tiada remedi dan recourse untuk mengubahnya secara undang2.
Tuan2 dan Puan2 takkanlah kehakiman mengatasi 2/3 Parlimen dan bagi sesetengah perkara persetujuan Majlis raja2.

Kembalikan keluhuran perlembagaan. Tandatanganilah https://chng.it/7TqW2hFwz6

1662916489270.png

1662916500946.png
 
Back
Top
Log in Register