BTC USD 83,357.6 Gold USD 4,105.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

1j ·

Saya berbelah bahagi nak buat petisyen. Cuma kalau tak buat petisyen kita tak boleh tunjukkan sokongan kita. Politician kita kalau tak ramai mereka tak kisah. Kalau berpuluh2 ribu atau beratus ribu mereka confirm akan dengar kita. Baru kita boleh demand. Walauapapun cara lain saya usahakan.

Utk pilihan petisyen, saya lampirkan petisyen bantahan yang saya sediakan dua hari lepas bersama2 rakan2 guam saya.

Jom kawan2ku.
#tolakdoktrinbasicstructure
#bantahdoktrinbasicstructure
#tolakBSD


 

Bantahan Doktrin “Basic Structure”​

ueYdSrZAdSMgyuC-800x450-noPad.jpg


feIofYkXFQSZumm-48x48-noPad.jpg

Pendukung Perlembagaan started this petition
Bantahan rakyat ke atas penggunaan “Basic Structure Doctrine” (BSD) oleh Mahkamah Persekutuan.

1. Kami rakyat Malaysia ingin menzahirkan kebimbangan, ketidaksetujuan dan bantahan kami terhadap pemakaian “Basic Structure Doctrine” oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia kebelakangan ini.

2. “Basic Structure Doctrine” yang dicedok dari Negara India ini sudah ditolak penggunaannya oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia selama lebih 60 tahun dan oleh hakim-hakim agung kita seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Mohd Sufian dan Tun Abdul Hamid. Ini kerana pada pandangan mereka, kita tidak perlu mencedok acuan dari negara luar untuk memahami Perlembagaan Persekutuan kita, dan mereka juga mendaulatkan kuasa rakyat melalui parlimen untuk menggubal undang-undang atau meminda Perlembagaan Persekutuan.

3. Tetapi malangnya pada sekitar 2018, Mahkamah Persekutuan telah menggunapakai “Basic Structure Doctrine” dan menolak dan membelakangkan keputusan-keputusan Mahkamah tertinggi terdahulu.

4. Doktrin ini merbahaya kepada fabrik asas negara dan bakal menimbulkan pertembungan besar di negara kita. “Basic Structure Doctrine” yang cuba diterima dan diperkenalkan oleh Mahkamah Persekutuan sekarang ini mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Pendirian bahawa Perlembagaan kita mempunyai “basic structure” (struktur asas) yang ditentukan oleh Mahkamah yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen.
(ii) Atas nama semak dan imbang, Mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop stuktur asas (basic structure) tersebut.
(iii) Mana-mana undang-undang ataupun pindaan perlembagaan yang digubal oleh Parliamen, yang bertentangan dengan struktur asas (basic structure) yang ditentukan Mahkamah adalah tidak berpelembagaan, dan menjadi tidak sah.

5 Apa implikasinya?
5.1 Satu, walaupun persetujuan lebih 2/3 ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja2 telah diperolehi, mana-mana pindaan perlembagaan boleh menjadi tidak sah sekiranya ia difikirkan bertentangan dengan struktur asas (basic structure) oleh Mahkamah. Ini bertentangan dengan amalan pengasingan kuasa perlembagaan kita selama ini di mana hak menggubal undang-undang sepenuhnya terletak di dalam tangan rakyat melalui Parlimen dan untuk perkara-perkara tertentu melalui perkenan Majlis Raja-Raja.

5.2 Kedua, Perlembagaan Persekutuan kita tidak menyatakan secara tersurat apakah struktur asas (basic structure) Perlembagaan Persekutuan tersebut. Tidak seperti India di mana perlembagaannya dengan jelas dan nyata mempunyai peruntukkan (dalam bentuk Mukaddimah) yang telah diluluskan oleh Parlimen sebagai membentuk asas perlembagaan Negara India, Perlembagaan Persekutuan kita tidak mempunyai peruntukkan sedemikian (sama ada dalam bentuk Mukaddimah atau lain-lain).
Ini bermakna penentuan tentang apakah itu struktur asas (basic structure) Perlembagaan Persekutuan akan bergantung sepenuhnya kepada pendirian pendapat dan kecenderungan hakim-hakim. Kalau hakim adalah liberal maka unsur liberal boleh dimasukkan. Begitu juga jika konservatif.
Oleh kerana ia tidak tersurat dan terlalu subjektif, sehingga kini tiada siapa tahu dengan jelas skop lengkap struktur asas (basic structure) Perlembagaan Persekutuan dan apakah ciri-ciri yang membentuk struktur asas (basic structure) tersebut. Undang-undang kita menjadi tidak jelas, tidak menentu dan akan bergantung semata-mata kepada pendirian, pendapat dan kecenderungan hakim.

5.3 Setelah Mahkamah menentukan sesuatu struktur asas (basic structure) mengikut pendirian, pendapat dan kecenderungan mereka, dan mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau pindaan perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen sebagai tidak sah, tiada siapa lagi boleh mencabar keputusan Mahkamah tersebut. Mahkamah menjadi supreme. Semak dan imbang akan menjadi mustahil.
Di bawah konsep pengasingan kuasa yang kita telah amalkan sejak merdeka, Parlimen yang merupakan suara rakyat berhak menggubal undang-undang dan meminda perlembagaan sekiranya perlu lantaran daripada perubahan masa dan keadaan, walaupun ia bertentangan dengan keputusan mahkamah.
Terdapat beberapa kali keputusan Mahkamah tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat dan rakyat melalui Parlimen telah menggubal undang-undang baru atau meminda Perlembagaan bagi membetulkannya. Contohnya pindaan perlembagaan pada tahun 1988 dibuat kerana antara lain mahkamah sivil sering campurtangan (interfere) keputusan mahkamah shariah. Tetapi dengan “Basic Structure Doctrine” ini, kuasa Parlimen ini telah diambil (usurp) oleh Mahkamah. Sekiranya mahkamah tentukan mana2 perkara sebagai struktur asas perlembagaan, Parlimen tiada lagi hak untuk menggubal undang2 bagi membetulkannya. Ini sekali lagi jelas bertentangan dengan konsep pengasingan kuasa dan kuasa semak dan imbang (check and balance) yang dibayangkan oleh penggubal Perlembagaan dahulunya. Rakyat patut mempunyai hak menggubal undang-undang melalui Parlimen sekiranya mereka tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.

5.4 Sebagai contoh, Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi telah menentukan bahawa Mahkamah Sivil adalah mengatasi Mahkamah Shariah dan ini merupakan struktur asas (basic structure) Perlembagaan kita, walaupun terdapat Perkara 121(1A). Implikasinya ialah apa-apa undang-undang untuk memperkasa bidangkuasa Mahkamah Shariah agar setaraf dengan Mahkamah Sivil boleh menjadi tidak berperlembagaan, dan tidak sah.
Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini seolah-olah tidak mahu memberi kesan sepenuhnya kepada niat pindaan Perlembagaan yang dibuat pada tahun 1988 untuk memperkasa bidangkuasa Mahkamah Shariah. Seperti dinyatakan Pindaan 1988 ini telah dibuat kerana Mahkamah Sivil sering campurtangan keputusan Mahkamah Shariah. Kenapa pula doktrin ini boleh menyekat hak rakyat dan kuasa Parlimen bagi membetulkan campurtangan sebegini.

5.5 Bagi umat Islam, dengan pemusatan kuasa penentuan keabasahan perundangan di tangan Mahkamah Sivil berikutan “Basic Structure Doctrine” ini, mahkamah sivil akan mengatasi sebarang institusi lain, termasuk institusi agama dan fatwa. Keabsahan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bidangkuasa eksklusif Mahkamah Syariah berkenaan perkara-perkara berkaitan agama Islam, kini boleh dicabar melalui Mahkamah Sivil. Bidangkuasa Kehakiman dan perundangan Syariah disekat dan tidak boleh melangkaui fahaman dan doktrin asing ‘struktur asas’ ini. Adalah tidak mustahil selepas ini banyak lagi keputusan Mahkamah Shariah akan dicabar di Mahkamah Sivil. Malah Artikel 121(1A) itu sendiri boleh tergugat dan boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Mahkamah dalam kes-kes akan datang jika hujah sebegini terus diterimapakai.

6. Dengan itu, “Basic Structure Doctrine” ini perlu ditolak rakyat. Rakyat sepatutnya ada hak menggubal undang-undang melalui Parlimen sehingga memperbetulkan keputusan-keputusan Mahkamah yang tidak sesuai dengan konteks dan keperluan semasa. Umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk mengangkat, memperkukuh dan mengarus-perdanakan kedudukan perundangan serta kehakiman syariah di negara ini, tanpa kacau-ganggu dari anasir asing seperti doktrin ‘basic structure’ ini. Kuasa menggubal undang-undang seharusnya terletak sepenuhnya kepada Parlimen dan bagi setengah perkara Majlis Raja-Raja sepertimana yang sudah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Mahkamah bukan “supreme” untuk menidakkan kuasa ini. Kita harus kembalikan pengasingan kuasa dan kuasa semak dan imbang sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah tertinggi dan hakim-hakim Agung kita sebelum 2018.

7. Keluhuran perlembagaan tidak membenarkan apa-apa doktrin undang-undang mengambil alih dan mengatasi terma-terma tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita kembalikan keluhuran perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama.

8. Atas dasar ini, kami tidak bersetuju dan membantah penggunaan "Basic Structure Doctrine" ini oleh Mahkamah.

Yang benar,*
1. Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
2. Lukman Sheriff Alias
3. Yusfarizal Yusoff
4. Aidil Khalid
5. Badruzzaman Ishak
* atas dasar kapasiti peribadi dan tidak mewakili mana2 pihak atau badan.

#TolakDoktrinBasicStructure
#BantahDoktrinBasicStructure
#TolakBSD
#BantahBSD
———————————————

Untuk memahami perkembangan kes2 mahkamah shariah di mahkamah sivil sila klik sini
———————————————

FAQ/ Soalan2 lazim BSD
  1. Apa yang kita mahu mahkamah lakukan?
  2. Bolehkah dan bagaimana penolakan ini dapat dilakukan oleh mahkamah?
  3. Apakah akan terjadi sekiranya Mahkamah masih mempertahankan doktrin ini selepas bantahan dibuat?
  4. Apakah dengan menolak “Basic Structure Doctrine” kita menolak perlembagaan mempunyai struktur asas seperti Islam, Raja, Kebebasan Asasi dsbg?
  5. Bukankah doktrin “basic structure” ini mengikut preseden sedia ada seperti yang didakwa oleh ketua hakim negara?
  6. Apakah kaitan “Basic Structure Doctrin” ini dengan kes Datuk Seri Najib?
  7. Bilakah gerakan bantahan ini dimulakan? Kenapa sekarang?
Jawapan2 kepada soalan2 lazim di atas dan soalan2 lain, boleh didapati di sini
 

Lukman Sheriff​

2j ·

Federal court encroached the jurisdiction of parliament.

Tajuk ini bukan dari saya. Ia adalah tajuk artikel 2019 Tun Abdul Hamid, bekas Mantan ketua negara kita. Sebenarnya Tun Abdul Hamid sudah menulis berkali2 sejak 2017/2018 bahayanya BSD.

Cuba agak apakah pandangan Tun Abdul Hamid berkenaan doktrin BS ini dalam artikel tersebut? Ini petikan dari Artikel tersebut:
“This is a very serious matter as it offends the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy laid down by the Constitution. It has to be corrected…”

Dan dalam rumusan beliau:
“I object to the introduction of the basic structure principle invented by judges of the Indian Supreme Court on ground of principle and nothing else. We cherish the doctrines of independence of the judiciary, separation of powers, rule of law, Parliamentary democracy and supremacy of the Constitution. Now judges are giving themselves the power to amend or rewrite the Constitution.

I stand by what I had said in my judgments: No judge is a Parliament. If the doctrine of separation of powers were to have any meaning, all the three branches of the government i.e. Legislature, Executive and Judiciary must respect each other’s jurisdiction.

I hope our members of Parliament are aware of what has happened and the effects thereof.”

Cuba lihat Para akhir Tun Abdul Hamid yang merayu (appeal to) kepada wakil rakyat kita.

Saya pun sebenarnya sudah berkali2 menulis tentang ini sejak 2018. Tetapi hanya sekarang saya lancarkan bantahan ini kerana kita ada tingkap GE15 yang perlu diambil. Hanya pada masa inilah mereka akan mendengar kita. Kalau tidak buat masa ini bertahun2 lagi baru ada peluang dan mungkin sudah terlambat. Jadi kita gunakan tingkap ini untuk meminta/ memujuk/ “menekan” wakil rakyat kita untuk menyokong bantahan kita.

Ayuh saudaraku, kita bantah BSD. (Basic structure doctrine). Sokonglah petisyen ini. Tingkapnya tak besar. Kalau kita ramai mereka akan ikut. Kalau kita berpecah kita akan gagal.

Jom sokong petisyen ini: https://chng.it/Z5hWSmfMsL

Saya lampirkan link article beliau https://bebasnews.my/2019/07/26/13626/. Boleh juga didapati dari blog beliau.


1662512330521.png

1662512366747.png
 

Federal Court encroaching jurisdiction of parliament: comments and response​

By
Tun Abdul Hamid
-
06/08/2019

constitutional-law-2.jpg

c598d33f-65ae-4ecb-b4a7-0f52a2e6d728.jpg
By TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
​


Comment 1
“Sir, I’m no lawyer and is just an ordinary Malaysian.

However, I am aware of politics in other parts of the world and know that without checks and balances in running the country it can lead to a very dangerous situation.

Remember Egypt? After the Islamic Brotherhood took power via democratic elections, they tried to change the constitution to form a theocratic government with power entrenched with the religious authorities (themselves of course!!) forever (NO more elections; see the hypocrisy). It took a military coup to restore democracy.

And in Turkey, the authoritarian Erdogan changed the Parliamentary system to a Presidential system so that he can remain in power.
Wouldn’t your idea pose a risk that Malaysia, in future, may divert from the Westminster parliamentary system to being ruled, for example, by dictators and extremists?


Please enlighten me.”

Response

First, you talk about check and balance. Check and balance are provided by the Constitution. That is why the three branches of the government are given different functions. But, one branch cannot encroach the jurisdiction of the other in the name of check and balance.

That is exactly what happened in the case of Kesavananda Bharati v State of Kerala. Just because seven judges of the Indian Supreme Court thought that the members of Parliament could not be trusted to act responsibly, does it give them the power to effectively amend the Constitution which is the function of Parliament? The court was encroaching the jurisdiction of Parliament. That is why I posed the question:
If members of Parliament or the Executives think that Judges are corrupt, does that give them the power to transfer cases in court to be decided by them?

Next, you refer to Egypt. My reply is based purely on the facts I had read (I hope, I remember them correctly) and what is stated by you.

Like it or not, the Islamic Brotherhood was voted into power by the majority of the voters. If they follow the procedure laid down by the constitution in amending, which includes the repeal and substitution of the Constitution, they are doing something perfectly Constitutional. If you do not like it, your remedy is in the ballot box. If you cannot garner a majority to change the government, you simply have to live with it. That is what democracy is all about.

The army has no legal power whatsoever to wrestle the power of governing the country from an elected government, even if you like it.

But, if the elected government abolishes election and there is no way for the people to exercise their right to choose their government, through an election, then there is a constitutional crisis and we cannot expect a constitutional remedy anymore. That is when street demonstrations, coup de tat or even civil war come into play. The constitution is not working anymore.

But, we are not talking about such a situation. We are talking about a situation where the constitution is still functioning. Just because a few judges do not trust that Parliament will make sensible laws, does that give power to the court to take for itself the power of Parliament to amend the constitution? Is the reverse justifiable?
We may look at the situation in other countries. But for us, the answer is in Article 159.

With regard to Turkey, it is perfectly valid for a government to change from one form of democratic government to another, provided the procedure is followed. Politicians will always do whatever they can to remain in power. The remedy is in the ballot box.
You fear rule by dictators. With this judgment, we are already ruled by a few unelected dictators: judges. We now have a dictatorship of the judges.

Comment 2.
“In Semenyih Jaya, the court has done some shifting towards human rights jurisprudence. I give you two examples that are usually given. First, what if the Parliament were to amend the Constitution to abolish the election altogether and prolong its life forever? Secondly, what if the Parliament were to abolish the courts altogether?

So, the basic structure principle is a kind of shield to prevent such abuses happening.

Have you thought about it?”


Response
I have answered the two examples given by you.

So, what the court is doing is to pre-empt the Parliament. Just because judges fear that Parliament may, in the future, in the eyes of the court, act irresponsibly in amending the constitution, the court, unconstitutionally, encroaches the jurisdiction of Parliament to “amend” the constitution by saying that some provisions cannot be amended at all by Parliament, when the constitution clearly says that the power to amend the constitution lies in the Parliament and it does not say that certain parts of the constitution cannot be amended by Parliament.

To put it crudely, just because you fear that A might kill B in the future, you kill A first. That is the Indian Supreme Court logic that we have imported into this country.

Comment 3:
“Tun Hamid, the ex CJ, cannot be right.

Kesavananda Bharati was an Indian case. It is world-famous and has received the approbation of the top jurists the world over. It decided that Parliament cannot fiddle with, or whittle down basic rights entrenched in the Constitution.

Now, this ex CJ says, “I object to the introduction of the basic structure principle invented by judges of the Indian Supreme Court on the ground of principle and nothing else.”

What do you think?”


Response:
It is not a legal argument that because it is an Indian case, (even if you are an Indian) and because it is world-famous and has received the approbation of the top jurists the world over, (even if it is true) that it must be right.

We are concerned with Article 159 on the Federal (Malaysian) Constitution. Where does it say that the court may decide which provision of the Constitution cannot be amended by Parliament?

Can the court rewrite the Constitution because it fears Parliament may abuse its powers? In other words, it is legally correct for the court to abuse its power first because it fears Parliament might abuse its powers in future?

[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

–BebasNews​

 

‎يوسفاريزال يوسف‎ bersama Lukman Sheriff​

11m ·

SEBAB APA KENA BANTAH “DOCTRINE BASIC STRUCTURE” (DBS)?

Sebab ia bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa.

Mahkamah tidak boleh sewenang-wenang meletakkan kayu ukur “struktur asas perlembagaan” dan “menghalang” Parlimen menggubal atau meminda undang-undang atau Perlembagaan atas alasan ia bertentangan dengan “struktur asas perlembagaan” yang diletakkan tersebut.

Apatah lagi kalau mencedok “struktur asas perlembagaan” dari negara luar, sehingga menyatakan Mahkamah Syariah adalah tribunal bawahan daripada Mahkamah Sivil.

Kedaulatan undang-undang kita, kita tentukan sendiri. Cukup-cukuplah memandang ke barat, timur mahupun selatan.
https://www.bharian.com.my/.../penggunaan-doktrin-bsd...

98DC0394-2D26-468B-ADB5-503C7EA0DAC2.jpeg
 

Aidil Khalid​

· 5m ·

"Umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk mengangkat, memperkukuh dan mengarusperdanakan kedudukan perundangan serta kehakiman syariah di negara ini, tanpa kacau ganggu dari anasir asing seperti BSD ini.

"Keluhuran perlembagaan tidak membenarkan apa-apa doktrin undang-undang mengambil alih dan mengatasi terma tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita kembalikan keluhuran perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama," katanya.

1FF1F98C-97CA-43CA-8CE8-8B98CAC5F1FB.jpeg
 

Zainul Rijal Abu Bakar​

2j ·

Penelitian Tun Hamid tentang doktrin ‘Basic Structure’ di India-
‘Saya masih ingat saya pernah membaca satu artikel dalam majalah Time tujuh atau lapan tahun lalu mengenai Parlimen India. Saya menyimpan artikel itu, tetapi kerana pindah rumah dan keadaan saya sekarang, saya tidak dapat mengesannya. Artikel itu mendedahkan beberapa fakta yang tidak dapat dibayangkan mengenai ahli-ahli Parlimen India. Saya akan menceritakan hanya satu sahaja.

Pada masa artikel itu ditulis, 17 orang ahli Parlimen India telah disabitkan kerana kesalahan membunuh. Oleh kerana rayuan mereka masih belum selesai dan hukuman mereka digantung sehingga pelupusan terakhir oleh Mahkamah Agung, mereka bebas untuk bertanding dan menjadi ahli parlimen. Oleh sebab masa yang diambil untuk kes-kes itu diselesaikan adalah lebih kurang 30 tahun, tempoh itu adalah cukup panjang bagi kerjaya politik mereka!

Itulah keadaan di India pada masa itu yang menyebabkan hakim-hakim itu memberi penghakiman sedemikian. Walau bagaimana pun, jika ianya benar sekalipun, saya mengatakan bahawa itu bukanlah satu justifikasi bagi hakim-hakim untuk mengambil alih bidang kuasa badan perundangan’

Tun Abdul Hamid Mohamad

Ucapan sempena:
SIMPOSIUM MENGENAI “CONSTITUTIONAL OATH, RULE OF LAW AND SUPREME POLICING ROLE OF THE JUDICIARY”
30 Mac 2018
 

Lukman Sheriff​

3j ·

Ramai tak faham. Kalau ikut BSD, kita dinafikan hak untuk menaiktaraf mahkamah shariah setaraf mahkamah sivil. Dahlah tu kalau ikut kes Iki Putra, kesalahan jenayah shariah bakal jatuh satu persatu. Konsep dualisma undang2 tergugat dan kita boleh duduk diam sahaja?

Tengok seminar ini. Mereka semangat perkukuhkan BSD. Semua tahu Tun Hamid menentang BSD setelah bertulis berkali2, tetapi Tun Hamid tidak pun dijemput. Saya tak nampak pun yang menentang BSD memberi pandangan kontra. Kebanyakan yg saya tahu adalah belah kiri. (TS Ariff, Clive Kessler, Malik imtiaz etc)

Dan setelah tamat seminar ni saya percaya naratif pro-BSD akan terus diarusperdana oleh media kiri dan seperti biasa ramai termasuk kita akan menerima bulat2 sebagai kebenaran. Sementara itu kedudukan mahkamah shariah kita dikikis sedikit demi sedikit. Selama2 disebabkan BSD mahkamah shariah sama taraf dengan tribunal konsumer. Jauh sungguh dari sejarah asal mahkamah shariah kita.

Dan apa kita buat? Kita pula masih berpecah2 dan berpuak2. Segala jenis perbezaan diungkitkan untuk beri alasan tak bersama dan yang lebih teruk bergaduh. Saya tak minta perbezaan itu dihilangkan. Nak sokong dan menjadi partisan ikut masing2 lah. Nak sokong atau benci mana2 orang saya tak kisah. Tak perlu ubah. Tetapi dalam bab BSD dan kepentingan shariah kita berkerjasamalah. Itu saya minta.

Jadi saya beri masa sehingga bulan oktober nak buat ini. Selepas oktober, saya lihat negara kita akan terus hanyut terutamanya jika media kiri mengarusperdanakannya. Dahlah tu kalau ada pilihanraya isu ini akan terus tenggelam dan selepas election saya tak nampak tingkap lain sepertimana yang berlaku sejak saya menulis sejak 2018.

Saya percaya akhirnya Artikel 121 (1A) yang dibuat Arwah prof ahmad akan jatuh. Kalau lihat bagaimana BSD digarap, pindaan 1988 berkenaan 121 sebenarnya sudah dicabar dan dibelakangkan. Satu per satu jatuh saya lihat dengan kes Iki Putra dan SIS yang mana kita kalah 9-0.

Sebab itu saya rasa kita perlu bergerak sekarang walaupun menentang arus. Setakat ini baru permulaan saya lihat Alhamdulillah perkembangannya. Saya akan lihat milestone pertama pertengahan bulan oktober. Kalau kita kuat kita boleh mengatur sesuatu sebelum pertengahan bulan oktober ini seiring dengan usaha mereka. Tetapi kalau ramai memilih untuk berdiam diri sehingga oktober, tiada apa yang saya boleh lakukan. Tetapi saya akan berusaha sedaya mana sehingga oktober. Jom saudaraku kita bersama membantah BSD.
Saya baru mulakan petisyen ini. https://chng.it/Z5hWSmfMsL Tandatangan tuan Puan untuk menyokong gerakan ini.

#bantahdoktrinbasicstructure
#tolakdoktrinbasicstructure

1662601552073.png

1662601562251.png

1662601571701.png
 
Back
Top
Log in Register