BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

18j ·

Perbezaan Bantah BSD dan yg pertahankan struktur asas perlembagaan

Saya melihat ada tentangan oleh mereka yang pertahankan struktur asas perlembagaan yang saya perlu jelaskan.

Kenapa saya tolak BSD? Saya tolak BSD kerana pada saya kehakiman tidak boleh atasi 2/3 Parlimen. Apa2 pindaan perlembagaan misalnya mesti dihormati jika 2/3 Parlimen meluluskannya dan bagi setengah perkara mendapat persetujuan Raja2 kita. Mahkamah tidak boleh selepas itu mengatakan ia tidak sah atas alasan mereka fikirkan ia bercanggah dengan struktur asas perlembagaan.

Ramai tak jelas di dalam perlembagaan tiada dinyatakan apakah struktur asas perlembagaan. Sebelum 2017/18 kes2 perlembagaan tidak bergantung kepada struktur asas. Tiada masalah di mahkamah. Kes2 diputuskan mengikut interpretasi peruntukan sedia ada. Perlembagaan kita tetap utuh tanpa perlu gunakan konsep struktur asas.

Apabila BSD ini diperkenalkan pada 2017/2018 ia menjadi tidak menentu kerana memberi kuasa penuh kepada hakim2 untuk menentukan struktur asas perlembagaan. Kini tiada siapa tahu skop dan ciri lengkap asas perlembagaan kerana hakim2 sendiri belum menjelaskan skop lengkap ini. Ia menjadi arbitrari.

Ada yang mungkin bertanya kalau tiada struktur asas maka kedudukan islam dalam perlembagaan tidak tergugat ke? Tidak semestinya selagimana peruntukan berkenaan islam tidak dipinda. Peruntukan sedia ada mempertahankan kedudukan islam sepertimana yang ada. Malah terbalik berlaku apabila doktrin asas ini diperkenalkan. Kedudukan islam lebih tergugat akibatnya. Misalnya akibat kes Indra Ghandi, kita dinafikan hak untuk menaiktaraf mahkamah shariah kita setaraf mahkamah sivil. Mengikut Indra Ghandi mahkamah sivil akan sentiasa mengatasi mahkamah shariah yg ditetapkan hanya sekadar tribunal biasa. Oleh kerana mahkamah mengatakan ini struktur asas perlembagaan, kita tidak boleh meminda ini selama2nya. Keputusan doktrin BSD dengan itu membuka lebih ruang lagi kes2 shariah dicabar di peringkat mahkamah sivil nanti. Ini bertentangan dengan niat yang diluahkan di Parlimen ketika pindaan Artikel 121 dibuat pada tahun 1988. Malah, saya berpandangan peruntukan 121(1A) 1988 yang menaiktaraf mahkamah shariah boleh jatuh jika dicabar masa hadapan disebabkan BSD.

Pada saya, biarlah rakyat menentukan undang2 yang terpakai. Kalau rakyat mahukan satu struktur asas di dalam perlembagaan, kita boleh menggubalnya ke dalam perlembagaan. Perkara yang begitu asas ini biarlah kita tentukan. Bukan kehakiman yang tidak “accountable” kepada kita. Kalau kita tak suka kita tukar wakil kita dan mengubah tindakan mereka. Tetapi hakim2 tidak boleh diubah. Mereka ada “security of tenure” di bawah perlembagaan kita.

Saya harap semua jelas. Apa yang dibantah adalah “judicially defined basic structure” yakni hakim yang menentukan asas perlembagaan kita yang kita tahu ia tidak dinyatakan di dalam perlembagaan. Kalau Parlimen nak tentukan saya tiada masalah. Lagipun pula ini memang kuasa Parlimen di bawah pengasingan kuasa dan perlembagaan kita.

Jom gerak saudaraku. Masa makin suntuk dan tingkap bergerak terhad.
 

يوسفاريزال يوسف​

15j ·
TOLAK BSD BUKAN KOMPROMIKAN KEDUDUKAN ISLAM, MELAYU DAN RAJA-RAJA

Ramai juga yang salah faham.

Ada yang kata kalau kita kempen tolak Basic Structure Doctrine (BSD), kita ambil risiko tolak struktur asas Perlembagaan seperti Islam, Melayu dan Institusi Raja.

Penjelasannya mudah:-
1. Yang kita tolak adalah BSD sepertimana diperkenal dalam kes Indira Gandhi. BSD ini dicedok dari India.

2. Yang kita tolak adalah doktrin bahawa struktur asas ini ditentukan oleh Mahkamah, bukan Parlimen. Kalau Parlimen pinda Perlembagaan dengan 2/3 atau persetujuan Raja-Raja pun, Mahkamah boleh batalkan kalau rasakan ia langgar Basic Structure.

Tapi sampai sekarang Mahkamah belum jelaskan secara terperinci apakah Basic Structure itu?.

3. Yang kita TIDAK TOLAK adalah kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja dalam Perlembagaan. Tentulah kita tidak bantah dan kompromi.
Bahkan, perkara inilah yang kita mahu pertahan.

4. Bagaimana pertahan? Kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja telah sedia termaktub dalam Perlembagaan. Ia tidak boleh diubah. Takkanlah Raja-Raja Melayu mahu perkenan pindaan Parlimen untuk ubah Islam, kedudukan Melayu dan Raja-Raja sendiri (menurut Perkara 159).

Tapi kalau kita benarkan BSD, Mahkamah boleh katakan pindaan seperti Perkara 121(1A) dan pindaan-pindaan lain untuk perkasakan Mahkamah Syariah jadi tidak sah.

5. Yang berlaku sekarang adalah BSD itu mengancam kedudukan Islam khususnya Mahkamah Syariah. Sebab itu kita bantah.

6. Mahkamah guna BSD dalam kes Indira Ghandi untuk katakan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa tentang penentuan status pengislaman. Mahkamah syariah hanya TRIBUNAL BAWAHAN katanya.

7. Mahkamah guna BSD dalam kes SIS Forum untuk katakan Seksyen 66A Enakmen Selangor tidak sah. Kuasa semakan kehakiman hanya eksklusif kepada Mahkamah Sivil. Jadi fatwa pun mesti dinilai oleh Mahkamah Sivil (yang ada hakim bukan Islam)

8. Ini tidak betul.

9. Jadi membantah BSD ini satu kemestian untuk jaga Islam, Melayu dan Raja-Raja. Bukan sebaliknya.

10. Mungkin ada pihak yang menginginkan Islam, Melayu dan Raja-Raja dijulang seperti dahulu sebelum merdeka, sebelum ada Perlembagaan, semasa Hukum Kanun Melaka dan Kesultanan Melayu Melaka berkuasa.

Kita semua mungkin mahu perkara yang sama, tetapi kita mesti berdiri di bumi yang nyata. Kita harus perjuangkan keulungan Perlembagaan cara kita, dan pertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja mengikut lunas Perlembagaan.

11. BSD boleh menghancurkan keulungan Perlembagaan, dan pengasingan kuasa.

Tetap bantah.
#tolakbasicstructuredoctrine
 

Aidil Khalid​

· 7 September jam 2:19 PTG ·

"Umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk mengangkat, memperkukuh dan mengarusperdanakan kedudukan perundangan serta kehakiman syariah di negara ini, tanpa kacau ganggu dari anasir asing seperti BSD ini.

"Keluhuran perlembagaan tidak membenarkan apa-apa doktrin undang-undang mengambil alih dan mengatasi terma tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita kembalikan keluhuran perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama," katanya.

C4680044-2D5A-4F34-8E92-8DB1988EC228.jpeg
 
Hakim plk jadi raja yer...patut la.....sepatutnya xdk sapa boleh di beri kuasa penuh
 

Lukman Sheriff​

2j ·

Memahami BSD.
Ini adalah video pendek yang saya harap lebih ramai akan dapat memahami BSD dan berkongsi dengan rakan2.
Jom kawanku kita bantahBSD, tolak BSD.
Tandatangan di sini:
PS:Tuan Yusfarizal menyediakan video ini. Kredit kepada beliau.



 

يوسفاريزال يوسف​

Semalam jam 8:27 PG ·

Quote
“Ada yang mungkin bertanya kalau tiada struktur asas maka kedudukan islam dalam perlembagaan tidak tergugat ke? Tidak semestinya selagimana peruntukan berkenaan islam tidak dipinda. Peruntukan sedia ada mempertahankan kedudukan islam sepertimana yang ada.

Malah terbalik berlaku apabila doktrin asas ini diperkenalkan. Kedudukan islam lebih tergugat akibatnya. Misalnya akibat kes Indra Ghandi, kita dinafikan hak untuk menaiktaraf mahkamah shariah kita setaraf mahkamah sivil”.

End Quote
https://www.facebook.com/lukman.she...MgRHu3HgfXwHMUdTmLIOudG8lQ1Vo&__tn__=<<,P-y-R
39E1E6E8-3816-4C47-AC85-A5A1CDE6CBAE_4_5005_c.jpeg
 

Aidil Khalid​

· 5m ·

BIDAAH DHOLALAH | Pada 17 Mac 1988, Tun M ada membentangkan di parlimen satu usul penting untuk meningkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ucapannya seperti yang direkodkan dalam hansard parlimen adalah seperti berikut:-


“Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang sering menjadi sungutan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di negara ini ialah keadaan di mana mahkamah-mahkamah sivil dapat mengubah atau membatalkan suatu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah Syariah. Misalnya, pernah berlaku keadaan di mana seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah Syariah tentang penjagaan kanak-kanak telah membawa guaman itu ke Mahkamah Tinggi pula dan berjaya mendapat keputusan yang berlainan. Kerajaan berpendapat bahawa keadaan seperti itu menjejaskan kewibawaan mahkamah Syariah dan pelaksanaan dan pentdbiran Hukum Syara’ di kalangan umat Islam di negara ini. Adalah sangat penting menjamin kewibawaan mahkamah Syariah oleh kerana sudah sewajarnya mahkamah Syariah diberi kuasa penuh untuk menentu dan memutuskan perkara-perkara yang termasuk dalam bidangkuasanya, apatah lagi kerana perkara-perkara itu melibatkan Hukum Syara’.

“Oleh yang demikian, adalah dicadangkan juga supaya ditambah satu Fasal baru kepada Perkara 121 itu, iaitu Fasal (1A), yang menjelaskan bahawa mahkamah-mahkamah yang tersebut dalam Perkara itu tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang terletak di bawah bidangkuasa mahkamah Syariah. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk mengadakan Mahkamah Tinggi supaya rujukan boleh dibuat olehp ihak yangtidak berpuas hati.”

Sejak pindaan perlembagaan ini dibuat, kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah telah diiktiraf sebagai setaraf, dan berjalan seiring mengikut bidangkuasa masing-masing. Tidak yang satu lebih tinggi dari yang lagi satu.

Tetapi pindaan ini sangat tidak disukai oleh sesetengah golongan yang anti-Islam dan anti-Syariah di negara ini. Maka usaha telah dibuat, untuk mencabar pindaan ini, dengan mengimport masuk doktrin asing ‘basic structure’. Kononnya pindaan Fasal (1A) di bawah Perkara 121 itu adalah tidak sah, sebab bercanggah dengan “basic structure” Perlembagaan.

Ciri-ciri ‘basic structure’ ini tidak pernah ditafsirkan dengan jelas, tetapi secara umumnya boleh kita fahmkan melalui kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah, bahawa ia bermaksud:

(1) Kuasa kehakiman sekular tidak boleh disempitkan oleh mana-mana pindaan parlimen, walaupun telah mendapat sokongan 2/3 majoriti di parlimen (bermaksud, sekalipun orang Islam menang semua kerusi parlimen, dan berkehendak untuk menjunjung penuh syariah seratus peratus, perkara itu boleh dibatalkan oleh Mahkamah Sivil atas lesen kononnya ia bercanggah dengan ‘basic structure’ perlembagaan);

(2) Kehakiman sekular mengatasi kedudukan mana-mana Mahkamah lain — maka kerana itu dalam kes Indira Gandhi, Mahkamah Syariah telah disamakan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tribunal rendah sahaja, dan tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil;

(3) Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditafsirkan oleh Mahkamah melalui sudut pandang kehakiman sekular, dan hak asasi manusia sekular-liberal adalah sebahagian daripada ‘basic structure’ ini.

Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah memperuntukkan mana-mana bahagian dari Perlembagaan sebagai kononnya “basic structure” atau struktur asas yang tidak boleh dipinda untuk penambah-baikan urus tadbir negara. Jika kita selak Perlembagaan dari muka awal hingga ke muka akhir, istilah ‘basic structure’ tidak akan kita temukan sama sekali. Dalam dokumen-dokumen sejarah, seperti Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Laporan Suruhanjaya Reid, Laporan Kertas Putih, Laporan-Laporan Representasi dari Majlis Raja-Raja, dan segala macam dokumen sejarah lainnya — tidak satu pun daripada rekod-rekod sejarah itu yang membuat rujukan kepada mana-mana ‘basic structure’.

Basic structure doctrine ini cuma mula mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah secara meluas pada tahun 2017, melalui pengguna-pakaian precedent asing dari India.

Sebab itu saya katakan bahawa pemakaian basic structure doctrine (BSD) ini dalam mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan, adalah sebenarnya bidaah dholalah; ia diada-adakan, ditokok-tambah, justeru itu adalah sesat lagi menyesatkan.

Kita harus kembali mentafsir perlembagaan mengikut acuan kita, bukan dengan mengimport fahaman dan doktrin asing. Pada tahun 1988, Tun Mahathir dalam ucapannya di Parlimen pernah menegaskan seperti berikut:-
“Dengan kuasa membuat interpretasi ini, mahkamah boleh dan telah membuat interpretasi yang lari jauh daripada maksud dan semangat sesuatu undang-undang itu digubal. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa dalam menguatkuasakan undang-undang, mereka tidak terikat dengan tujuan dan maksud undang-undang itu digubal oleh Parlimen. Mereka membuat dasar sendiri bahawa mereka hanya terikat dengan interpretasi mereka terhadap ayat-ayat yang didapati dalam undang-undang…. Walaupun mahkamah berkata mereka hanya teirkat kepada susunan ayat dalam undang-undang, tetapi dalam kes-kes tertentu mereka membelakangkan undang-undang bertulis sama sekali… Ada mahkamah yang membelakangkan undang-undang yang bertulis kerana lebih mengutamakan keputusan kes-kes di Britain dan lain-lain negara. Sekali lagi saya ingin menarik perhatian bahawa Malaysia bukan Britain. Kebudayaan dan tamadun British dan lain-lain negara barat berbeza dengan ketaranya daripada kebudayaan dan tamadun masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di Malaysia.”

Sebab itu, jika Mahkamah menggunapakai doktrin asing yang membelakangkan jati-diri negara kita, kita sebagai rakyat harus zahirkan ketidak-puasan hati kita itu. Zahirkan supaya hakim-hakim, ahli-ahli parlimen dan para pemimpin negara sedar bahawa ada penolakan kuat terhadap pemaksaan fahaman asing ini.

Zahirkan penolakan kita bersama terhadap Basic Structure Doctrine (BSD) ini, dengan mendandatangani petisyen dalam talian: https://www.change.org/p/bantahan-doktrin-basic-structure...

1663052488660.png

1663052515927.png

1663052529327.png
 

Lukman Sheriff​

2j ·

BSD dan Artikel 121

Bagus tulisan Aidil. Sebab itu pada saya BSD ini sudah mula tidak menghormati niat pindaan perlembagaan 1988 untuk mempertingkatkan mahkamah shariah. Pada pandangan saya pula BSD ini membuka ruang untuk mencabar pindaan yang dibuat prof ahmad pada tahun 1988 dan memungkinkan jatuhnya tujuan pindaan ini. Banyak kes shariah akan dicabar di mahkamah tinggi dan satu per satu bidangkuasa shariah akan jatuh.

(PS: to be fair mahkamah sivil masih pertahankan perbezaan bidangkuasa shariah dan sivil. Tetapi BSD ini membuka ruang besar keputusan shariah di bawa ke sivil dan “render” bidangkuasa shariah toothless. Iki Putra dan kes SIS kita kalah 9-0 di mahkamah persekutuan. Trend ini saya nampak akan berterusan.)


6A805A60-165A-44B8-A5D7-E6EB58C24B70.jpeg
 
Back
Top
Log in Register