cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Lukman Sheriff
5j ·Judicially defined BSD.
Apa maksud ini? Maksudnya mahkamah yang menentukan BSD.
Apa masalahnya? Hakim2 tentukan asas perlembagaan dan selepas itu menidakkan hak untuk mengubahnya melalui parlimen. Inilah sebabnya dibantah. Tiada semak imbang. Mengubah pengasingan kuasa kita dengan menjadikan kehakiman supreme mengatasi Parlimen.
Tiada siapa dan forum yang boleh pertikaikan ketetapan ini lagi kecuali melalui badan kehakiman yg sudah memutuskan mempertahankan BSD.
Apa contoh ketara masalah ini? Mahkamah sudah membelakangkan pindaan perlembagaan 121 (1) yang digubal bersama 121 (1A) pada tahun 1988. Dalam ini mahkamah sudah memutuskan bahawa mahkamah sivil tinggi dari shariah dan ini asas perlembagaan. Maknanya selama2nya mahkamah shariah tidak boleh dipertingkatkan setaraf mahkamah sivil walaupun semua mahu dan agong bersetuju. Ini sebenarnya domain rakyat menentukannya sebelum ini (seperti pindaan perlembagaan 1988) tetapi BSD menidakkan kuasa ini.
Adakah ini bahaya? Ya. Akan berlaku pertembungan jika hak rakyat dinafikan. Keseimbangan dalam pengasingan kuasa dikacau memberi kuasa lebih tinggi dari badan lain tanpa semak imbang. Ia menidakkan hak demokrasi rakyat.
Adakah ini bermakna perlembagaan tidak ada struktur asas? Boleh ada. Tetapi biar parlimen tentukan. Kalau tak setuju dan tak suka, kita boleh luahkan perasaan dengan mereka dan akhirnya buang mereka. Tetapi hakim kita tiada avenue/ruang berbuat begitu. Hakim2 tidak accountable kepada kita.
Apa jadi jika Parlimen tidak buat undang2 struktur asas? Tiada masalah. Perlembagaan kita mempunyai peruntukan yang jelas. Sebelum BSD tiada masalah nak menginterpretasi undang2 mengikut cara2 tafsiran sedia ada. Kita boleh aje interpret mengikut “letters of the law.” BSD ini memungkinkan kehakiman mengatasi apa yang diperuntukkan dengan nyata dalam undang2.
#Tolak BSD. #Bantah BSD.