BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Utusan Malaysia melaporkan gesaan Pengerusi Gerakan Daulat, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor yang mahu kerajaan campur tangan menghentikan BSD oleh mahkamah sivil.
https://www.utusan.com.my/.../sedia-bincang-tangani-isu.../


Sedia bincang tangani isu mahkamah sivil atasi syariah​

IDRIS-AHMAD-re-1.jpg


IDRIS AHMAD

  • 19 September 2022, 10:45 pm




PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan berhubung isu Doktrin Struktur Asas (BSD) dieksploitasi mahkamah sivil selama ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sesi itu juga akan menilai semula senario keputusan mahkamah sivil yang mengatasi mahkamah syariah.

Malahan beliau berharap agar pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) segera berbincang dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menyemak situasi tersebut.

Agensi berkenaan bahkan perlu bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri untuk memperbaiki situasi itu.

‘Insya-Allah, perkara ini (BSD) memang dalam perhatian pihak JKSM dan mungkin patut diadakan pertemuan kerana mereka lebih arif selok belok isu sebegini,” katanya selepas melancarkan Kempen Hentikan Fitnah Melalui Media Sosial yang julung kali dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan gesaan Pengerusi Gerakan Daulat, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor yang mahu kerajaan campur tangan menghentikan BSD oleh mahkamah sivil.

Langkah itu disebabkan banyak keputusan mahkamah syariah sering dicabar dan dibatalkan oleh mahkamah sivil yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan.

Mengulas lanjut, Idris bagaimanapun tidak menyatakan bilakah pertemuan antara JKSM, AGC dan Wan Junaidi akan berlangsung tetapi memberi jaminan isu BSD dalam perhatian Jakim.

“Terpulang kepada pihak JKSM untuk menentukan tarikh perjumpaan tetapi apa yang penting ia perlu dibuat demi memastikan perundangan Islam tidak dicabar mahkamah sivil,” katanya. – UTUSAN
 
Setakat ni belum ada apa-apa kenyataan lagi rasanya daripada Hakim Mahkamah Persekutuan
tn TXT, kita tak perlu statement dari diorang
tapi keputusan yg diorang buat dlm penghakiman tu dah reflect samada mereka menjunjung undang undang Parlimen dan perlembagaan atau saja nak ubah undang undang parlimen dan perlembagaan
 
tn TXT, kita tak perlu statement dari diorang
tapi keputusan yg diorang buat dlm penghakiman tu dah reflect samada mereka menjunjung undang undang Parlimen dan perlembagaan atau saja nak ubah undang undang parlimen dan perlembagaan

Jadi penghakiman kes lah yang jadi bukti mereka sokong atau tidak ke atas DBS ni
 

BSD perlu ditolak, tak menepati kehendak Perlembagaan​

Kedudukan Islam, Melayu, Raja termasuk dalam ciri asas - fundamental feature​

6 days ago
0 6 minutes read
IMG_20220914_094053_535-780x470.jpg


RAMAI dari kalangan peguam dan bukan peguam telah bercakap mengenai doktrin struktur asas atau dalam bahasa Inggerisnya Basic Structure Doctrine (BSD). BSD adalah suatu konsep yang berasal dari India. Sebelum daripada ini para hakim di Malaysia menolak penggunaan doktrin asing bagi mentafsir Perlembagaan Persekutuan namun sejak kebelakangan ini penolakan tersebut telah menjadi kabur.

BSD yang cuba diterima dan diperkenalkan oleh Mahkamah Persekutuan sekarang ini mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Pendirian bahawa Perlembagaan kita mempunyai “basic structure” (struktur asas) yang ditentukan oleh Mahkamah dan tidak boleh dipinda oleh Parlimen.
(ii) Atas nama semak dan imbang, Mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop stuktur asas (basic structure) tersebut.
(iii) Mana-mana undang-undang ataupun pindaan perlembagaan digubal oleh Parlimen, yang bertentangan dengan struktur asas (basic structure) ditentukan Mahkamah adalah tidak berpelembagaan, dan menjadi tidak sah.

Rencana ini ditulis bukan disebabkan penghakiman mahkamah yang membabitkan mana-mana ahli politik baru-baru ini tetapi merupakan pemerhatian saya mengenai BSD yang digunapakai oleh mahkamah di dalam beberapa kes sejak sebelum 2018 lagi seperti kes Semenyih Jaya, Indira Ghandi dan lain-lain.



Ramai yang sudah bercakap mengenai BSD tetapi tidak ramai yang berbincang mengenai ciri asas (fundamental features) Perlembagaan Persekutuan.

Asal BSD
Sebagaimana yang dinukilkan di atas, BSD ditemukan oleh hakim-hakim di India berdasarkan penghakiman yang dibuat oleh mereka. Saya tidak berhasrat menyebut satu-persatu penghakiman tersebut kerana ia bersifat agak teknikal dari sudut perundangannya.

Penelitian Tun Hamid tentang doktrin ‘Basic Structure’ di India yang saya petik melalui penulisan beliau adalah seperti berikut:-
‘Saya masih ingat saya pernah membaca satu artikel dalam majalah Time tujuh atau lapan tahun lalu mengenai Parlimen India. Saya menyimpan artikel itu, tetapi kerana pindah rumah dan keadaan saya sekarang, saya tidak dapat mengesannya. Artikel itu mendedahkan beberapa fakta yang tidak dapat dibayangkan mengenai ahli-ahli Parlimen India. Saya akan menceritakan hanya satu sahaja.

Pada masa artikel itu ditulis, 17 orang ahli Parlimen India telah disabitkan kerana kesalahan membunuh. Oleh kerana rayuan mereka masih belum selesai dan hukuman mereka digantung sehingga pelupusan terakhir oleh Mahkamah Agung, mereka bebas untuk bertanding dan menjadi ahli parlimen. Oleh sebab masa yang diambil untuk kes-kes itu diselesaikan adalah lebih kurang 30 tahun, tempoh itu adalah cukup panjang bagi kerjaya politik mereka!

Itulah keadaan di India pada masa itu yang menyebabkan hakim-hakim itu memberi penghakiman sedemikian. Walau bagaimana pun, jika ianya benar sekalipun, saya mengatakan bahawa itu bukanlah satu justifikasi bagi hakim-hakim untuk mengambil alih bidang kuasa badan perundangan’


Oleh itu jelas BSD di India adalah pertembungan antara badan kehakiman dan ahli politik yang telah disabitkan atas pelbagai kesalahan di India.
Di Malaysia pengimportan BSD dalam kes Indira Ghandi yang mana antara lain Mahkamah Persekutuan memutuskan walaupun terdapat Perkara 121(1A) yang menyetakan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa kepada perintah yang dikeluarkan Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa kerana bidangkuasa kehakiman sedia ada mahkamah tinggi tidak boleh disekat walaupun dengan peruntukan perlembagaan.


Takrifan BSD
Apabila kita bercakap tentang BSD kita perlu faham tiga ciri BSD seperti yang telah saya sebut di awal tulisan ini. Bagi kemudahan saya ulangi di sini iaitu:-
i) Pendirian bahawa Perlembagaan kita mempunyai “basic structure” (struktur asas) yang ditentukan oleh Mahkamah dan tidak boleh dipinda oleh Parlimen.
(ii) Atas nama semak dan imbang, Mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop stuktur asas (basic structure) tersebut.
(iii) Mana-mana undang-undang ataupun pindaan perlembagaan digubal oleh Parlimen, yang bertentangan dengan struktur asas (basic structure) ditentukan Mahkamah adalah tidak berpelembagaan, dan menjadi tidak sah.


Oleh hal yang demikian, apabila kita bercakap tentang BSD samada menyokong atau membantah tiga faktor di atas hendaklah menjadi pertimbangannya. Kita tidak seharusnya membawa pengertian lain tentang BSD mengikut acuan sendiri kerana ciri BSD yang maksudkan Mahkamah adalah sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Penggunaan istilah yang sama bagi merujuk kepada perkara lain mungkin akan mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat dalam memahami serta menilai keboleh terimaan BSD di dalam perundangan Malaysia.



Analisa di Malaysia
Tiada dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukan yang menyatakan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang tidak boleh dipinda. Dengan alasan ini sahaja ciri pertama BSD dinafikan.

Jika kita lihat Perlembagaan Jerman, terdapat peruntukan yang jelas menyatakan beberapa perkara di dalam Perlembagaan Jerman yang tidak boleh dipinda sama-sekali berbeza dengan ketiadaan peruntukan yang sama dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia.

Namun menilai dari sudut objektif Perlembagaan, sejarah dan ‘grundnorm of the society’ terdapat ciri-ciri asas (fundamental features) Perlembagaan Persekutuan yang mana ia masih boleh dipinda tetapi disukarkan dengan prosedur antaranya memerlukan persetujuan dua pertiga ahli Parlimen dan pekenan Raja-Raja Melayu seperti :

Pada pandangan saya perkara-perkara tersebut adalah ciri asas (fundamental features) kepada Perlembagaan Persekutuan bukan BSD. Mahkamah tidak boleh mengatasi kehendak rakyat kerana pada masa ini demokrasi adalah alat yang digunakan untuk menilai kehendak rakyat. Malah timbul persoalan pula siapakah yang akan melaksanakan semak dan imbang terhadap keputusan mahkamah. Hal ini akan menjadikan mahkamah mengatasi badan-badan lain (judicial supremacy).

Malah di dalam Perlembagaan Persekutuan juga terdapat pelbagai asas yang meletakkan kepentingan hidup beragama yang menjadi paksi atau tiang seri kepada negara. Pasak ini diperkukuhkan umpamanya dengan kedudukan tinggi agama Islam di mana terdapat banyak peruntukan yang memberi keistimewaan kepada agama Islam termasuklah sumpah Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki takhta dengan menggunakan sumpah berlandas syariah menggunakan nama Allah memelihara agama Islam dan pemerintahan yang adil.

Dalam konteks mahkamah juga (samada sivil atau syariah) kebebasan mahkamah untuk membuat keputusan yang adil tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana badan lain termasuk eksekutif dan legislatif. Hal ini juga merupakan ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman juga adalah ciri asas yang dizahirkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketiga-tiga badan ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri urusan badan lain.

Umpamanya pihak eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman begitu juga sebaliknya. BSD yang saya lihat akan menjadikan kehakiman lebih tinggi dari eksekutif dan legislatif. Malah ia menjadi lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan.


Perbezaan antara BSD dan Ciri Asas (Fundamental Features)
Perbezaan asas yang utama antara BSD dan ciri asas ialah BSD mempelopori anutan terdapat peruntukan Perlembagaan yang tidak boleh dipinda dan mahkamah yang berkuasa menentukannya. Manakala mengikut kaedah ciri asas (fundamental features) kesemua peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui tahap kesukaran yang berbeza prosedurnya.

Ciri asas atau fundamental features boleh diperolehi dari sejarah Perlembagaan itu sendiri, objektif dan nilai yang ingin dibawa oleh Perlembagaan dan kehendak masyarakat ketika menggubal Perlembagaan. Oleh itu tidak sukar bagi kita mengenalpasti ciri asas Perlembagaan itu.

Pada pandangan saya kedudukan Islam, Melayu Raja adalah termasuk dalam ciri asas (fundamental feature) bukan BSD. Bukanlah saya mengajak untuk meminda peruntukan ini tetapi Perlembagaan tidak mengecualikannya dari pindaan.

Kebebasan Kehakiman, bidangkuasa asal mahkamah (inherent jurisdictions of the court, civil and shariah) juga adalah termasuk dalam fundamental features bukan BSD.

Tiada BSD di Malaysia kerana semua perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui tahap kesukaran yang berbeza.
Nilai-nilai tradisional yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada ‘grundnorms’ masyarakat perlulah dihormati. Ia hanya boleh dipinda dalam tahap kesukaran yang tinggi. ‘Grundnorms’ masyarakat ini pula boleh berubah mengikut peredaran masa dan masyarakat.

Mungkin secara teori atau ideal, ada yang mahu perkara-perkara tertentu tidak boleh dipinda tetapi secara praktikal ia masih boleh dipinda melalui kaedah tertentu. BSD yang difahami oleh sebahagian dari kita pula sebenarnya berlainan dari apa yang telah ditentukan oleh mahkamah setakat ini. Mahkamahlah (dan bukan rakyat) yang menentukan apa yang terjumlah di dalam BSD itu.
Hanya Al Quran yang tidak boleh dipinda.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada ketiadaan peruntukan yang jelas memberi kuasa kepada mahkamah dalam perkara BSD ini saya berpandangan BSD tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan perlu ditolak. Kuasa sesebuah mahkamah lazimnya hendaklah jelas dan tersurat, kuasa tidak boleh dimiliki secara tersirat. Oleh itu punca kuasa BSD ini kepada mahkamah tidaklah secara tersurat ataupun jelas diperuntukkan seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan Jerman umpamanya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri asas (fundamental features) yang perlu dipertahankan di dalam Perlembagaan seperti kedudukan istimewa agama Islam, orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain, kebebasan kehakiman dan lain-lain yang membentuk jatidiri negara. Walaupun ia boleh dipinda kesukaran memindanya dengan pelbagai syarat yang ketat akan menjadikan usaha memindanya tidak berhasil.

Apapun pandangan yang saya garap di atas ia merupakan pandangan peribadi saya sendiri. Saya akur badan yang paling berotoritatif mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan adalah Mahkamah Persekutuan sendiri. Pandangan ini melontar idea kenapa perlu ditolak BSD dalam sistem perundangan kita sahaja.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
14 September 2022
 

Lukman Sheriff​

49m ·

“Ramai umat Islam meminta pihak kerajaan mengadakan penyelarasan diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil supaya mereka ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi khususnya peringkat di Mahkamah Syariah sama seperti di Mahkamah Sivil”

Ini tidak dibenarkan oleh BSD. Hakim2 telah tentukan mahkamah sivil adalah tinggi dari mahkamah shariah sebagai struktur asas perlembagaan. Mahkamah shariah sama tahap dengan tribunal2 misalnya tribunal konsumer.

Ramai masih tak faham implikasi BSD. Apabila hakim tentukan sesuatu sebagai asas perlembagaan, Parlimen tiada lagi kuasa buat undang2 membetulkan atau mengubahnya selama2nya. Kerajaan tiada hak nak selaras lagi. Buat apa sahaja untuk mengatasinya ia menjadi tidak berperlembagaan. Jadi rakyat jangan haraplah nak ubah ini. Selama2nya tidak boleh diubah. Sebab itu saya kata BSD ini menidakkan hak rakyat dan ini perlu dibantah. Kehakiman menetapkan mereka sahaja yang boleh menentukan asas perlembagaan. Kemudian menyatakan apa2 yang bercanggah dengannya adalah bertentangan dengan perlembagaan. Kehakiman telah menidakkan kuasa Parlimen dan rakyat menggubal undang2.

Ini semua kena jelas. Kenapa kehakiman seorang sahaja menentukan asas perlembagaan? Kenapa mahkamah menafikan suara kita.

Perlembagaan kita mempunyai banyak kompromi. Biarlah kita sebagai rakyat tentukan kompromi perlembagaan. Nak capai 2/3 bukan senang. Ditambah pula setengah peruntukan memerlukan persetujuan Majlis raja2. Tetapi jika kita dapat 2/3 Parlimen bersetuju kehakiman tidak sepatut menafikannya. Tetapi BSD menidakkan ini.

Ini dah tak betul. Bercanggah dengan pengasingan kuasa kita. Bercanggah dengan hak demokrasi rakyat. Bercanggah dengan peruntukan nyata perlembagaan. Kita perlu pertahankan keluhuran perlembagaan kita. kita mesti tolak BSD. Kita bantah BSD.
 

Lukman Sheriff​

49m ·

“Ramai umat Islam meminta pihak kerajaan mengadakan penyelarasan diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil supaya mereka ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi khususnya peringkat di Mahkamah Syariah sama seperti di Mahkamah Sivil”

Ini tidak dibenarkan oleh BSD. Hakim2 telah tentukan mahkamah sivil adalah tinggi dari mahkamah shariah sebagai struktur asas perlembagaan. Mahkamah shariah sama tahap dengan tribunal2 misalnya tribunal konsumer.

Ramai masih tak faham implikasi BSD. Apabila hakim tentukan sesuatu sebagai asas perlembagaan, Parlimen tiada lagi kuasa buat undang2 membetulkan atau mengubahnya selama2nya. Kerajaan tiada hak nak selaras lagi. Buat apa sahaja untuk mengatasinya ia menjadi tidak berperlembagaan. Jadi rakyat jangan haraplah nak ubah ini. Selama2nya tidak boleh diubah. Sebab itu saya kata BSD ini menidakkan hak rakyat dan ini perlu dibantah. Kehakiman menetapkan mereka sahaja yang boleh menentukan asas perlembagaan. Kemudian menyatakan apa2 yang bercanggah dengannya adalah bertentangan dengan perlembagaan. Kehakiman telah menidakkan kuasa Parlimen dan rakyat menggubal undang2.

Ini semua kena jelas. Kenapa kehakiman seorang sahaja menentukan asas perlembagaan? Kenapa mahkamah menafikan suara kita.

Perlembagaan kita mempunyai banyak kompromi. Biarlah kita sebagai rakyat tentukan kompromi perlembagaan. Nak capai 2/3 bukan senang. Ditambah pula setengah peruntukan memerlukan persetujuan Majlis raja2. Tetapi jika kita dapat 2/3 Parlimen bersetuju kehakiman tidak sepatut menafikannya. Tetapi BSD menidakkan ini.

Ini dah tak betul. Bercanggah dengan pengasingan kuasa kita. Bercanggah dengan hak demokrasi rakyat. Bercanggah dengan peruntukan nyata perlembagaan. Kita perlu pertahankan keluhuran perlembagaan kita. kita mesti tolak BSD. Kita bantah BSD.
Agama bawah kuasa negeri macamana nak selaras tu? Kalau wilayah persekutuan boleh lah nak selaras.
 
Back
Top
Log in Register