BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa celaka manusia yang menganiaya dan bagi sakit sedih kita di dunia

Semoga dipermudahkan urusan tuan.amin ...selalunya inilah ayat balasan yg saya yg selalu marah.menghina mahupun keji saya...insyaAllah tuan.allah mudahkan derita kita dan sipolan tu tiba2 berubah.insyaAllah tuan.cuba amalkan.
 
Semoga dipermudahkan urusan tuan.amin ...selalunya inilah ayat balasan yg saya yg selalu marah.menghina mahupun keji saya...insyaAllah tuan.allah mudahkan derita kita dan sipolan tu tiba2 berubah.insyaAllah tuan.cuba amalkan.

Kita nie manusia biasa bro

Kadang orang aniaya buat jahat kat kita

Kita automatik doa celaka hidup dia

Kita bukan malaikat angel
 
ko g santau trus la dauz senang...pastu ley fokus biz
 
Biasa nya dok cakap celaka2 ni sekejap je time Marah je... Dah sejuk nnt OK la cuma dendam tu xtau la kuat ke x...

Klu kuat daus aku cadang kan upah assassin je daus
 
Apsal bila aku tengok tajuk.. terus teringat dausbiz..
tengok2 betul..
 
kalau Abam Daus faham keadilan tuhan..tak perlu buka tajuk diatas..:)cgrock

Kisah Nabi Musa Melihat Keadilan Allah
June 08, 2017

Dikisahkan pada suatu ketika, Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T. Baginda memohon, "Ya Allah, perlihatkan kepadaku keadilan-MU".

Maka Allah S.W.T menjawab permohonan Nabi Musa A.S, "Jika Aku menampakkan keadilan-KU kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan terburu-buru."

"Dengan taufik-MU, aku akan dapat bersabar menyaksikan keadilan-MU", kata Nabi Musa A.S.

Kemudian Allah S.W.T memerintahkan Nabi Musa A.S pergi ke sebuah sumber mata air. Maka, pergilah Nabi Musa A.S ke tempat itu lalu segera baginda bersembunyi di kawasan berdekatan dengannya.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang penunggang kuda di mata air itu, lalu dia turun dari kudanya dan meminum air dari mata air itu. Setelah itu, diapun segera meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa tanpa disedarinya kantung wangnya telah terjatuh.

Kemudian, datang pula seorang anak kecil meminum air dari mata air itu. Dia terlihat kantung tersebut lalu mengambilnya, kemudian diapun segera pergi meninggalkan tempat itu.

Setelah anak kecil itu pergi, datanglah pula seorang lelaki buta tua. Ia meminum air dari mata air itu, berwuduk lalu bersolat .Selesai solat, diapun duduk berehat sejenak di situ.

Tidak lama kemudian, penunggang kuda tadi kembali semula ke tempat itu. Dia mencari kantung wangnya yang telah terjatuh. Namun, tidak dijumpainya dan yang ada hanyalah sibuta tua itu.

Dia mencurigai akan lelaki tua buta itu lalu dia menuduh sibuta tua itu, "Kantung berisi wangku telah jatuh berdekatan sini. Sudah pasti engkaulah yang telah mengambilnya".

Lalu sibuta tua itupun menjawab, "Bagaimana aku dapat mengambil kantung wangmu sedangkan mataku tidak dapat melihat"

Penunggang kuda itu marah lalu dia mencabut pedangnya dan membunuh sibuta tua itu. Kemudian dia memeriksa mayat sibuta tua itu, tetapi kantung wangnya tidak ditemui. Lalu bersegeralah dia meninggalkan tempat itu.

Melihat akan kejadian itu, Nabi Musa A.S hampir hilang kesabarannya lalu dia berkata, "Ya Tuhanku, aku tidak dapat bersabar dengan kejadian ini, namun aku yakin Engkau Maha Adil. Maka jelaskanlah padaku apa sebenarnya yang telah terjadi."

Lalu Allah mengutuskan Jibril A.S kepada baginda. Jibril A.S berkata kepada baginda, "Wahai Musa, Allah S.W.T telah berfirman : Aku mengetahui segala rahsia, dan apa pun yang tidak kamu ketahui. Adapun anak kecil yang mengambil kantung itu sebenarnya hanyalah mengambil hak miliknya. Kerana penunggang kuda tersebut adalah majikan kepada ayah anak kecil itu. Namun, ayahnya tidak dibayar atas pekerjaan yang telah dilakukannya. Dan jumlah yang harus dibayar kepada ayah anak itu adalah sama dengan jumlah wang yang ada dalam kantung tersebut. Dan adapun sibuta tua itu pula dahulunya telah membunuh ayah anak kecil itu sebelum ia buta. Maka Allah memberikannya hukuman yang setimpal atas perbuatannya itu."

WallahuAlam...
 
sebaiknya abaikan ..

doakan baik2 kalau mampu kalau tidak lebih baik buat tak tau.

ni komen tengah aman..

kalau marah sangat2..yg atas tu jadi terbalik...

banyak bersabar je..
 
Back
Top
Log in Register