itu masih lagi sesuatu yang kelabu asap..
market kontena 40 kaki di Malaysia lebih kurang RM8k...
so agak-agak le berapa kosnya.
kalau 5 biji kontena 40 kaki, boleh dapat luas lantai 1500sqft. kos kontena dalam RM40k. Katakanlah kos semuanya jatuh RM100k (dengan kemasan dalam yang selesa), masih berbaloi sebab sekarang rumah apa dapat dengan RM100k? Flat murah dapat le kut... itu pun dalam 660sqft. Tapi itu kalau tuan jenis yang tak ambil port apa orang cakap la.
tapi kalau pakai 3 pun dah boleh dapat 1500 sqft. kos kontena RM24k, tapi kena beli besi sendiri. Tough work sebab kerja dengan besi yang berat.
the thing is, dengan kontena, jika seseorang tu memang kaki DIY, ada kemahiran kerja besi asas (welding, cutting, repainting) dia boleh buat sendiri, most of the time seorang diri. Sekali sekala sahaja perlu orang bantu.
bila buat rumah guna konkrit, yang tak tahan sekarang Indon-indon yang suka tekan harga borong. Kalau tak borong, alamatnya kerja seminggu jadi 2 minggu, sudah lari kos.
Kerja dengan konkrit perlu, formwork. Plywood. Harga plywood pun murah sikit sahaja dari gypsum board. Maka kalau pakai gypsum board untuk panel dinding dalaman, sama sahaja...
Apa yang saya cari dari kontena adalah ruang yang luas.
ruang 40 kaki lebar tanpa gangguan tiang (sekiranya jumpa kaedah untuk reinforce side rail kontena la)... jika nak buat benda yang sama dengan konkrit perlukan beam yang besar dan makanya tiang juga harus besar.