BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anker Solix, Powerbank Untuk Kuasakan Rumah Di Waktu Kecemasan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Anker dilihat memperluas sayap penawaran produk mereka kepada sektor tenaga solar untuk kediaman. Di bawah jenama Solix, Anker telah memperkenalkan sistem solar yang dilengkapi bateri dan mampu menampung keperluan tenaga sesebuah kediaman tanpa memerlukan rumah bersambung dengan grid nasional. Anda boleh anggap ini adalah powerbank tapi untuk rumah.

230615-anker-solix-01-1024x568.jpg


Seperti sistem solar yang lain, Solix terdiri daripada panel solar yang tugasnya menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik diikuti dengan pek kuasa yang akan menyimpan tenaga untuk digunakan kemudian. Kelebihan solusi Solix adalah pek kuasa boleh diskalanaikkan kapasiti tenaganya pada serendah 5kWh hinggalah 180kWh.

230615-anker-solix-03-1024x821.jpg


Sistem Solix boleh dipantau melalaui telefon pintar yang jadikannya lebih mesra pengguna.

230615-anker-solix-02-1024x621.jpg


Anker tidak pula berkongsikan berapakah kos untuk sistem ini dipasang. Namun, berdasarkan produk mereka yang sedia ada, kita boleh simpulkan yang ia tidak murah. Misalnya, Anker SOLIX F2000, pek kuasa bergerak 2.05kWh sahaja sudah pencecah USD1,999 (RM9,261) tidak termasuk panel pengecasnya yang perlu dibeli berasingan pada harga serendah USD2,899 (RM13,431).

230615-anker-solix-06-1024x564.jpg


Kalau anda menggunakan sistem solar di Malaysia, ada satu insentif yang boleh anda sertai untuk mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik anda. Program Net Energy Metering (NEM) yang dianjurkan SEDA Malaysia menawarkan kredit kepada lebihan tenaga solar yang dijana pengguna. Maklumat lanjut tentang NEM boleh dirujuk melalui pautan ini.

Sumber asal
Anker Solix
 
Back
Top
Log in Register