BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

Kalau macamni nak jugak satu huhu..
Beli tanah je.. Erm bila nak buat ni?

Lagi satu kalau plumbing tu air longkang dan air kumbahan pergi mana? Sistem sekarang simpan bawah tanah kan? Kena korek ke

boleh bikin punya....:D:D:D...
memang caralah guna kontena,cuma dari segi ketahahnn mcm ne pulak?
 
itu masih lagi sesuatu yang kelabu asap..

market kontena 40 kaki di Malaysia lebih kurang RM8k...

so agak-agak le berapa kosnya.

kalau 5 biji kontena 40 kaki, boleh dapat luas lantai 1500sqft. kos kontena dalam RM40k. Katakanlah kos semuanya jatuh RM100k (dengan kemasan dalam yang selesa), masih berbaloi sebab sekarang rumah apa dapat dengan RM100k? Flat murah dapat le kut... itu pun dalam 660sqft. Tapi itu kalau tuan jenis yang tak ambil port apa orang cakap la.

tapi kalau pakai 3 pun dah boleh dapat 1500 sqft. kos kontena RM24k, tapi kena beli besi sendiri. Tough work sebab kerja dengan besi yang berat.

the thing is, dengan kontena, jika seseorang tu memang kaki DIY, ada kemahiran kerja besi asas (welding, cutting, repainting) dia boleh buat sendiri, most of the time seorang diri. Sekali sekala sahaja perlu orang bantu.

bila buat rumah guna konkrit, yang tak tahan sekarang Indon-indon yang suka tekan harga borong. Kalau tak borong, alamatnya kerja seminggu jadi 2 minggu, sudah lari kos.

Kerja dengan konkrit perlu, formwork. Plywood. Harga plywood pun murah sikit sahaja dari gypsum board. Maka kalau pakai gypsum board untuk panel dinding dalaman, sama sahaja...


Apa yang saya cari dari kontena adalah ruang yang luas.

ruang 40 kaki lebar tanpa gangguan tiang (sekiranya jumpa kaedah untuk reinforce side rail kontena la)... jika nak buat benda yang sama dengan konkrit perlukan beam yang besar dan makanya tiang juga harus besar.

bagus jgk ni
igt nak beli satu la letak kat laman hehe..
Leh buat jadi patio ke atau apa2 la yg terfikir

lg 1 klau ada tanah harga tanah nak kena kira juga kan
 
boleh bikin punya....:D:D:D...
memang caralah guna kontena,cuma dari segi ketahahnn mcm ne pulak?

well kalau ada tanah dan kita punya,
setiap 5 tahun tukar la kontena bila dah berkarat..
rm 8 ribu je

2 kontena dah cukup, nak renovet tambah lagi 1 kontena hehe
 
Memang panas dalam cabin bila mula2 kita masuk, sementara menunggu aircon menyejuk.
Berdasarkan pemerhatian pada cabin resort .. cabin di tebat dengan plywood jer dan bergantung pada bumbung besar yang menutupi kawasan cabin tu.

Cuba kita letak bawah pokok yang tinggi dan banyak daun
mungkin sejuk.. atau konsep kontena ni sesuai dalam hutan yg sejuk
 
kasi up bg en Megat n arkitek2 CG terang n bincangkan lg....
 
Aku pernah duduk dalam kontena....tempat kerja (bilik kerja)....kena wajib aircond bro....kalo xde aircond panas.....cuaca kita panas....lagi panas bila tengah hari...kalo blackout...meme kena kluar
 
kalau ada petir. macam mane? tak kene sambar ke? :p
 
Back
Top
Log in Register