BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

kalau kau pakai kaowool, nak pakai peredam bunyi lagi ke?

kalau pakai cat untuk insulate haba, boleh letak fiber biasa tu untuk insulate bunyi.

noce.
good info..

kat mana aku leh dpt detail kontena yang digunakan untuk project dummy ni.

nak study space la
 
bkn takat uma je leh buat neh,,kdai mkn,kdai cat kete bngkel,,menarik neh..
 
what if i tell you, i know of a technology that could deflect heat very well, such is so that if you fire a blow torch on one side of a 3mm steel it would still be safe to touch the other side of it.

cat tu memang mahal... harganya semakin murah dan murah sejak digunakan oleh industri pembinaan.

selama ni ia cuma diguna oleh industri yang menggunakan relau dan dandang untuk buat lining (lapisan nipis) di dalam mesin pembakaran.

even car/bike enthusiast pun dah mula guna cat tu untuk contain haba dalam paip ekzos dari keluar di sisi paip.

seramic coating..
 
submit sikit info bleh??
last skali aku berurusan dengan kontena ni boleh dapat 2-3K utk 20kaki. klu cntnr 40kaki lebih kurang 5-6K (2nd hand)
 
bagi aku la kalo bleh dapat kontena scrap berbaloi la.. kalo nak beli kontena baru nak wat mende ni memang costly..

sewa kren dah 700-1k sehari.

skang ni kalo nak semua baru boleh pakai dinding yg mcm kontena gak.. kire pasang siap gak hasil menabjubkan. dlm pakai partition plaster. Kukuh jer, frame pintu & tingkap semua besi.

Contoh yang dah siap Bilik lecturer pergigian HUSM kubang kerian, pakcik aku involve interior dlm projek tu. so aku pegi tengok memang jenis type pasang siap. Cat dia pun lain anti karat punya.
 
okay...

kita selesaikan fundamental bahan dan haba

material vs heat.

sifat-sifat bahan berkaitan haba yang perlu kita tahu :

1. kekonduksian haba - seberapa efisien sesuatu bahan dalam mengalirkan haba dari satu titik ke satu titik pada satu jasad bahan tersebut.

2. haba pendam - berapa banyak haba boleh disimpan oleh bahan tersebut.


cat tersebut menggunakan butiran halus seramik kaolin.

sifat kaolin, adalah konduksi haba yang sangat lemah dan juga haba pendam yang hampir kepada sifar.

ia adalah penebat haba yang terbaik setakat ni yang praktikal... (selain aerogel, tapi aerogel sangat hampeh).



satu lagi bentuk aplikasi kaolin adalah dalam bentuk kapas.

kapas dia murah sikit.

nama yang biasa orang guna adalah Kaowool.

tapi kaowool tu sebenarnya jenama, bukan nama benda.

macam kita panggil Maggi untuk semua jenis mi segera.

1/2 inci punya kapas pun dah cukup.

boleh guna sebagai insulation material antara panel dinding dalam (gipsum) dan juga dinding kontena.


kalau guna cat, terus spray ke besi je.



cat tu aku belum jumpa lagi supplier kat malaysia.

tapi kalau kaowool tu kat mana-mana pembekal barang engineering pun ada.

kalau yang US mahal, boleh beli yang brand jepun atau china.

tnye benkel yg ader wat ceramic coating..

piston, piping ekjos, byk org wat..

http://www.mudah.my/Ceramic+Coating-10507109.htm

ade jnis tuk wrap, tuk balut dr luar piping..

http://www.mudah.my/Sard+Ceramic+Thermal+Wrap+10m-10053413.htm

aku xtau bab pembinaan, bab automotif boleh laa, n soundproofing..
 
Last edited:
Perghhh menarik ni... Leh cuba... Agak2 brape kos ek?
 
aku nk simple je, kontena seketul tuk dduk, mcm bilik sudah..

seketul lg buh kete, muat tuk 2 buah nyer tuh..heaven..

tanah tuk port dh dpt..

dr kcik lg nk wat..hahaa..
 
noce.
good info..

kat mana aku leh dpt detail kontena yang digunakan untuk project dummy ni.

nak study space la

ada beberapa standard yang dipakai untuk kontena.

biasanya ISO, disebut "ISO container".

ISO container pula ada yang ketinggian biasa, ada yang tinggi sikit.

Biasa untuk buat rumah, orang pakai yang tinggi sikit, supaya ada headroom untuk utilities (wiring and plumbing).

Ada orang nak pasang siling cantik.

but as the Puma City have shown to us, minimalism jika dibuat dengan "taste", juga boleh cantik.


semua detail tentang ISO container dan varian-variannya akan menyusul...

aku pun nak kena korek dulu PC aku.




dummy project tu kita buat la satu kat sini.

pakai sketchup je, tak payah nak autocad jadah semua.

kalau kau rasa ada yang perlu repair, kita repair.

once we've reached an agreement on design, kita cuba la kira berapa kosnya.



seperkara tentang kontena, kau tak boleh nak tebuk sana-sini.

walaupun dia ada tetulang, dia juga bergantung kepada kulit dia untuk kekuatan.

it was designed for strength AND economics.

untuk kontena kegunaan biasa (jenis yang bertetulang + kulit penuh) ia adalah hybrid (frame + monocoque).

kalau dia nak letakkan kekuatan hanya pada tetulang, saiz besi untuk tetulang harus besar atau tebal atau kedua-duanya sekali.

dia dah jadi berat.

apa-apa hal pun dia kena letak kulit juga untuk keselamatan produk yang dikandungkan.

jadi dia letak kulit dalam bentuk corrugated.

jadi ia mempunyai kekuatan vertikal pada sisi panjang, dan juga dapat mengurangkan piuhan (torsion? apa istilahnya... aku bukan budak mekanikal).


jadi untuk study design yang baik untuk penggunaan ruang, harus dikaji strukturnya dahulu....

ok?


jadi, sabar... kita go thru selangkah demi selangkah.
 
aku nk simple je, kontena seketul tuk dduk, mcm bilik sudah..

seketul lg buh kete, muat tuk 2 buah nyer tuh..heaven..

tanah tuk port dh dpt..

dr kcik lg nk wat..hahaa..

ok no problem... tapi kau boleh belajar dari design orang lain untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

aku nak cakap pun susah...

senang cerita dengan 2 kontena, kau boleh buat seolah-olah kau ada 3 kontena, dapat ruang 3 kontena.
 
Back
Top
Log in Register