nice product but that cat can absorb haba matahari dan membalik kan semula haba tu tak?
thnx for the info
okay...
kita selesaikan fundamental bahan dan haba
material vs heat.
sifat-sifat bahan berkaitan haba yang perlu kita tahu :
1. kekonduksian haba - seberapa efisien sesuatu bahan dalam mengalirkan haba dari satu titik ke satu titik pada satu jasad bahan tersebut.
2. haba pendam - berapa banyak haba boleh disimpan oleh bahan tersebut.
cat tersebut menggunakan butiran halus seramik kaolin.
sifat kaolin, adalah konduksi haba yang sangat lemah dan juga haba pendam yang hampir kepada sifar.
ia adalah penebat haba yang terbaik setakat ni yang praktikal... (selain aerogel, tapi aerogel sangat hampeh).
satu lagi bentuk aplikasi kaolin adalah dalam bentuk kapas.
kapas dia murah sikit.
nama yang biasa orang guna adalah Kaowool.
tapi kaowool tu sebenarnya jenama, bukan nama benda.
macam kita panggil Maggi untuk semua jenis mi segera.
1/2 inci punya kapas pun dah cukup.
boleh guna sebagai insulation material antara panel dinding dalam (gipsum) dan juga dinding kontena.
kalau guna cat, terus spray ke besi je.
cat tu aku belum jumpa lagi supplier kat malaysia.
tapi kalau kaowool tu kat mana-mana pembekal barang engineering pun ada.
kalau yang US mahal, boleh beli yang brand jepun atau china.