BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIPN Perkukuh Keselamatan Negara, Pulih Keyakinan Terhadap Sektor Pertahanan - PM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8abc85266afbe103cb1a81fb4c5155ab69706364872ce

61fefcad2918edbcb276c7fb9b75a2796970639e438ed

5ebaa524277566394eb88b6f19229f9f697063b547667

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC hari ini. Turut sama (dari kiri) Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman.

Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan hari ini merupakan langkah baharu bagi memperkukuh keselamatan negara, memulihkan keyakinan terhadap sektor pertahanan dan membina keupayaan industri tempatan yang lebih berwibawa serta berintegriti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar yang sekian lama tertangguh itu kini dilaksanakan selaras dengan tuntutan masa dan keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Dasar industri pertahanan ini memang lama tertangguh, dan saya kira sesuai dengan tuntutan masa serta menenggelami kemelut yang membadai Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini,” katanya pada Majlis Pelancaran DIPN di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata DIPN digerak berasaskan empat tonggak utama merangkumi pengukuhan tadbir urus dan institusi, pembangunan keupayaan teknologi, pemantapan ekosistem serta rantaian bekalan pertahanan tempatan, dan peningkatan daya saing global serta eksport.

“Tumpuan kita termasuk atau bermula dengan pengukuhan tadbir urus dan institusi yang selalu saya tekankan bermula dengan tatakelola yang baik,” katanya.

Beliau berkata tonggak kedua ialah pembangunan keupayaan teknologi termasuk melalui pelaksanaan Program Kolaborasi Industri.

Anwar berkata tonggak ketiga melibatkan pemantapan ekosistem dan rantaian bekalan pertahanan tempatan yang menuntut pembinaan kemandirian teknologi serta sokongan berterusan kepada industri tempatan.

“Kerana ekosistem itu menuntut kita bukan sahaja membeli tetapi juga menyediakan kemandirian teknologi tempatan, pemerkasaan rangkaian atau yang dikatakan supply chain bekalan tempatan dan pengkomersialan R&D (penyelidikan dan pembangunan),” katanya.

 
Back
Top
Log in Register