BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat: Tiga RUU, Usul Suhakam Antara Tumpuan Minggu Ketiga

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Dewan Rakyat: Tiga RUU, Usul Suhakam Antara Tumpuan Minggu Ketiga​

15bf130ae24545a6b8f91661f24ac599638355e10bd75


Persidangan Dewan Rakyat minggu ketiga menyaksikan pembentangan serta kelulusan beberapa rang undang-undang (RUU), di samping perbahasan pelbagai isu berkaitan kesejahteraan rakyat, kesihatan, keterjaminan makanan, tenaga, keselamatan dan tadbir urus negara.

Antara perkembangan utama ialah pembentangan dan kelulusan RUU Persaingan (Pindaan) 2026 serta RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026, yang bertujuan memperkemas penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan selaras dengan perkembangan ekonomi digital.

Turut dibentangkan ialah RUU Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh mekanisme kawal selia industri padi dan beras menerusi cadangan hukuman lebih berat, termasuk menaikkan kadar denda sehingga RM1 juta bagi membendung penyelewengan dalam sektor berkenaan.

Tumpuan turut terarah kepada pembentangan usul dan perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024, yang menyaksikan pelbagai syor dikemukakan Ahli Parlimen.

Sebanyak 11 kementerian, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, selesai menggulung serta menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan.

Sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa pula menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperincikan usaha kerajaan membantu sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selain menjelaskan pendirian kerajaan berhubung isu kebebasan media di negara ini.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan terus memastikan institusi kewangan memproses pembiayaan kepada PMKS dengan lebih pantas dan berhemat, bagi menyokong kelangsungan sektor itu.

Berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun ini, Anwar menjelaskan ia dipengaruhi pelbagai indikator penilaian antarabangsa, termasuk tindakan terhadap beberapa organisasi media, namun tindakan berkenaan bukan bertujuan mengekang kebebasan media atau perbezaan pandangan politik, sebaliknya berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau turut menegaskan sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM).

 
Back
Top
Log in Register