Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Sidang Kedua Dewan Rakyat Bermula Isnin, Beberapa RUU Penting Jadi Tumpuan
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula Isnin ini dengan tumpuan terarah kepada pembentangan beberapa rang undang-undang (RUU) utama, termasuk RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, yang akan dibentang semula.
Persidangan yang berlangsung sehingga 16 Julai itu, antara lain turut dijadual membentangkan semula RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 yang bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Kedua-dua RUU berkenaan sebelum ini telah dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang lepas.
Bagaimana pun, RUU berkaitan had jawatan Perdana Menteri tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat, manakala RUU peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, telah dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, untuk memberikan ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalus dan menelitinya.
Turut menjadi perhatian ialah RUU Jenayah Siber 2026, selain RUU (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dijadual dibentangkan pada hari pertama persidangan dan akan dibahaskan pada esoknya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cadangan pindaan yang merangkumi 11 skop pindaan dan 42 fasal itu, memfokuskan tindakan terhadap kegiatan lumba haram yang masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan pengguna jalan raya.
“Pindaan itu turut merangkumi langkah lebih tegas, bagi membanteras kegiatan tonto serta memperkukuh aspek penguatkuasaan dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dan memastikan pematuhan undang-undang yang lebih berkesan,” katanya baru-baru ini.
Selain itu, persidangan yang berlangsung selama 16 hari itu turut dijangka tertumpu kepada perbincangan pelbagai isu, khususnya impak krisis bekalan tenaga global terhadap Malaysia susulan konflik berterusan di Asia Barat, yang telah menjejaskan rantaian bekalan tenaga antarabangsa.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menjalankan fungsi Dewan Rakyat menerusi perbahasan yang tertib, matang dan berlandaskan Peraturan Mesyuarat walaupun berdepan dinamika situasi politik ketika ini.