BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Desakan letak jawatan: Nga minta baca balik kenyataan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Desakan letak jawatan: Nga minta baca balik kenyataan​

aa6e51884fc5f4ae30da989ef77b65d0.jpg

bea55cb3ed4be17f0d3bc4087bf94da1.jpg

63aa57ee1c48592bcd6000045cf9be04.jpg

3f6d055013e44f184503f7eabc7c1eb2.jpg


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata beliau kekal dengan pendiriannya yang bersedia meletakkan jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata pendirian itu dibuat atas prinsip serta tidak mempunyai kaitan dengan soal peribadi.

"Merujuk kepada ada pihak yang mendesak supaya saya letak jawatan, sila baca kenyataan penuh saya semasa wawancara eksklusif bersama Oriental Daily," jelas Nga.

Beliau berkata apa yang dinyatakan beliau semasa wawancara tersebut iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan adalah pendiriannya yang konsisten sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya.

“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ini bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara juga tidak lagi dihormati,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Nga ucap tahniah pada BN

Justeru, kata Nga, sekiranya keadaan sedemikian berlaku, beliau bersedia meletakkan jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara.

Dalam hantaran sama, Nga turut mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dan berkata proses demokrasi perlu dihormati oleh semua pihak.

Beliau berkata kemenangan majoriti dua pertiga itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul BN dengan penuh integriti.

Nga turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong Pakatan Harapan (PH) serta petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus sepanjang pilihan raya, sambil menegaskan gabungan itu akan terus komited berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Pada PRN Johor yang diadakan semalam BN menang 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa ribut Bercham, di Ipoh hari ini, Nga enggan mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini berkait kesediaan meletakan jawatan.

Katanya fokus beliau adalah untuk terus berbakti kepada rakyat.

"Kita fokus kepada kesejahteraan rakyat. Hati saya memang bersama dengan rakyat. Saya boleh rasa keperitan dan kesusahan rakyat. Bila saya datang untuk bantu, elakkan semua isu ini (isu perletakan jawatan)," katanya.

Terdahulu Nga, yang juga Timbalan Pengerusi DAP menyampaikan bantuan wang ihsan berjumlah RM1juta kepada 554 keluarga yang terlibat dalam bencana ribut di Bercham pada 19 Jun lepas.

- Bernama

 
xnak letak jawatan..
pru akan datang kita humpan si penipu nie
 
kor ming tgh sedih tu... bior kt die la... lepas ni ceramah kt N. 9, memang mendapat la fia🤭🤭🤭
Dia mungkin sedih lah sbb DAPig kena tolak kaw2. Tp dia tetap menteri di KPKT, kita cuma mampu troll ayat yg kita sendiri reka, sambil ketap bibir bila dia dgn muka slumber masih pegang ministry hingga tamat penggal.
 
Dia mungkin sedih lah sbb DAPig kena tolak kaw2. Tp dia tetap menteri di KPKT, kita cuma mampu troll ayat yg kita sendiri reka, sambil ketap bibir bila dia dgn muka slumber masih pegang ministry hingga tamat penggal.
Dia seronok sangat masa di atas...semua dia buat katanya bagus.. kiosk merugikan... paip petronas terbako... guna istilah2 dlm Islam konon nampak Islamic.... 🤣🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register