afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Saya letak jawatan jika Najib bebas, bukan BN menang besar, kata Nga
Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, juga menyatakan kenyakinan bahawa Pakatan Harapan mampu bangkit semula di Johor pada masa depan. (Bernama pic)
Nga menjelaskan bahawa kenyataan beliau dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar Oriental Daily telah disalah tafsir.
Menurutnya, beliau hanya berikrar akan meletakkan jawatan sekiranya bekas perdana menteri, Najib Razak dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya dalam kes SRC International.
Katanya, jika Najib yang mengakibatkan rakyat menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion dilepaskan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang juga tidak lagi dihormati.
“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri.
“Perkara ini tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan satu soal prinsip utama. Saya kekal berpegang teguh dengan prinsip ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Nga mengucapkan tahniah atas kemenangan besar BN di Johor dan berkata kemenangan majoriti dua pertiga itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul BN dengan penuh berintegriti.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan mampu bangkit semula di Johor pada masa depan.
“Walaupun kami tidak menang kali ini, besok masih ada,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menggesa Nga supaya ‘menunaikan janji’ untuk meletakkan jawatan sebagai menteri, malah secara sinis menawarkan diri untuk membantu pemimpin DAP itu menulis surat peletakan jawatan.
