BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darah Jenis Universal Yang Tahan Di Simpan 2 Tahun Pada Suhu Bilik Berjaya Di Bangunkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Jika anda berdarah jenis O, tahniah anda seorang penderma universal. Berita buruknya pula ialah anda hanya boleh menerima darah daripada penderma jenis O sahaja. Ini ialah isu yang wujud sejak darah dikenalpasti terdiri daripada jenis A, B, AB, dan O oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Saintis dari Jepun telah mengumumkan kejayaan mencipta darah jenis universal buatan manusia yang bukan sahaja boleh didermakan kepada semua tetapi juga tahan lebih lama.

Darah yang diberi nama deoxy-HbV ini dibangunkan oleh saintis dari Universiti Perubatan Nara. Penemuan ini diketuai oleh Professor Hiromi Sakai dengan memisahkan hemoglobin daripada darah yang sudut luput. Ia kemudian dimasukkan ke dalam cangkerang pelindung untuk mencipta sel darah merah buatan manusia yang stabil, bebas virus dan tidak mempunyai jenis membolehkan digunakan oleh semua penerima. Satu keunikan deoxy-HbV ialah ia berwarna ungu dan bukannya merah.

Ia juga boleh bertahan selama dua tahun tanpa penyejukan berbanding darah biasa yang hanya bertahan selama 42 hari sebelum luput. Penyelidik dari Universiti Perubatan Nara melihat ciptaan mereka sesuai digunakan dalam situasi bencana alam yang memerlukan bekalan darah dan tiada bekalan elektrik untuk peti sejuk. Setakat ini deoxy-HbV hanya diuji pada haiwan dengan ujian ke atas manusia telah dilakukan sejak Mac tahun ini. Peserta kajian menerima 100 – 400 mm deoxy-HbV untuk melihat kesannya ke atas manusia. Sekiranya ujian berjalan lancar, deoxy-HbV mungkin akan digunakan secara besar-besaran menjelang 2030.

Jepun memulakan kajian membangunkan darah buatan manusia sejak 2022 berikutan kekurangan bekalan disebabkan populasi yang semakin berkurangan. Walaupun dicipta untuk kegunaan Jepun, impak darah buatan manusia ini akan dapat dirasai seluruh dunia kerana isu kekurangan penderma darah ialah isu universal.
1748916206968.png
 
Last edited:
jadi darah yang luput diberikan cengkerang baru ye...bukan dibuat secara sistetik..masih perlukan supply darah...ape pun kejayaan yg patut dibanggakan
 
Darah unggu nnt tak jadi unggu ke pigmen kulit nnt..
 
Back
Top
Log in Register