BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanta Lekap Membolehkan Manusia Melihat Dalam Gelap Di Bangunkan Saintis

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,782
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,782
Reaction score
7,487
Points
916
Awards
1
Manusia tidak dapat melihat dalam gelap kerana saintis mengatakan kita bukan spesis nokturnal seperti burung hantu dan kucing. Mata manusia tidak berevolusi untuk melihat dalam gelap tetapi menerusi kajian sains ia kini boleh dilakukan menggunakan kanta lekap. Saintis dari Universiti Sains dan Teknologi Hefei, China membangunkan kanta lekap mengubah cahaya inframerah kepada cahaya yang boleh dilihat mata manusia.

Kanta-Lekap-Cahaya-950x534.jpg.webp


Pada peringkat awal ujian dilakukan dengan menyembur partikel 45 nanometer yang mengandungi partikel emas, natrium gadolinium fluorida, ytterbium dan ion erbium. Lapisan yang terhasil mengubah cahaya inframerah dengan lambda antara 800 – 1600 nm menjadi cahaya yang boleh dilihat manusia. Kemudian kanta lekap dibangunkan untuk manusia dan paling menarik ialah penglihatan mata manusia lebih baik sekiranya kelopak mata ditutup. Kekurangan pertama kanta lekap ini ialah ia menyebabkan pandangan menjadi kabur tetapi ini boleh diselesaikan dengan menambah kuasa pada lensa. Kekurangan kedua ialah ianya masih tidak sebaik sistem penglihatan waktu malam (NOD) yang wujud di pasaran sekarang.

Kertas kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Cell.​
 
Back
Top
Log in Register