BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenis darah Rh Null (Darah Emas)

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
370987-370987.jpg


Darah Emas. Rh Null.

Hanya 43 orang dalam sejarah dunia pernah direkodkan memilikinya.

Bukan 43 ribu. 43 orang.

Ini bukan darah biasa. Ini satu keajaiban biologi.

Secara saintifik, sel darah merah mereka "bogel". Kosong. Tak ada satu pun daripada 61 jenis antigen dalam sistem Rh.

Darah mereka sangat "tulen" sampaikan ia boleh dipindahkan ke mana-mana manusia di muka bumi yang ada masalah darah rare, tanpa sebarang penolakan.

Badan mereka adalah "Kunci Universal".

Kalau saintis jumpa pemilik darah ni, mereka bukan dilayan macam pesakit. Mereka dilayan macam aset paling berharga. Setitik darah mereka bernilai ribuan dolar untuk kajian sains. Sampel darah mereka disimpan dalam peti besi beku di Paris dan Bristol.

Tapi ironinya kejam.

Pemilik Rh Null boleh selamatkan 8 bilion manusia.
Tapi 8 bilion manusia tak boleh selamatkan dia.

Sebab badan dia akan tolak semua jenis darah lain. Dia hanya boleh terima darah dari geng "Darah Emas" yang lain saja.

Penderma terhebat. Tapi penerima paling sunyi.

Kredit➡️ Public Heath Malaysia
 
macam geng O ja.... derma senang.. terima hanya sejenis sahaja...
 
nasib baik kat malaysia

kalau kat tanah india nie mau disembah jd tuhan
 
Back
Top
Log in Register