BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Cuit Skitt...Sikt jer..

kelicap

Active+ Member
Messages
3,562
Joined
Feb 7, 2011
Messages
3,562
Reaction score
144
Points
33
Geng,

Cuit Skittt...

Sekarang ini kerap berlaku kereta yang dipandu oleh ibu bapa terlenyek anaknya sendiri. Berita ini kerap terpampang di dada akhbar yang boleh membuatkan hati kita tersentap membacanya. Kenapa boleh jadi macam itu ya? Untuk melepaskan rasa bersalah kita, kita mungkin akan berkata itu sudah suratan takdir. Ya ke sudah suratan takdir?

Kalau kita dah lenyek kepala anak kita sampai pecah berkecai di tayar kereta kita tu, mana mungkin anak kita boleh hidup lagi? Memang lah mati anak kita tu. Kita kena tuding jari ke arah bapa atau ibu yang membawa kereta tu.

Kita lah yang patut dipersalahkan. Kenapa kita undur kereta tanpa kita perasan yang anak kita tu ada dibelakang kereta kita??
Kita cuai sebenarnya. Kita dah tahu anak kita merengek nak ikut kita, kita tetap nak undur kan kereta kita kan?

Kenapa kita tak pastikan betul-betul yang anak kita tu dah masuk dalam rumah, baru kita undurkan kereta kita? Anak kita dah masuk dalam rumah, tapi lepas itu dia keluar balik tanpa kita sedari. Kalau macam tu kenapa kita tidak kuncikan grill kita tu, biar anak kita menjerit dari dalam rumah daripada dia menjerit dari celah tayar kereta kita? Ini lah sikap mak bapak yang ada anak kecil ni.

Pernah tak kita dengar masa dulu-dulu kerap berlaku kejadian macam ini?

Mungkin kita boleh bercakap macam ni..mak bapak dulu-dulu mana ada kereta sendiri? Betul..itu zaman 50an.. zaman era 70an dan 80an dah ramai dah orang pakai kereta. Tak ada pun kita dengar anak kena lenyek kereta oleh bapa sendiri atau ibunya sendiri. Kenapa tak berlaku?

Sebab mak bapak dulu-dulu lebih cermat dan ‘pandai’ bela anak berbanding dengan mak bapak sekarang ini. Lebih sadis lagi kalau kita terlanggar anak jiran kita.

Aduuuiiii..memang menyesal seumur hidup. Sampai mati kisah itu akan menghantui hidup kita.

Satu lagi…bercakap pasal terlanggar kanak-kanak di kawasan perumahan ni, saya ingin menarik perhatian tentang ragam pemandu wanita.

Nanti dulu..jangan marah saya.. Baca sampai habis dulu ya. Mari baca coretan saya ni sampai habis dengan hati yang lapang.

Bukan nak salahkan sesiapa, tapi cuma nak ingat-mengingati semua pemandu. Saya tak nak cerita pasal pemandu lelaki, nak cerita pasal pemandu wanita. Jangan marah ya. Layan jer...

Pernah tak terserempak dengan kereta yang dipandu laju dalam kawasan perumahan? Punya lah laju kereta itu dipandu sampaikan bonggol pun dia langgarnya sampai melambung kereta itu.

Bayangkan kalau hari-hari dilanggarnya bonggol itu sampai melambung, tentulah rosak kereta tu kan? Pemandu kereta itu ialah wanita, dan dia memang hari-hari lalu depan rumah saya laju selajunya.

Depan rumah saya ada bonggol, dan saya akan dapat dengar kereta itu melambung apabila ia melintasi depan rumah saya. Pelik kan? Bayangkan kalau masa tu ada kanak-kanak sedang bermain basikal di luar rumah atau sedang bermain kejar-kejar sesama mereka, tentu kanak-kanak itu akan turut melambung sama dengan kereta itu kan?

Kalau berlaku macam tu..siapa pulak yang kita patut persalahkan? Mak bapak yang biarkan anak mereka bermain di luar rumah atau pemandu wanita yang memandu secara melulu tadi tu?

Kisah kedua..Pernah tak para pembaca bertembung dengan kereta yang dipandu perlahan (70km) di lorong laju (kanan). Biasa jumpa kan? Tak pelik kan? Bila kita jumpa kereta yang dipandu perlahan yang berada di lorong laju ni, kita akan bagi lampu mintak tolong kereta ni masuk lorong perlahan kan? Kereta ni tetap dengan kedudukannya (dengan sombongnya) sikit pun dia tidak bertukar ke lorong perlahan. Pemandu kereta itu ialah seorang wanita..

Kenapa dia berada dilorong laju sedangkan dia bawak kereta macam kura-kura? Saya tak tau nak kata apa dengan pemandu yang semacam ini..

Andai katalah kereta yang dipandu laju (lorong kanan) tidak sempat mengelak atau memberhentikan kereta di belakang kereta kura-kura ini..Tentu kereta yang dipandu laju itu akan dipersalahkan.. Betul tak?

Tentu akan ada terdengar orang bercakap..siapa suruh pandu kereta laju-laju. Orang jantan ni pandu kereta memang cuai. Pandu laju-laju, lepas tu langgar kereta budak perempuan yang tengah pandu kereta paling ‘cermat’ ni.Ramai orang berkata macam ni.

Orang lelaki selalu cakap yang pemandu wanita ni pandu kereta tak cermat, pandu ikut sesuka hati, tiada timbang rasa langsung.. Tapi yang mati kebanyakkannya pemandu lelaki.. Kita kena ingat siapa punca kemalangan itu? Sebab nak mengelakkan pemandu yang macam ni lah ramai pemandu lelaki menjadi mangsa dan mati atas jalan raya.

Kisah ketiga..Pernah tak semasa kita nak keluar lorong, kita dah angkat tangan minta laluan, kita dah senyum seribu budi bahasa..tapi kita tetap tidak diberi laluan untuk keluar, malah kereta itu semakin meluru ke arah kita dan apa jadi masa itu kalau kita keluar juga dan terus jalan..tentu kereta kita akan hancur muncung depan kan?

Kenapa pemandu wanita kalau dah pegang stering ia akan bertukar watak jadi manusia paling sombong dan ego atas jalanraya..kenapa yer? Agaknya pemandu wanita tidak reti tekan brek kot semasa memandu. Ia hanya tekan brek di lampu merah dan apabila dah sampai ke destinasinya. Masa tu je dia tekan brek..Itu pun kalau dia tekan lah..Kalau tak tekan jugak kereta itu akan parking dalam ruang tamu rumah dia lah.

Pernah tak semasa kita sedang memandu, secara tiba-tiba ada kereta yang dipandu wanita hendak keluar lorong… Kereta itu tiba-tiba sahaja keluar, tanpa senyum, tanpa menoleh ke arah kita, tanpa mengangkat tangan dan tanpa apa pun, meluru sahaja keluar dengan harapan pandai-pandailah kita brek menonggeng masa tu. Kalau masa itu, kita tidak sempat tekan brek, kereta kita mungkin akan terlanggar kereta itu, tentu kita akan dipersalahkan? Silap-silap kita boleh dipukul oleh orang kampong kerana melanggar kereta orang kampong kat situ..Pelik tak?

Kisah keempat..Pernah tak nampak pemandu wanita ditampar oleh pemandu lelaki di tengah jalan. Wanita itu meraung menjerit-jerit macam baru lepas kena tembak..Tak pernah? Saya pernah… Masa saya lalu disitu, kejadian itu baru berlaku. Wanita itu sedang menangis.

Menangis semahu-mahunya. Puncanya apa? Sebab pemandu wanita itu menghimpit kereta lelaki itu, tak bagi jalan dan menghadang laluan lelaki itu dengan harapan pemandu wanita itu dapat meloloskan keretanya ke depan. Pemandu kereta lelaki itu keluar kereta sebab kereta nya telah digesel oleh kereta pemandu wanita itu. Pemandu wanita itu sikit pun tak keluar kereta untuk minta maaf sebaliknya terus beredar macam tiada ada apa yang berlaku. Masa tu lah dia ditarik keluar dan terus kena lempang bertubi-tubi. Nah..!!

Sekarang pemandu wanita itu telah bertemu buku dengan ruas. Dalam hal ni siapa nak dipersalahkan? Pemandu lelaki yang kereta nya kena gesel tu ke? Pelik tak…? Biasa lah tu kan..

Kisah kelima, kepada pemandu wanita di luar sana. Berubah lah sikap jika anda sedang memandu. Bersopan –santun lah di jalanraya. Jangan memandu dengan semangat juang untuk nak melanggar kereta orang. Jangan buat-buat tak nampak jer jika ada orang angkat tangan nak mintak laluan.

Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirlah sama akan nyawa orang lain. ‘Kebo.dohan’ kita semasa memandu boleh mebuatkan nyawa orang lain melayang. Perkara ni kita kena pandang serius. Kita tidak boleh melenting kalau ditegur. Kita kena fikir dalam-dalam apa orang lain kata tentang pemanduan kita.

Sebab apa? Punyalah kurang-ajarnya gaya kita ni memandu…sampaikan kita sanggup berebut tempat parking kereta, walau pun kita tahu dan nampak memang ada sebijik kereta yang sedang menunggu parking tersebut…tapi oleh kerana kerakusan kita..dengan beraninya kita meluru jer berebut masuk dalam parking tu. Kita bergadai nasib masa tu sebenarnya.

Mungkin kita akan pikir macam ni..alah..aku ni perempuan..bagi lah aku parking kat sini..lady first kan? Silap tu..kalau kena dengan jantan lembik tak per lah..kalau kena dengan pemandu jantan yang ada pistol? Kalau ditembak nya kita..mati katak le kita masa tu..

Saya pernah kena sekali, tapi oleh kerana saya sempat elak dan brek, saya selamat. Masa nak keluar dari opis menuju ke jalan besar, memang tiada kereta di laluan lorong kiri, memang selamat untuk keluar. Secara tiba-tiba sahaja, sebuah kereta yang berada di lorong kanan telah mengubah haluan masuk ke lorong kosong kita dengan secara melulu dan masa itu lah saya tengah hulur muncung nak keluar.

Tau apa jadi? Pemandu perempuan ni dengan rakusnya meluru ke arah saya, macam nak langgar saya sambil tekan horn sekuat hati, mujurlah saya sempat brek dan mengelak. Saya kejar kereta tu sampai dapat. Sikit pun dia tidak menoleh ke arah saya dan dia memang sedar saya kejar dia dan dia cuba lari ke arah jalan lain.

Memang hati terlalu geram masa itu, dan sudah mula terfikir kalaulah saya pandu lori atau bas masa tu, memang kereta perempuan tu dah ada bawah tayar lori atau bas saya. Dulu saya rasa pelik, macam mana kereta yang perempuan pandu boleh berada di bawah perut lori atau bas dan berlanggar secara berdepan??. Sekarang baru saya faham dan telah mendapat jawapannya…memang patut pun begitu.!!

Saya tahu..ramai orang tak setuju dengan tulisan saya kali ini.

Mungkin forumers CG akan mula meluat dengan saya. Itu tidak mengapa..terkadang kita kena telan kebenaran itu walau pun pahit..

Kita tidak boleh sentiasa anggap diri kita betul selalu..

Sekali sekala kita kena dengar juga cemuhan orang lain terhadap kita..

kalau tak serius dan tak betul..tak kan lah sampai dibahaskan dalam PARLIMEN..

Jumpa lagi...

Terima kasih..

 
Last edited:
Ada antara beberapa peristiwa tt terjadi pada aku dan mmg drivernya adalah wanita...
:):)
 
Mmg betul apa yang tt tulis tu.. bukan semua tp majoriti mmg macam tu.. lebih suka wat donno je.. adoi.. lebih2 yang pakai spek itam besar,. bajet cun..
 
memang betul kata tt
antara perangai pemandu wanita yg pnah aku jumpa:
-masuk lorong tak bg signal,(kawan pmpn aku ada sorang cmni)
-time bertembung kat lorong yg sempit aku bg laluan then minah ni lalu xangkat tangan or senyum pun
-kalo bawak kete main laju sukati dia je,xde pikir pemandu lain nak tuka haluan ke,nak masuk lorong ke,yg dia tau tu jalan dia,mmg aku hangin satu badan dgn orang macam ni!
 
Betul dah tu TT, lagi satu klau beli kereta selalu x nampak 'Lady owner' cermat sangat ke kereta org pempuan bawak.

Malaysia ni kene ada system car kit yang untuk yang slalu sms dan layan fb sambil drive. klau dulu tengok kereta terhuyung hayang rupenye driver die mabok. tapi skang rupenye sebelah tanga pegang fon sebelah lagi pegang stereng. bile jengok dalam kereta tu siap leh nampak tersengih2 baca sms atau FB.
 
tak signal tu standard, pancung tetiba tu standard, nak masuk simpang main masuk jer standard, bila bawak kete sport sket laju x hengat tu standard,xnak bagi laluan tu standard, salah lane lagi la standard. aku sbgi org miskin yang naik motor mmg setiap hari jupe perempuan mcm ni. bukan boleh dikatakan setiap hari, mmg setiap hari.
 
semua penah terjadi kt aku..n of course...kalau nk cite sekala...dari 100 org....ade 5-10 org je laki yg camtu...

tp aku paling menyirap...bile nk kuar simpang...duk blkang kete pmpuan..jln sibuk ckit....berjam tunggu dye nk kuar dari simpang...grrrrrr
 
Betul dah tu TT, lagi satu klau beli kereta selalu x nampak 'Lady owner' cermat sangat ke kereta org pempuan bawak.

Malaysia ni kene ada system car kit yang untuk yang slalu sms dan layan fb sambil drive. klau dulu tengok kereta terhuyung hayang rupenye driver die mabok. tapi skang rupenye sebelah tanga pegang fon sebelah lagi pegang stereng. bile jengok dalam kereta tu siap leh nampak tersengih2 baca sms atau FB.

bro ok lagi...
aku jumpe minah main tab sambil pengang stering kt federal...punya la aku nyirap..duk seblah dia..dia wat dono je duk main tab ngan kete huyung hayang...aku hon sekali mengelabah terus time tu
 
normal ni
aku setuju sgt2
if diorg tgh emo lg naye kot
 
Back
Top
Log in Register