hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki Jerman ditahan selepas 'curi semula' kereta sendiri
Stuttgart, Jerman: Seorang lelaki di Jerman ditahan selepas mencuri semula kereta miliknya sendiri.
"Buat masa ini, nampaknya terdapat dua mangsa," kata jurucakap polis di bandar Dortmund, barat Jerman pada Isnin.
Kereta BMW milik lelaki berusia 27 tahun dari Mannheim, barat daya Jerman itu dilaporkan dicuri ketika beliau melawat keluarga di Romania pada April lalu.
Beliau telah membuat laporan polis dan memaklumkan perkara itu kepada syarikat insurans.
Lelaki yang lebih muda itu kemudian menggunakan perkhidmatan penjejak lokasi untuk mengesan keretanya di Dortmund, namun sebaliknya memilih untuk pergi sendiri ke bandar itu minggu lalu, membuka kenderaan tersebut menggunakan kunci asal, dan memandu pulang ke Mannheim.
Pada Khamis, lelaki berusia 38 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan kereta yang baru dibelinya. Polis kemudian menggunakan data lokasi untuk mengesan kenderaan itu di Mannheim dan menahan lelaki berusia 27 tahun itu (pemilik pertama) pada petang yang sama.
Siasatan mengejutkan apabila lelaki tersebut mengemukakan dokumen kepada pihak polis yang mengesahkan beliau telah membeli kereta itu sendiri di United Kingdom, beberapa tahun lalu.
Kedua-dua lelaki berkenaan didapati mampu memberikan penjelasan yang "meyakinkan" berhubung bagaimana mereka masing-masing memperoleh kereta berkenaan, kata jurucakap itu lagi.
Pihak berkuasa juga masih memburu pencuri asal di Romania dan sedang meneliti sama ada lelaki berusia 27 tahun itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mencuri semula keretanya sendiri.
Bernama-Dpa
Artikel