BTC USD 60,210.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Gendang Urumi Iringi Lagu Suasana Hari Raya Cuit Hati Rakyat Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
18.04.2024 - Seni muzik yang bersifat universal berupaya menjadi medium penyatuan antara masyarakat berbilang kaum khususnya di Malaysia. Seperti yang dipaparkan menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok bernama Sainagaurumimelam, kelincahan sekumpulan lelaki berbangsa India mendendangkan lagu bersempena Hari Raya Aidilfitri mencuit hati rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang menyambutnya. Menerusi rakaman tersebut, anak-anak muda daripada Kumpulan Sai Naga Urumi Melam mencipta kelainan dengan menyanyikan lagu berjudul Suasana Hari Raya dan Seloka Hari Raya diiringi rentak gendang urumi.

Untuk makluman, urumi ialah seni pergendangan India yang menggunakan lebih daripada satu gendang dengan penglibatan sekurang-kurangnya lima individu atau lebih untuk menghasilkan kombinasi dan alunan muzik yang kuat. Kebiasaannya ia dimainkan di kuil sebagai muzik iringan untuk upacara keagamaan, perkahwinan dan perayaan tradisional. Siapa sangka percubaan pertama yang dihasilkan menerusi dua video TikTok itu berjaya menambat hati, hingga ada yang mengajak mereka mengadakan persembahan di rumah terbuka. Pemain thavil (dram), M Logeswaran, 22, berkata, idea untuk membuat rakaman tersebut muncul selepas semakin banyak isu melibatkan 3R (agama, raja, kaum) dimainkan di media sosial.

"Pasukan Sai Naga Urumi Melam melihat keperluan untuk melakukan sesuatu dan kami percaya muzik boleh menghubungkan semua orang, terutama semasa sambutan Hari Raya," katanya.

Pemuda berasal dari Kajang, Selangor itu juga memberitahu, mereka mengambil masa lebih lima jam untuk merakam video TikTok yang berdurasi lebih seminit.

“Kami mula merakam sekitar pukul 2 pagi. Saya tidak ingat berapa kali kami cuba memperbaiki persembahan. Ada kalanya penyanyi iaitu N Lachman terlepas lirik, atau kami terlepas rentak muzik, atau ada bunyi kereta yang memaksa kami membuat semula rakaman. Bagaimanapun, video akhirnya dapat terhasil dengan baik, selari dengan usaha kami,” tambahnya.
1713417644825.png

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register