BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Cuit Skitt...Sikt jer..

macam-macam. pandangan menjurus menghentam ni. :) selaku perempuan yang memandu, aku selalu makan hati dengan pemandu lain, tak kiralah lelaki atau perempuan, tapi selalunya lelakilah. road bully ramai lelaki, konon-konon tak sabar dengan pemandu perempuan, tapi kalau dalam akhbar, kemalangan selalu lelaki yang mati katak. pemandu bas yang macam puaka ramai2 tu pun semuanya lelaki kan?

di Kajang, pemandu-pemandu memang menyakitkan hati. dengan curi jalan, tak nak beratur di traffic light. pekan dah la kecik dan sempit, boleh pulak nak himpit-himpit. kalau da tau nak cepat, janganlah keluar lambat. baik perempuan atau lelaki, kalau da spesies tak beradab di jalan raya, memang sampai kiamat takkan paham bahasa.

memandulah ikut speed limit. kalau 110km/j, ko nak henjut sampai 120-130 tu fine. tapi 140? lepas tu expect orang nak memudahkan sikap biadap langgar peraturan tu? tolonglah. aku paling tak suka bila aku drive ikut speed limit, ada pulak mangkuk dok flash lampu suruh ke tepi. apsal ko tak terbang je?

sapalah perempuan-perempuan yang drive lembab tu? mesti awek, adik, kakak, isteri atau mak korang jugak kan? silalah didik mereka untuk memandu lebih bijak. zaman ni takde pedulik dah perempuan ke lelaki, kalau dah benak tu memang tak kira jantina, a bad driver is a bad driver, be it a man or a woman.
 
satu lagi, bab terlenyek anak tu. ada menantu kawan mak aku terlenyek anak sendiri, meninggal anak dia. tak sampai hati nak salahkan sesiapa, sebab namanya pun kemalangan. ada ke orang nak suka2 lenyek anak sendiri?

orang kata sebelum bercakap, fikir hati dan perasaan orang. sebesar mana pun kecuaian mereka, dah dibayar dengan nyawa anak sendiri. sampai kiamat pun rasa terkilan tu takkan hilang.

lebih baik berdoa Allah tak uji kita begitu. kalau tiba-tiba Allah nak bagi sama-sama rasa penderitaan jiwa mereka, kita yang sangat alert dan tak cuai, yang memang pastikan anak semua dalam rumah pun boleh jadi cuai dan lenyek anak sendiri. jadi baiklah kita merendah diri dan berdoa kita ssmua tak diuji begitu.

aku lagi suka kalau orang pertikai kenapa mak ayah suka bg anak2 yang masih sekolah bawak motor. ko tak sayang anak ke? akal masih pendek dah bagi lenjan motor macam hantu. lagi membahayakan masyarakat. naik je la bas, tak bawak motor pun dapat gak jadi manusia berguna. haha.
 
patut tiru macam arab saudi....

pompuan x dibenarkan memandu....:D
 
patut tiru macam arab saudi....

pompuan x dibenarkan memandu....:D

kehkehkeh. kalau tak nak bg pompan memandu, sila tetapkan pompan tak boleh bekerja jugak. lelaki sahaja keje, pompan jadi suri rumah. jgn pulak bulan2 harapkan duit bini utk tampung belanja keluarga. apa konsep lelaki sekarang? sama-sama membantu ekonomi keluarga? :">

diskriminasi sungguh.
 
aku rasa kalau perempuan memang memandu teruk sangat, lebih baik anjurkan kursus memandu lebih masa untuk perempuan berbanding lelaki. kalau lelaki 20 jam, perempuan bagilah 40 jam. dan ringan-ringankanlah tulang bantu didik kaum pompan keliling korang tu memandu secara berhemah. kami kan ke makhluk lemah lembut, kalau ditegur baik-baik mesti boleh. :p

tak paham yang setuju bab pemandu perempuan kena lempang tu. cuba ahli keluarga ko yang drive lembab macam tu lepas tu kena lempang. ko setuju? takde sifat kemanusiaan dan simpati sesama manusia ke apa? orang Islam tak boleh macam tu.
 
tak semua kisah TT yang aku pernah jumpa.
yg biasa jumpa pasal lady driver ni.
parking tgh2 laluan.
mencarut/maki/sumpah seranah masa drive bila kereta lain buat salah (aku duduk belakang)
leceh bayar tol sebab nak korek duit kat handbag besar dia..
 
Aku stuju,

kawan rapat aku pernah exident dengan kereta yang di pandu oleh perempuan..

lepas tu boleh plak di blah macam tu jer..

nasib baik no.plat dapat...

aku penah kena gesel bontot dgn pompuan..
maksud aku kereta aku..ehmmm..
mula2 igt dia nk berenti depan..
baru aku nk keluar..
dia pecut mcm Raikonen..
cisss... muka cun perangai musibat..
sib baik calar skit jer..tapi yg sedey tu baru 6 bulan pakai..
 
biasaler..pompuan kan insan yg lemah....lemah le jugak pemanduan mereka...xsemua tapi majoriti..
 
aku sokong ngan Missy^Dreamy...
aku sebagai perempuan yg selalu bawa moto n keta...
aku x nafikan ada segelintir perempuan yg mcm tt ckp tu AKAN TETAPI
aku sure sgt ada jugak lelaki yg bersifat yg mcm tt ckp tu ketika dijalan raya...b'coz
aku pernah jmp ngan lelaki yg xda adab n sgt blagak macho..!
so kesimpulannya x kira lelaki or perempuan sama saja...
 
aku paling benci pompuan chayanun bawak estima or alphard

bawak keter macam chilake
 
Back
Top
Log in Register