BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jeritan budak dipukul pengasuh

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,662
Points
201


Video tular budak didakwa dipukul pengasuh, pihak berkaitan diminta tampil bantu siasatan



Dalam video itu turut kelihatan seorang wanita memukul kanak-kanak berkenaan dan jeritan serta tangisan mangsa selepas ditinggalkan sendirian di belakang rumah.

Di ruangan komen, seorang pengguna media sosial mendakwa sering mendengar kanak-kanak itu menangis dan bertindak menghalakan kamera litar tertutup (CCTV) ke rumah jirannya sebagai tanda prihatin terhadap mangsa.

Kejadian itu didakwa berlaku di kawasan kejiranan di Sendayan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, setakat 5 petang tadi, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkait video tular itu.


"Kita juga belum dapat mengenal pasti lokasi sebenar kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tindakan berdasarkan maklumat pertama boleh diambil sekiranya lokasi sebenar kejadian dikenal pasti, terutama jika ia benar-benar berlaku di kawasan Seremban.

"Jika ini memang berlaku di kawasan Seremban, kami memandang serius kes dan tidak akan berkompromi.

"Polis juga meminta orang ramai atau pemilik rakaman supaya tampil membantu menyalurkan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan," katanya.


Artikel Harian Metro
 
baik jangan jadi pengasuh... takde jiwa langsung... meh pukul pengasuh tu, letak kt luar... bagi dia rasa tengok... dh la org bayar utk mengasuh... huhu
 

Kanak-kanak Lelaki Disyaki Didera Pengasuh​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disyaki didera wanita warga emas yang juga pengasuhnya di sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ibu bapa mangsa membuat laporan pada 8.01 malam tadi selepas melihat video kejadian berdurasi satu minit 15 saat yang tular di media sosial.

“Rakaman video itu memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah rumah dan mangsa telah dikenal pasti oleh ibu bapanya.

“Mangsa dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka kira-kira tujuh bulan lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk pemeriksaan dan rawatan.

Alzafny berkata polis menahan wanita berusia 60 tahun pada 9.45 hari sama di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Kamarul Ariffin Kamaruzaman menerusi talian 06-6033222.

 
Back
Top
Log in Register