Bunyi Perabot Berat Diseret | Bunyi tu Datang dari mana sebenarnya?

CG Sponsors




RODZMAN

Freshie
Joined
Apr 23, 2020
Messages
1
Reaction score
0
Points
0
Salam....

Aku tak pernah lagi berpengalaman macam ni....

By the way, ini bukan cerita hantu....tapi cerita misteri....dan cerita realiti pengalaman aku....
aku cerita ni sebab nak tau pandangan korang....mana tahu kalau korang tahu.....

ok,

Aku baru pindah je rumah ni dalam sebulan lebih.....tapi minggu pertama je aku duk rumah ni, aku dah kena tegur dengan guard, sebab guard cakap rumah bawah report "bunyi bising" dari rumah aku....

aku pikir "ohh, mungkin sebab barang-barang banyak yang aku pindah baru ni"....

lepas tu di lain hari, aku ada nak pasang something sikit kat dinding, aku drill......dalam 1 jam aku buat kerja, tiba-tiba orang bawah report.....katanya bising.....guard mai datang rumah aku, aku pun cakap "mintak maaf lah"...


di lain hari, aku ada benda nak pasang sikit je lagi....drill 5 minit je, tiba2 orang bawah report....guard datang lagi....aku dah panas hati dah....aku ni baru pindah...takkan tak boleh bagi chance sikit... 5 minit drill pun nak marah ke???? mmg panas hati aku....

tapi apa-apa pun, aku mengalah lah....esok aku kasi settle semua kerja-kerja yang tertangguh....guard mai datang, aku buat bodo je....janji aku siapkan semua kerja aku.....
dan akhirnya siap la kerja-kerja aku menghias rumah dgn perabot2 dan barang2 rumah yg aku inginkan....

so, lepas tu memang aku senyap lah..... walaupun aku panas hati hari tu, tapi aku takda la nak balas dendam ka apa....
aku tetap memahami jiran2 sekeliling....jadi aku tak bising dah...

tapi dalam dua minggu lebih lepas tu (iaitu hari ni), uncle dari rumah bawah tu sendiri yang datang bersama guard....

dia cakap "bunyi bising like something heavy dragged.....everyday, sometimes at midnight also"...

waktu tu aku dah jadi hairan dah.....dalam 2 minggu ni memang aku dah tak buat kerja-kerja alih perabot ke ape..... so memang bukan aku yang buat kerja tu...

dan yang peliknya, aku sendiri pun takde pun dengar bunyi2 seretan apa benda tu....
langsung tak ada.....

tapi kadang2 bunyi macam orang ketuk pintu tu ada....

.
.

aku pernah dengar orang cakap "bunyi udara yang terperangkap dalam paip air"....

tapi yang banyak aku jumpa dalam google atau youtube, itu bunyi guli (hammering sound)...

aku takda pulak jumpa pasal bunyi "perabot kena seret".....

so, yang aku cari sekarang adalah bukti dan punca "bunyi perabot kena seret".....BUKAN bunyi guli ya.....

.
.

ada tak siapa-siapa yang boleh share video atau bukti "dari mana kah punca bunyi perabot kena seret" ni?


terima kasih...
Bunyi misteri ni sebenarnya telah dirungkai secara saintifik yang dikenali sebagai “Water Hammer”.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register