BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak lima tahun maut jatuh kondominium

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14259691051735037-407162.jpg

14259691051735037-407163.jpg

14259691051735037-407164.jpg

14259691051735037-407165.jpg

14259691051735037-407166.jpg


Budak lima tahun maut jatuh kondominium


BALIK PULAU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dijumpai tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 24, sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam tadi.


Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, beliau terus menuju ke lokasi kejadian bagi membantu keluarga mangsa sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Saya berada di situ antara pukul 12.15 tengah malam hingga 2 pagi selepas dimaklumkan mengenai kejadian terbabit. Semoga mereka (keluarga mangsa) diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab. Wahab ketika dihubungi memaklumkan, satu kenyataan akhbar berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Artikel Utusan Online
 
Back
Top
Log in Register