BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14306059578906413-421804.jpg

14306059578906413-421805.jpg

14306059578906413-421806.jpg

14306059578906413-421807.jpg

14306059578906413-421808.jpg


Budak 3 tahun maut jatuh Jambatan Victoria, Kuala Kangsar


SUNGAI SIPUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 malam tadi di Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan, berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya berusia 42 tahun sedang berjalan di atas jambatan bersejarah berkenaan yang umumnya diketahui salah satu tarikan pelancong.

"Ketika kejadian mangsa bersama dengan bapanya berjalan di atas jambatan itu sambil memegang tangan dan kemudiannya jatuh pada ketinggian lima meter di satu lubang pada jambatan berkenaan.

"Sejurus selepas terjatuh di atas jalan berturap di bawah jambatan, mangsa yang ketika itu masih hidup dikejarkan ke wad kecemasan hospital namun disahkan meninggal dunia di hospital jam 7.40 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Kluang, Johor datang bercuti bersama keluarga ke Jambatan Victoria, Kuala Kangsar.


Peniaga gerai berhampiran lokasi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nyah, berkata suami serta menantunya yang pada waktu itu menjaga gerai terdengar bunyi kuat yang pada mula disangkakan bunyi beg terjatuh sebelum terkejut kerana ia sebenarnya kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi.

"Memandangkan semalam adalah hari cuti umum sempena Sambutan Hari Kebangsaan, jadi memang ramai pelancong termasuk yang membawa anak kecil ke Jambatan Victoria ini untuk merakam gambar kenangan," katanya.

Artikel Berita Harian
 
421850-421850.jpg


Tragedi budak 3 tahun maut: Akses ke struktur besi Jambatan Victoria ditutup sementara

Sungai Siput: Lokasi tarikan pelancongan Jabatan Victoria Kuala Kangsar dekat Enggor di sini, ditutup kepada orang ramai susulan kejadian kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat jatuh daripada ketinggian lima meter di jambatan itu semalam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, bagaimanapun penutupan itu tidak membabitkan keseluruhan kawasan jambatan berusia lebih 100 tahun itu sebaliknya hanya membabitkan penutupan akses masuk ke bahagian struktur besi jambatan.


Sandrea berkata, penutupan bahagian struktur besi itu bersifat sementara iaitu sehingga kerja penggantian kayu landasan yang sudah usang dan reput selain langkah keselamatan tambahan dapat dilaksanakan dan disahkan sesuai untuk kembali dibuka semula.


Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak, Abdul Rafee Abdul Halim, 3, meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, di sini sekitar 6.30 petang semalam ketika bersama bapanya sewaktu itu berada di atas jambatan berkenaan.


Katanya, permohonan peruntukan juga sudah dibuat sebelum ini bagi kerja penyelenggaraan termasuk penggantian kira-kira 60 kayu landasan yang sudah usang.

Katanya, sebagai langkah segera MPKK kini sedang mendapatkan peruntukan sekitar RM50,000 bagi pemasangan jaring keselamatan di bahagian bawah jambatan sementara menunggu peruntukan bagi kerja pembaikan lain.

"Susulan kejadian ini, aspek keselamatan keseluruhan tapak juga akan diberi perhatian bersama pihak berkaitan bagi menentukan langkah penambahbaikan yang sewajarnya," katanya.

Terdahulu, tinjauan wartawan di lokasi hari ini mendapati jambatan ikonik berkenaan ditutup kepada pelancong atas faktor keselamatan apabila kawasan kejadian dipasang dengan pita larangan melintas milik MPKK serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, tinjauan mendapati jambatan itu yang dahulunya jambatan kereta api dalam keadaan sangat uzur apabila hampir semua bahagian bongkah atau kayu melintang di bawah rel yang menjadi bantalan landasan sudah reput termasuk di titik lokasi mangsa jatuh.

Jambatan Enggor yang lebih dikenali sebagai Jambatan Victoria (Victoria Bridge), ialah jambatan kereta api bersejarah berusia 126 tahun yang terletak di kawasan pekan Karai–Enggor, Kuala Kangsar merentangi sepanjang melintasi Sungai Perak sepanjang kira-kira 300 meter.
 
Back
Top
Log in Register