BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Asing Maut Dipercayai Jatuh Dari Kondominium Di Cyberjaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
23465f0fb72a7c974bd496fb037cc04d64a167ca8f7f2

(gambar hiasan)

Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat dsini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di tepi blok kondominium berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

“Mangsa berusia lingkungan 30-an disyaki terjatuh dari tingkat enam unit kediaman yang didiaminya di bangunan tersebut. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register